Sunday, December 5, 2021

SKM 2 SECURITY PATROLLING DS-010-2:2013-C02


SECURITY PATROLLING                                                          REF: DS-010-2:2013-C02

AKTIVITI KERJA

Penerangan. Kompetensi ini menerangkan aspek kemahiran, pengetahuan dan sikap yang perlu dalam proses memastikan keselamatan harta dan nyawa di kawasan tanggungjawab. Bertanggungjawab meronda dan memerhati dalam keadaan dan lokasi berbeza, mengesan kejadian ketidakbiasaan (abnormality) keselamatan kesihatan (safety) atau sekuriti. Bertindak kepada keadaan kecemasan. Rondaan dan pemerhatian dilaksana mengikut jadual dan SOP, masa yang sama keselamatan disahkan, kelemahan di baiki dan kejadian di rekod serta di lapor.

1 Prepare [Persedian Tugas]
2 Patrol [Meronda]
3 Physical Threat Assessment [Penilaian Ancaman Fizikal]
4 Security Surveillance [Melaksanakan Pemerhatian Sekuriti] 
5 Maintain log Book and Security Incident Report [Kemaskini Buku Log dan Laporan Kejadian Sekuriti]

Yang atas ni ialah perkara yang tuan perlu tahu cara2nya dan tahu melakukan. Bila ditanya boleh jawab dengan baik.


1. Prepare for Patrol Duties (persedian ronda)
1.1 tugas dan laluan
1.2 laluan dan frekuensi bergantung kpd keadaan
1.3 terima dan periksa peralatan ronda dan keselamatan
1.4 periksa laluan kecemasan
1.5 periksa kenderaan jika ada

Tugas utama meronda ialah memastikan 'semua keadaan dalam keadaan seperti biasa, atau normal'. Bermakna, jika ada pakaian bersepah di jalan, atau ada basikal di tepi semak; itu bukan lah keadaan yang normal. Fikiran kita ialah; ia ada kaitan dgn keselamatan. Begitu juga dgn lampu pejabat masih bernyala di tengah malam, pagar ada tanda pencerobohan.

Laluan ronda di tetapkan, tetapi kita di beri kebenaran untuk belok kiri kanan, dan kita mesti maklum kpd ketua terlebih dahulu. Laluan di tetapkan kerana ada sebab tertentu.

Frekuensi atau saluran pada walkie talkie telah di tetapkan. Pastikan ia betul.

Semua alat ronda mesti kita periksa. Jangan baterinya tiada, lemah atau pasang terbalik. Lampu suloh menyala.

Jika berlaku kecemasan, kita tahu laluannya.

Jika di sediakan motosikal, pastikan ia OK.


2. Perform Security Patrol Duties and Clocking
2.1 rondaan dan 'clocking' akur kpd jadual, laluan dan arahan
2.2 buat periksa keselamatan diri
2.3 keselamatan diri dan orang lain dipatuhi semasa bertugas
2.4 bertindak semasa berlaku kecemasan
2.5 menggunakan peralatan keselamatan dan komunikasi mengikut keperluan

Semasa meronda, keselamatan diri amat penting. jgn berlaku kemalangan, dan jgn di mudah di serang penjahat atau binatang. Maknanya, jangan beranikan diri jika kita tidak bersedia. Selamatkan diri, dan jgn lupa panggil bantuan... lapor.

3. Perform Physical Threat Assessment
Jika nampak sesuatu yg tidak normal, buat penilaian mental segera, dan maklum ketua untuk tindakan lanjut. Nyatakan 'pagar pecah, mungkin penjahat masih berada di dalam kawasan tanggungjawab. Ada sebuah kereta di luar pagar, mungkin penceroboh lebih dari seorang'. itu lah dia menilaian ancaman keselamatan.

4. Pemerhatian
Tenguk, lihat dan perhati, itu maksudnya. Jika nampak orang, lihat dari jauh. Lihat apa yg dia bawa, laluan, arah tuju dll. Dan buat penilaian. Begitu juga bila nampak bangunan, kenderaan dan objek lain. Jangan lihat sesuatu seperti orang mabuk ketum. Nampak tapi tidak ambil pusing atau ambil pot.

5. isi buku log @ buat laporan
jangan tulis, baik, baik, baik.... tulis jer... 'tidak ada laporan'. Ini bermakna, semuanya dalam keadaan normal.
laporan? jangan lupa, lokasi, masa, apa yg berlaku, nombor kereta, saksi, siapa yg terlibat, dan paling penting apa tindakan kita. tindakan - tidak cukup 'sudah lapur kepada ketua', kita ambil inisiatif membantu mangsa kemalangan, bantu pelawat yg sesat, ambil butir peribadi orang itu dll.


APA TUJUAN KITA MERONDA?
tujuan ronda hanya untuk melihat keadaan sekeliling atau kawasan rondaan kita atau kawasan tanggungjawab kita 'dalam keadaan normal'. jika ada sebuah motosikal parking di luar pagar; ini sudah tidak normal. Lampu pejabat terpasang pd jam 2 pg juga tidak normal.
Nah.... jika anda jawab tujuan meronda untuk menentukan keselamatan, jawapan anda mungkin tersilap. Sebabnya.... selamat pada anda... belum tentu ia selamat bagi saya! Bagi Penyelia anda, bagi Pengurus anda atau bagi seorang anggota Polis!




JIKA ANDA melalui proses UJIAN AMALI, anda kena faham semuanya di atas, dan jawab se adanya, dan buat apa yg saya telah tulis di atas. SELAMAT BERJAYA