1. Nervousness. Melayu kata..gelabah. Tapi bila masuk jer ke dalam tu - sesuatu yg di luar dugaan. Maka betul lah apa yg SV saya kata. dalam proses mencapai tiga huruf...PhD di hujung nama; examiner lah orang yg paling pandai. Kata SV kita yg bijaksana tu... depa (examiner) tak tguk atau dengar pun presentation kita. Sebab depa dah baca tesis kita - dan dah siap dgn keputusannya. Gagal atau Lulus. Lulus pun dgn correction kecik, atau sederhana. Kalau major correction - serupa lah dgn buat semula.
2. Soal jawab - Saya beruntung oleh kerana kandungan tesis sangat detail atau menyeluruh, depa tak tanya banyak sangat. Cuma ada sedikit kekeliruan - tesis saya kualitatif - pemerhatian dari pendekatan kuantitatif oleh examiner lain sikit - TETAPI amat bernas. Beliau suruh saya modify ayat-ayat sebelum menunjukkan PROPOSED CONCEPTUAL FRAMEWORK - bagaimana framework ini dibangunkan. Dan.... dari segi teori... ya dari segi teori! Kalau masuk udah mcm theoretical framework pulak dah. Bukan mcm tu kata examiner..... saya membangunkan framework berpandukan literature review, tetapi ada juga sedikit unsur teori. Nah! itulah yg saya nak share di sini. Keilmuan tahap tinggi oleh examiner. Sesuatu yg sedikit di luar kotak, tetapi bernas.
3. Ikut nasib masing-masing - soal jawab selepas presentation tidak banyak - tetapi teguran yang di selangi oleh bincang-bincang yg lebih. Tips dari saya - saya cari sebanyak mungkin mengapa buat itu dan ini. Hubungkait antara setiap Bab. Bila di tanya kita boleh jawab.
4. Dan bila capai minor correction, endorsement diberi kuasa kpd SV. Lega byk. Langsung saya bincang dgn SV apa plan saya, dan dia kata 'go ahead'. Saya diberi 3 bulan, tetapi boleh disiapkan dalam masa seminggu.
Selamat Berjaya kepada semua calun2 PhD
PENYUSUNAN REFERENCE
Ini lah satu kesilapan besar saya. Lama juga untuk baiki. Ada masa masuk level give-up. Bila dah give-up... berhenti kejap dan nonton you-tube. Sedar-sedar dekat 45 minit, saya buang masa.
Format citation dan format dlm senarai Reference. nasihat saya. semasa buat Chapter 1, di hujung Chapter ini kita buat REFERENCE khas utk Chapter ini sahaja. JANGAN letak reference ini di hujung tesis. Jangan! Sebab apa? Sebab senang nak check.
citation - titik + koma kemudian breket tahun. atau mcm mana yg betul. guna & atau guna and. ini semua kecuh geng!
kemudian, dlm proses penulisan semasa fasa pembaikan akan bertambah perenggan dan juga pembatalan. Di sinilah akan berlaku buang dan tambah reference. Kemudian di hujungnya, iaitu di senarai Reference akan berlaku - ada dlm senarai tetapi tidak di cited. Ada yg di cited tapi dalam senarai. Kemudian ada dua nama Ali Mortopo tapi tahun lain-lain. Ada pula Ali Mortopo dan Ali Melopong. Yang mana satu ni?
Itu sebab kita buat Reference list untuk satu chapter dan semak betul2 hingga puas.