Naaaa, udah la ler sistem pendidikan di sekolah sudah huru hara... pendidikan di tempat kerja kurang lebih juga. Sebab apa jadi begitu? Sebab Ofis HR tidak tahu apa itu pembangunan sumber manusia (HR Development). Buat latihan atau kursus ikut suka dia ja. Janji peruntukan latihan tahunan mesti habis di belanja.
Apa sebenarnya yang HR mahu? Dia tahu tak dalam asbab kursus atau latihan ni ada dua jenis kursus yang sangat penting kepada organisasi - kursus khusus (spesifik) dan kursus am. Bagi semua kerani, mereka wajib hadir atau tahu buat minit mesyuarat yang seragam. Seragam bagi organisasi itu. Sendiri mahu fikir lah apa maksud saya. Inilah kursus khas atau spesifik. Kursus ini tidak terbuka kepada Pemandu atau Pengawal Keselamatan.
Kursus bagi pegawai dan Pengurus. Sekurang-kurangnya kursus 'struktur organisasi syarikat atau kementerian atau jabatan'. Kalau mereka ini berkerja di sebuah bank, pegawai atau pengurus tahu struktur organisasi bank, tugas dan tanggungjawab setiap jabatan.
Dan kalau pegawai dan pengurus itu kerja di Jabatan Pentadbiran ; beliau wajib hadir kursus Pelupusan Aset, Audit Aset, Proses Perolehan dll.
Saya perhati ramai Ketua Jabatan tidak tahu tadbir urus aspek mengawal Cuti Sakit anak buah nya. Bila si polan hendak pergi kelinik. Malam tadi atau hari ini? Kalau hari ini.... pukul berapa. Tuan tahu tak, kalau waktu ofis mula jam 8 pagi, dan si polan pergi klinik jam 10 pagi... beliau telah absent selama 2 jam. Itu sebab pada Sijil Sakit wajib ada time dia daftar di klinik dan time dia jumpa Dr. Dan kalau di sakit, dia wajib telefon ofis untuk maklum kepada bos, supaya kerja yang belum siap boleh di serah kepada orang lain.
Kenapa bermasalah? Sebab HR tidak tahu apa fungsi dia sebenarnya. Yang dia pandai ialah memastikan bonus dia lebih tinggi dari orang lain, dan dia cepat naik pangkat. Betul tak? Saya rasa betul...