Saturday, May 2, 2026

Isu SCOPUS di Malaysia

SCOPUS mungkin salah satu anak-anak kecil kegilaan RANKING juga. Saya menulis dari kacamata orang biasa. Pernah seorang VC berkongsi pandangan bahawa kriteria ranking ni sentiasa berubah. Sebab apa? Sebab tidak mahu universiti dari negara tertentu menjuarai. Apabila nampak kita mula melonjak, depa ubah kriteria. Salah satunya ialah perlu ada pelajar dari berbagai negara. Maka berebutlah universiti di Malaysia buka pintu untuk mereka. Kemudian kita berebut pula wajib ada ramai pensyarah punya PhD. 

Kishore Mahbubani pernah berkata CEO World Bank dan IMF mesti dari Amerika atau Eropah. Depa berjuang dasar meritokrasi, tapi pengisian jawatan ini,  mesti orang kulit puteh. Mereka pengamal double standard. Begitu lah dgn ranking universiti.

Yang herannya, mengapa kita pun terikut dgn telunjuk mereka. Di kalangan ASEAN carilah universiti terbaik menggunakan kriteria kita sendiri. Atau di kalangan South South. Kenapa perlu ikut Barat. Jika masih terikut - maka adakan SCOPUS lokal di universiti tertentu. Lagi pun kajian-kajian kita memang unik untuk kita. Apa barang nak bermegah dengan orang yang bermuka-muka. Tguk US dan Iran pun boleh faham. Tandatangan MOU hari ini, besuk di bom nya Iran.

Kawan saya pulak lagi jauh pandangan / pemerhatian dia - yang menulis artikel ialah para graduan - tapi wajib pula tulis nama pensyarah. Ini sudah macam scammer katanya. Macam SCOPUS juga. Kita tulis dan bila nak cetak, kita pulak yang kena bayar. Ribu riban pula tu. Kalau guna organisasi cap ayam - bayar murah sikit. Dan... cengkadak juga depa ini; kena bayar lebih sikit dari yang dijanjikan - tiba-tiba dan diterbitkan.

Sudah sampai masa setiap universiti buat penerbitan sendiri. Pamir  on line; tak perlu puluh-puluh rak buku. Udah tu semua orang boleh akses. Student tak kisah bayar tak lebih 100 Rgt. Nak check penulisan pun bukan susah dah sekarang ni, menggunakan tool sedia ada.... kejap jer pun.