Sunday, May 24, 2026

Persiapan Bersara bagi anggota tentera

                                                               foto hiasan

Doakan saya dapat siapkan NOTA LENGKAP panduan persiapan bersara untuk anggota ATM

MUQADIMAH: Anggota tidak bersara? Ya betul. Orang awam bersara umur 60, kita antara 40 hingga 45. Bukan sbb masih sihat utk bekerja, tp terpksa bekerja kerana duit pencen tinggal sikit selepas potong pinjaman perumahan dan kereta. Kos sara hidup meningkat sebab anak semakin besar, inflasi dan pencen kita pula tinggal separuh dari gaji kita.

PERSIAPAN BERSARA

penulisan di bawah membosankan sikit kecuali Tuan betul2 mahu faham ....

Jangan Tunggu Sampai Hujung Perkhidmatan

Saya nak kongsi sedikit tentang persiapan bersara. Bukan sebab saya paling pandai. Saya kongsi sebab saya sendiri pernah melalui alam tentera, kemudian melalui pula kehidupan selepas tentera.

Bila kita masih muda dalam perkhidmatan, perkataan “bersara” itu macam jauh sangat. Baru masuk kerja. Badan masih fit. Gaji masuk setiap bulan. Ada tempat tinggal. Ada rawatan. Ada kawan-kawan. Banyak perkara diuruskan oleh organisasi.

Orang cakap pasal bersara, kita mungkin fikir:

“Lambat lagi, bang...” Memang lambat. Tetapi masalahnya... 21 tahun itu memang lambat jika di lihat pada hari pertama. Apabila kita menoleh semula, laju pula rasanya. Sebab itu pada pandangan saya, persiapan bersara tidak sepatutnya dibuat dua tahun sebelum bersara sahaja. Ia patut bermula sejak awal kerjaya, berubah apabila kita masuk pertengahan kerjaya, dan menjadi semakin jelas apabila menghampiri penghujung perkhidmatan. persiapan pertama ialah: proses kesedaran

kesedaran timbul dari pemerhatian, pembacaan, dan perbincangan.

Perhati mereka yang akan bersara, biasanya sedang gelabah, sebab telah beli rumah di negeri sembilan, kg isteri di johor, kg Tuan di Taiping. Pasai apa jd mcm tu? Sbb orang beli rumah, ko pun beli jugak. Sebab jurujual tu comey.

Perhati veteran hari ini sedang meminta bantuan ke sana sini dari ahli politik. Veteran yg kerja sebagai Pengawal Keselamatan dipukul oleh gengster. Ada juga yang dipenjara.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Bekas tentera dipenjara 2 tahun, denda RM50,000 ceroboh hutan klik sini

Lelaki tetak pengawal keselamatan dituduh membunuh  

antara berita yg perlu diberi perhatian...

  • Pencen Rendah: Ramai pesara, terutama kumpulan lain-lain pangkat yang bersara sebelum 2004, menerima pencen di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) atau kurang daripada RM1,000 sebulan. [1]
  • Susah Dapat Kerja: Sekitar 15,000 daripada 60,000 bekas anggota yang bersara pada usia muda (sekitar 40 tahun) berdepan kesukaran memperoleh pekerjaan tetap kerana terpaksa bersaing dengan golongan muda. [1]
  • Kos Sara Hidup: Beban kewangan meningkat untuk menanggung keluarga dan kos persekolahan anak-anak di tengah-tengah kos barangan yang tinggi. [1]
  • --------------------------------------------------------------------------------------------------------


    persiapan bersara ada tiga peringkat

    pertama: hari pertama hingga 6 tahun 6 bulan perkhidmatan

    kedua:    6 tahun 7 bulan perkhidmatan hingga 13 tahun perkhidmatan

    ketiga:    14 tahun hingga 19 tahun 6 bulan.

    baki seterusnya: hadhir Kursus Peralihan dan segala persiapan bersara, dokumentasi dll.

    MENGAPA KITA SUKA BERTANGGUH?

    sebab kita telah lalui kehidupan yg mencabar. akhirnya - rasa yakin - tiada halangan yg kita tidak boleh atasi. termasuk bila pencen nanti. lagi pun hujung perkhidmatan; kita di sediakan kursus peralihan.

    ini lah perangkap yg kita pasang sendiri. terlalu yakin hingga ada yg ckp - ulat dlm batu pun boleh hidup!

    kita sebagai askar terlalu di atur hingga kalau di tanya mengapa perlu ada kawalan suku. apa sejarah nya? majoriti tidak tahu jawapannya. SOALAN KEDUA. mengapa bila berkawad... ketua skuad akan cakap 'dari kiri cepat jalan'. mengapa tidak cakap 'dari kanan cepat jalan'.

    BERBALIK KEPADA PERSIAPAN BERSARA

    Pada peringkat ketiga; Tuan sudah ada rumah sendiri di lokasi yang Tuan sudah tetapkan akan menetap selepas bersara. Sudah ada tapak untuk berniaga, sekiranya Tuan rancang utk buka warung santai.

    Atau Tuan sudah pasti nak kerja di mana.. Pada masa ini juga hutang kereta sudah langsai, hutang rumah tinggal sikit lagi, kerja pun sudah ada. Atau lesen perniagaan pun dah siap.

    Pada peringkat kedua; ?. ada di bawah tu! iaitu PERTENGAHAN KERJAYA.

    AWAL KERJAYA - peringkat 1

    Belum Perlu Fikir Bersara Sangat... Tetapi Mulakan Asas

    Masa baru masuk tentera, saya tidak cadangkan anggota muda setiap hari fikir pasal pencen. Nanti baru umur 22 tahun, muka dah macam umur 52. Nikmatilah kerjaya.

    Belajar menjadi anggota yang baik. Kuasai tugas. Pergi kursus awam semasa cuti tahun. Cari pengalaman. Bina disiplin dan nama yang baik. Tetapi dalam masa yang sama, buat beberapa perkara kecil untuk masa depan.

    Belajar mengurus duit. Bukan bermaksud tak boleh beli motor. Belilah kalau mampu. Cuma jangan gaji RM2,000... komitmen RM2,300.... itu bukan financial planning. Yang itu latihan survival. 

    Mulakan simpanan walaupun sedikit. Fahami apa itu pencen, ganjaran, hutang, pinjaman, insurans atau takaful dan simpanan jangka panjang. Dan satu perkara yang sangat penting:

    Kenali diri sendiri

    Apa yang kita pandai? Apa yang kita suka? Apa kelemahan kita? Adakah kita pandai memimpin? Pandai teknikal? Suka mengajar? Pandai bercakap? Suka berniaga? Minat komputer? Minat pertanian? Atau tangan kita memang menjadi kalau membaiki sesuatu?

    Jangan tunggu hendak bersara baru tanya: “Aku sebenarnya pandai apa?” Sepanjang kerjaya, kumpulkan jawapan kepada soalan itu.

    PERTENGAHAN KERJAYA - peringkat 2

    Sekarang Kena Mula Serius Sedikit

    Masuk pertengahan perkhidmatan, keadaan sudah berubah. Pangkat mungkin sudah naik. Gaji bertambah. Anak pun mungkin sudah bertambah. Malangnya...

    hutang kadang-kadang turut naik pangkat...

    Pada tahap ini, jangan lagi melihat persaraan sebagai sesuatu yang terlalu jauh. Sekarang masa untuk membuat pemeriksaan diri. Tanya beberapa soalan dengan jujur.

    • Kalau saya keluar tentera hari ini, apa yang saya boleh buat di luar?
    • Kemahiran tentera saya boleh digunakan di mana?
    • Apa kekurangan saya berbanding orang awam?

    Mungkin kita hebat memimpin anggota tetapi kurang mahir komputer. Mungkin pengalaman teknikal kita bagus tetapi tiada sijil awam. Mungkin kita boleh bercakap dengan yakin dalam unit tetapi apabila interview dalam English... tiba-tiba semua vocabulary pergi bercuti. 

    Tak mengapa. Tujuan mengenal kelemahan bukan untuk merendahkan diri.

    Kita kenal kelemahan supaya masih ada masa untuk memperbaikinya.

    Kalau tiada sijil, cari peluang mendapatkan sijil yang sesuai. Kalau English lemah, perbaiki sedikit demi sedikit. Kalau komputer lemah, belajar. Kalau mahu berniaga, jangan tunggu bersara baru pertama kali belajar tentang perniagaan. Kalau bercadang bekerja dalam bidang keselamatan, fahami apa yang industri itu perlukan. Kalau mahu masuk bidang teknikal, lihat kelayakan awam yang diperlukan.

    Pertengahan kerjaya ialah masa yang sangat baik untuk menjambatani pengalaman tentera dengan keperluan dunia awam.

    SATU SOALAN YANG RAMAI TERLUPA

    “Lepas Bersara Nanti Aku Nak Jadi Apa?” Ini bagi saya soalan paling penting. Kita selalu bercakap:    “Kena bersedia untuk bersara.”

    Tetapi bersedia untuk apa? Kalau kita sendiri tidak tahu kehidupan bagaimana yang kita mahu selepas bersara, susah hendak menentukan persiapan yang diperlukan. Contohnya, Ali mahu bersara dan terus bekerja makan gaji.

    • Abu mahu berniaga.
    • Osman mahu balik kampung, ada tanah dan mahu bertani.
    • Rahman mahu masuk bidang keselamatan.
    • Manakala Din pula mungkin kata: “Aku dah cukup kerja. Aku nak jaga cucu.” 😄

    Semua itu boleh. Tidak ada satu jawapan yang sesuai untuk semua orang. Tetapi persiapannya tidak sama.

    Kalau mahu bekerja, kita perlukan kemahiran, kelayakan, CV, networking dan pengetahuan tentang pasaran kerja.

    Kalau mahu berniaga, kita perlukan modal, ilmu perniagaan, pengalaman, pelanggan dan kefahaman tentang risiko.

    Kalau mahu bertani, kita perlu tahu tanah di mana, tanaman apa, modal berapa dan pasaran kepada siapa.

    Kalau mahu berehat sepenuhnya, kita perlu tahu sama ada pencen dan simpanan benar-benar mampu menampung kehidupan yang kita mahukan.

    Sebab itu matlamat selepas bersara mesti datang dahulu. Selepas itu barulah persiapan boleh disusun mengikut matlamat tersebut.

    HUJUNG PERKHIDMATAN - peringkat 3

    Sekarang Bukan Masa Untuk Masih “Tengok Dulu”

    Apabila tinggal beberapa tahun sebelum bersara, gambaran sepatutnya semakin jelas. Bukan semestinya semuanya sudah sempurna. Tetapi sekurang-kurangnya kita sudah tahu:

    • Saya mahu tinggal di mana.
    • Saya mahu bekerja atau tidak.
    • Kalau bekerja, bidang apa.
    • Berapa pendapatan yang saya perlukan.
    • Berapa hutang yang masih ada.
    • Apa kemahiran dan kelayakan yang saya miliki.
    • Apa lagi kekurangan yang perlu saya tutup sebelum keluar.

    Pada tahap ini, latihan persediaan persaraan menjadi sangat berguna. Tetapi jangan datang ke latihan dengan kepala kosong:

    “Tengoklah kursus apa depa bagi.”

    Datang dengan matlamat. Kalau kita sudah tahu mahu masuk bidang tertentu, gunakan latihan untuk mendekatkan diri kepada bidang tersebut. Cari orang dalam industri. Tanya peluang pekerjaan. Bina CV. Cari sijil yang diperlukan. Belajar menghadiri interview. Hubungi kawan yang sudah bersara. Tanya pengalaman mereka.

    Kadang-kadang seorang kawan yang sudah lima tahun berada di luar boleh mengajar kita perkara yang tidak ada dalam buku.

    JANGAN LUPA KEWANGAN

    Ini bahagian yang kurang seronok hendak dibincangkan... tetapi selepas bersara, dia yang paling rajin datang mengetuk pintu.  Sebelum bersara, cuba tahu dengan jelas:

    • Berapa pencen bulanan?
    • Berapa ganjaran?
    • Berapa hutang yang tinggal?
    • Berapa perbelanjaan keluarga setiap bulan?
    • Anak masih belajar?
    • Rumah sudah selesai?
    • Kereta?
    • Rawatan?
    • Ada simpanan kecemasan?

    Jangan tengok jumlah ganjaran sahaja kemudian rasa: “Wah... kaya aku!”

    Veteran yg bijak ialah mereka yg sudah tahu berapa keperluan belanja tiap bulan. Berapa jumlah untuk kecemasan. berapa jumlah hutang yg paling banyak yang boleh di kawal atau terkawal atau tidak berisiko. Ini bermakna, kita tidak perlu banyak duit, tetapi kita tahu berapa banyak yang cukup untuk hidup sederhana. Bukan bermewah.

    Duit yang nampak besar boleh menjadi kecil dengan sangat cepat kalau kita tidak mempunyai rancangan. Lebih-lebih lagi kalau minggu pertama bersara sudah ada orang datang dengan satu ayat keramat:

    “Abang, saya ada satu business opportunity...”  Dengar boleh. Tetapi jangan kerana kawan belanja teh tarik RM3... kita keluarkan modal RM15,000.

    Sudah ramai veteran yg tertipu atau terpedaya begini. Samada oleh orang awam atau bekas tentera sendiri.

    KELUARGA JUGA PERLU BERSEDIA

    Persaraan bukan berlaku kepada anggota seorang sahaja.

    Keluarga turut bersara bersama kita dalam satu bentuk yang lain.

    Semasa berkhidmat, kehidupan keluarga sudah mempunyai rutin.

    • Selepas bersara, rutin berubah.
    • Pendapatan mungkin berubah.
    • Tempat tinggal mungkin berubah.
    • Suami yang dulu selalu keluar... sekarang selalu ada di rumah. 😄

    Isteri pun mungkin mengambil masa hendak menyesuaikan diri:

    “Eh... abang tak ada pergi mana-mana ke hari ni?” Sebab itu berbincanglah dengan pasangan. 

    • Selepas bersara kita mahu tinggal di mana?
    • Apa rancangan kewangan?
    • Anak-anak bagaimana?
    • Adakah pasangan mahu terus bekerja?
    • Adakah kita mahu berniaga bersama?

    Matlamat persaraan yang dibincangkan bersama keluarga biasanya lebih realistik daripada rancangan yang kita simpan seorang diri dalam kepala.


    KENALI KEKUATAN... TETAPI JANGAN MALU MENGAKUI KELEMAHAN

    Bekas tentera sebenarnya membawa banyak kekuatan ke dunia awam.

    • Disiplin.
    • Kepimpinan.
    • Kerja berpasukan.
    • Ketahanan.
    • Pengurusan manusia.
    • Kesetiaan.
    • Kemampuan bekerja dalam tekanan.
    • Kemampuan melaksanakan tugas.
    • Tetapi kita juga perlu jujur.

    Mungkin dunia awam memerlukan perkara yang kita kurang.

    • Kelayakan akademik.
    • Sijil profesional.
    • Kemahiran digital.
    • English.
    • Pengetahuan industri.
    • Cara membuat CV.
    • Cara interview.
    • Networking.

    Mengakui kekurangan bukan bermaksud pengalaman tentera kita tidak bernilai. Sebaliknya kita sedang berkata:

    “Ini kekuatan aku. Ini pula kelemahan aku. Masih ada masa... aku baiki.”

    Itulah persediaan.

    JADI... BILA SEBENARNYA PERSIAPAN BERSARA BERMULA?

    Pada pandangan saya: 

    1. Awal kerjaya — bina asas.

    Belajar tugas, bina disiplin, mula menyimpan dan mula mengenali diri.

    2. Pertengahan kerjaya — bina pilihan. Kenal kekuatan dan kelemahan. Tambah kemahiran. Dapatkan kelayakan. Kurangkan hutang. Mula fikir dengan serius kehidupan selepas tentera.

    3. Hujung kerjaya — laksanakan rancangan.

    Tentukan pekerjaan atau aktiviti selepas bersara. Lengkapkan kelayakan. Kukuhkan kewangan. Bina hubungan dengan dunia awam. Libatkan keluarga. Bersedia untuk keluar.

    Nampak mudah. Tetapi ada satu perkara yang menghubungkan ketiga-tiganya:

    KESEDARAN.

    Kalau kesedaran datang awal, persiapan boleh dibuat perlahan-lahan.

    Kalau kesedaran datang lewat...

    semuanya hendak dibuat serentak.

    • Nak selesaikan hutang.
    • Nak cari sijil.
    • Nak belajar komputer.
    • Nak buat CV.
    • Nak cari kerja.
    • Nak fikir business.
    • Nak pergi kursus.
    • Tinggal enam bulan nak bersara.
    • Masa itu bukan lagi retirement planning.

    Itu sudah macam exercise last minute.  tapi ramai juga yg sedar awal, tapi masih bertangguh. Elak tangguh-tangguh sebab 5 tahun pertama sekejap ja ia berlalu. 


    Akhir Sekali...

    Saya tidak mengatakan semua orang mesti menjadi kaya sebelum bersara. Tidak.

    Saya juga tidak mengatakan semua anggota mesti mempunyai degree, berniaga atau mendapat jawatan besar selepas meninggalkan tentera.

    Bagi saya, kejayaan selepas bersara lebih mudah daripada itu.

    • Kita tahu kehidupan apa yang kita mahu.
    • Kita tahu kemampuan kita.
    • Kita tahu kekurangan kita.
    • Kita membuat persiapan yang sesuai.

    Dan apabila hari terakhir memakai uniform tiba... kita tidak keluar sambil bertanya:

    “Lepas ni aku nak buat apa?”

    Sebaliknya kita keluar dengan satu keyakinan: “Satu kerjaya sudah selesai. Sekarang aku tahu ke mana aku hendak pergi.”

    • Uniform mungkin kita gantung.
    • Pangkat mungkin kita tinggalkan.
    • Tetapi ilmu, pengalaman, disiplin dan segala yang kita pelajari sepanjang perkhidmatan...

    semuanya ikut kita keluar melalui pintu pagar kem.

    Jangan tunggu persaraan datang kepada kita.

    • Kita yang bersedia untuk menyambutnya.
    • Perlahan-lahan.
    • Dari awal kerjaya.
    • Ke pertengahan kerjaya.
    • Sampailah ke hari terakhir perkhidmatan.
    • Supaya apabila tiba kehidupan selepas tentera, kita bukan sekadar sudah bersara...
    • tetapi benar-benar sudah bersedia.
    • Semoga bermanfaat.
    • Kalau anggota muda baca dan kata:

    “Lambat lagi, Tuan...” Tak apa. Saya dulu pun mungkin kata benda yang sama. 😄

    PENELITIAN....
    1. isu enjoy dan beli kenderaan
    2. isu judi dan dadah
    3. isu kahwin dan isu beli tanah & rumah
    4. isu ilmu pengetahuan, kemahiran  dan pengalaman
    5. isu kewangan
    6. isu pekerjaan

    ENJOY - MOTORSIKAL & KERETA & IPHONE

    apa barang kalau saham sedang tinggi aku mahu lepak di masjid atau di bilek bujang. ni lah masa mahu jalan-jalan. kenderaan bermotor [motosikal @ kereta] jika beli baru jadi beban selama 9 tahun. baru2 ini kawan saya beli kancil lama dgn harga 500 ringgit dan belanja lg 2 ribu rgt utk baiki dll. semua pun tunai.

    ada kenderaan boleh pergi sana sini dgn mudah dan selesa. lagi selesa bila tiada hutang. masalah biasa ialah ingin bertanding kereta atau motor siapa lebih hebat. cuma, asalnya 'aku perlu kenderaan'. itu je!

    JUDI & DADAH

    bila tiba2 kaya jom kita judi sikit. sikit jer. bila stress - kita kena ganja sikit... sikit jer. sikit-sikit, lama-lama jd bukit. ada yg kena buang kerja dan ada yg cerai berai. bila sampai tahap ketagih judi atau dadah - nasihat orang dia kata orang dengki kat dia. Akta Dadah yg panas ialah Seksyen 39B - tiada ampun, tiada rayuan, terus ja masuk dalam tggu bicara. Ada yg tunggu dlm tahanan sampai 4 tahun. Yg menarik nya... hanya kerana tumpang kereta kawan, atau kawan tumpang kereta kita.... jika Polis tahan dan jumpa pil yg berkaitan - semua yg dalam kereta akan di tahan bawah 39B.

    KAHWIN, BELI TANAH / RUMAH

    Apabila termasuk dlm kategori orang yg boleh buat pinjaman beli rumah atau tanah, jgn tunggu. terus ja buat pinjaman.

    Tapi kita tguk dulu bab kawin. Byk kajian mendapati, orang yg punya pasangan hidup lebih stabil dari aspek emosional, dlm pemikiran dan mcm2 lagi. Isteri penting sbb dia akan paksa kita beli rumah. Atau pun, jika ibu atau baba mertua bagi tanah atau rumah - itu lah rezeki yg ramai orang dapat. Tuan2 - pinjaman kjaan tempun bayaran ialah 30 tahun - paling lama. Jika kita beli rumah atau buat rumah masa umur 30 tahun - umur 60 baru hutang akan langsai. Jika kita bersara pada umur 40, kita ada 20 tahun - pencen kita di potong untuk bayar hutang ini. Capai ja umur 60... di anugerah penyakit kencing manis, buah pinggang dan darah tinggi! Masa tu... satu bende pun tak guna.

    Nak beli tanah/rumah di mana? Beli di mana kita akan menetap selepas bersara. mmmm mmm nah! itu lah yg di sebut sebagai merancang. Di Perak, kg tersusun ada di mana-mana. Di situ, ada byk tanah kosong sbb belum dibangunkan lg. JIka berminat, jln2 la masa cuti dan tguk sendiri. Lokasi paling sesuai. dekat dgn sekolah, masjid, stesen bas, stesen keretapi dan hospital. Kesian kpd kawan yg kurang berpeluang utk solat fardhu di masjid sbb jauh, bila sakit - hospital pulak jauh. Tapi di kampung asal kita pun ada byk lg tanah kosong - ibu bapa dan adek beradek pun ramai. Elak beli rumah kemudian jual sbb tidak sesuai dll sebab. Buat keputusan betul2. 

    saya akan terus menulis... tak sempat nak siapkan sekali-gus

    ILMU, KEMAHIRAN & PENGALAMAN

    KEWANGAN

    PEKERJAAN


    1. kita ubah tajuk perbincangan kepada MERANCANG MASA DEPAN.... sbb mana-mana pun kita semua akan bersara.

    2. 20 tahun dulu... askar gaji kecik. sekarang amat besar. dan.... 20 tahun dari sekarang... bila tuan bersara dari tentera.... pencen yg tuan terima nanti... melekat di celah gigi ja. sebab apa? pencen yg tuan terima tolak pinjaman perumahan, pinjaman koperasi tentera, pinjaman bank rakyat, bayar bulanan kereta toyota.... tinggal lah 35 ringgit dalam bank!

    3. belum kira anak nak sekolah, dan mcm2 lagi...

    dulu harga sebuah rumah dan tanah sekitar 135,000 ringgit. sekaraang rumah teres satu tkt, keluasan 20X70 kaki sudah 308,000 ringgit.

    kita masuk kpd persiapan menghadapi masa depan....

    khidmat tentera saya bagi kepada tiga fasa..

    fasa pertama - 1 hingga 6 tahun perkhidmatan

    fasa dua - 7 hingga 12 tahun perkhidmatan

    fasa tiga - 13 hingga 21 tahun perkhidmatan

    ENJOY! tuan nak enjoy sampai bila? hingga tarikh TTP? tuan tahu tak... cara enjoy prebet dgn Kpl dgn Sjn dan dgn KSM berbeza. Cara enjoy orang bujang dgn orang kahwin lain.

    Bila hati dan jiwa asyik nak enjoy.... dari fasa 1 hingga 3; tiada simpanan, tiada harta tetap. beli rumah jual rumah. moto jual moto, dan kereta jual kereta. kawin cerai.

    Kesimpulannya... sendiri mau fikir!

    Cadangan!

    Fasa satu mula fikir tentang masa depan. soalan pertama. apa jadi jika Allah kurniakan aku umur panjang?

    Fasa kedua - bila bersara aku perlu rumah. kalau aku beli dalam tahun ke 10 servis, lepas pencen nanti aku perlu bayar pinjaman perumahan kjaan selama 20 tahun lagi. mati lah aku. kalau harga rumah 300 ribu, paling busuk pun kena bayar 2,100 ringgit setiap bulan. kalau aku dapat pencen 4,000 sebulan, tolak 2,100, baki 1,900 saja lagi. Mana cukup bang!

    Kalau aku beli dalam 5 tahun servis, tinggal 15 tahun lg selepas pencen utk bayar hutang. Ini pun perit jugak ni! Nah! Itulah hakikatnya tuan2 sekelian.

    Hakikatnya, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, kita sebagai veteran sebenarnya tidak benar-benar "bersara".

    Mengapa saya berkata begitu? Sebab…

    Bagi kebanyakan penjawat awam, umur persaraan adalah sekitar 60 hingga 65 tahun. Sebaliknya, anggota tentera lazimnya menamatkan perkhidmatan antara 39 hingga 45 tahun, bergantung pada umur ketika menyertai tentera. Contohnya:

    • Masuk tentera pada umur 18 tahun → + 21 thn, tamat perkhidmatan sekitar 39 tahun.
    • Masuk pada umur 24 tahun → + 21 thn tamat sekitar 45 tahun.

    Jadi, adakah itu benar-benar persaraan?

    Pada hakikatnya, tidak.

    Selepas tamat perkhidmatan, kita masih mempunyai tempoh yang panjang sebelum mencapai usia 60 tahun. Dalam tempoh itulah kita perlu terus mencari rezeki—sama ada bekerja dengan orang lain, berniaga sendiri, bertani, menternak, atau melakukan apa sahaja yang halal untuk menyara kehidupan. Saya sendiri sekarang menanam sayur dan menternak ayam kampung.

    Bagi ramai orang awam, apabila bersara, anak-anak sudah dewasa, sudah bekerja dan ada yang telah berkeluarga. Mereka boleh menikmati hasil penat lelah sepanjang perkhidmatan.

    Kita pula sedikit berbeza.

    Apabila menamatkan perkhidmatan tentera, kita sebenarnya sedang melangkah ke fasa kedua kehidupan—fasa untuk membina kerjaya baharu, menyesuaikan diri dengan dunia sebenar di luar pagar kem, dan meneruskan perjuangan mencari rezeki.

    Sebab itu saya selalu berpendapat, veteran bukan sekadar bersara, tetapi beralih kepada satu fasa kehidupan yang baharu.

    INGATAN..
    Jangan Tunggu Dekat Nak Pencen Baru Kelam-Kabut Cari Kerja, Cari Kemahiran, Cari Ilmu....

    Sebenarnya masih ramai anggota tentera mula berfikir tentang masa depan hanya beberapa bulan sebelum tarikh persaraan. Dan ada juga langsung tidak memikirkan nya. Saya pernah bersembang dengan seorang Sjn... dia kata..."dulu saya memang sudah ada rumah, tapi baru ja saya jual......"

    Hakikatnya... Pada masa itu, semuanya sudah agak terlambat. Dan yg sebenarnya, pada tahun 1955 seorang pengkaji bernama Kelly sudah menulis bahawa persiapan bersara bermula apabila kita terima gaji pertama. 

    Begitu juga di kalangan kita... orang Jawa di Johor Perak Pahang atau di mana saja sentiasa berusaha menambah pendapatan melalui usaha, ilmu dan pengalaman. Kalau anda Jawa... jangan perasan ya! Bukan semua gitu.

    Orang awam biasanya bersara sekitar umur 60 tahun. Mereka sudah lama membina kerjaya, mengumpul simpanan dan mempunyai rangkaian kenalan. Tetapi bagi anggota tentera, terutama anggota lain-lain pangkat, ramai menamatkan perkhidmatan ketika berusia antara 39 hingga 45 tahun.

    Maka persiapan bersara bukannya 5 tahun sebelum TTP, tetapi pada hari pertama menyertai tentera. Merokok 1 kotak dgn harga 8.50 sekotak se tiap hari, dlm 21 thn Tn telah 'bakar' 64,260 Ringgit sahaja.

    Umur masih muda - Tenaga masih kuat - Anak-anak masih bersekolah - Pinjaman rumah dan kenderaan mungkin belum selesai. Tetapi kerjaya dalam tentera sudah berakhir. Di sinilah bermulanya satu kehidupan baharu.

    Malangnya, kehidupan baharu itu bukan semudah yang disangka. Ramai yang mendapati sukar memperoleh pekerjaan yang sesuai. Ada yang terpaksa menerima gaji jauh lebih rendah. Ada yang bekerja mengikut syif walaupun sebelum ini memimpin anggota. Ada pula yang kecewa kerana pengalaman puluhan tahun dalam tentera tidak begitu dihargai oleh majikan swasta.

    Sebab itu saya selalu berpesan...

    Jangan tunggu pencen baru hendak membina masa depan.

    Realitinya: Tuan akan menetap di mana selepas pencen nanti? Haa? Mengapa tidak rancang dari awal. Itu sebab ramai yg beli rumah terikut2 kawan, atau terliur dgn jurujual yg seksi yg dtg masuk kem kita.

    Ada pula yg nak beli rumah yg dekat dgn sekolah... bang.... dlm 5 tahun lepas pencen, Tuan baru terfikir rumah terbaik ialah yg dekat dengan masjid dan hospital. Sebab hari ini Tuan mmg sihat dan buas..... besuk Tuan akan terasa untuk ke masjid dan perlu ke hospital atau klinik kerajaan lebih kerap dari biasa.... tu lah, jgn dok rajin tuang PT.

    Persiapan Bersara - Langkah Pertama: JANGAN Ubah Sikap tapi lihat keliling kita.

    Lihat lah mereka yg akan bersara sdg gelabah puyuh! Lihat yg muda2 sebuk nak enjoy nak pakai moto besar dan mcm2 lg - sdg bersuka ria dok buang duit! Jgn di tegur - duit aku - suka hati aku lah. Yg dok berjudi lg lah parah!

    Ramai orang menyangka kejayaan bergantung pada sijil, pkt atau pengalaman. Bagi saya... tidak juga. Sijil memang penting. Pengalaman juga sangat berharga. Tetapi ada satu perkara yang lebih penting daripada kedua-duanya, iaitu sikap.

    Kurangkan sedikit ego. Kurangkan ayat, "Alah... saya dah tahu."

    Dan yang paling penting, jangan malu belajar daripada orang yang lebih muda. Percayalah, umur menentukan bilangan hari kita hidup, tetapi bukan had untuk kita menimba ilmu. Sebaliknya...

    ✅ Jadilah orang yang mudah didekati.
    ✅ Rajin bertanya walaupun nampak macam "soalan mudah".
    ✅ Ringan tangan membantu orang lain.
    ✅ Dan jangan pernah berhenti belajar perkara baharu.

    Saya pernah bertemu ramai insan yang tidak mempunyai kelulusan tinggi, tetapi berjaya membina kehidupan yang luar biasa. Rahsianya bukan kerana mereka tahu semuanya, tetapi kerana mereka tidak pernah berhenti belajar.

    Sebaliknya, saya juga pernah melihat orang yang mempunyai jawatan besar, pengalaman puluhan tahun, malah pernah dihormati ramai. Namun selepas bersara, mereka sukar menyesuaikan diri kerana terlalu yakin bahawa pengalaman semalam sudah mencukupi untuk menghadapi dunia hari ini.

    Hakikatnya, dunia tidak pernah menunggu kita.

    Teknologi berubah. Cara bekerja berubah. Cara berniaga berubah. Malah cara berfikir juga berubah.

    Kalau telefon pun kita rajin update, mengapa tidak diri kita?

    Kerana dalam dunia sebenar, apabila kita berhenti belajar, kita sebenarnya sedang perlahan-lahan ditinggalkan.

    Belajar bukan tanda kita lemah. Belajar adalah bukti kita masih mahu berkembang. Dan selagi kita sudi belajar, selagi itulah pintu rezeki, peluang dan kebijaksanaan akan sentiasa terbuka.Jangan Malu Bermula Dari Bawah

    Ramai bekas tentera sebenarnya mempunyai disiplin, kepimpinan dan daya tahan yang tinggi. Tetapi ada satu perkara yang kadang-kadang menghalang kita.

    Ego.

    Ada yang merasakan dirinya pernah menjadi pegawai atau ketua. Lalu sukar menerima hakikat bahawa di tempat baharu dia perlu belajar semula. Percayalah... Tiada siapa menjadi usahawan berjaya hanya kerana pangkat yang pernah dipakai. Semua orang bermula sebagai pelajar.

    Ilmu Ada Di Mana-Mana

    Hari ini peluang belajar jauh lebih mudah berbanding dahulu. Kerajaan menyediakan pelbagai latihan yang kebanyakannya percuma atau dengan bayaran yang sangat rendah.

    Antaranya ialah:

    • TVET Malaysia
    • GIATMARA
    • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
    • e-LATiH HRD Corp
    • Rakyat Digital
    • Upskill Malaysia
    • MOOCs Malaysia
    • Program pembangunan usahawan
    • Latihan pertanian, penternakan dan industri makanan
    • Kursus teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI)

    Ramai tidak tahu peluang ini wujud. Ada yang tahu, tetapi berkata, "Nantilah..."

    Ada pula yang malu kerana perlu belajar bersama peserta yang jauh lebih muda. Sebenarnya, tidak ada istilah terlambat untuk belajar. Yang terlambat ialah apabila kita sedar pentingnya ilmu selepas peluang itu berlalu.

    Diploma Yang Ramai Tidak Tahu

    Ramai menyangka diploma hanya boleh diperoleh melalui universiti. Sebenarnya tidak. Ramai juga tidak mengetahui tentang Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)DKM ialah diploma kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Apa yang menarik, pembelajarannya lebih menumpukan kepada latihan praktikal berbanding teori. Bagi anggota tentera yang lebih gemar bekerja menggunakan kemahiran sebenar, laluan ini sangat sesuai. Lebih penting lagi, DKM juga boleh menjadi jambatan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Cuma nasihat saya - teliti dulu lihat yuran untuk sertai DKM di PERHEBAT, dan yg paling penting... adakah tuan punya nilai-nilai seorang pemimpin yang berilmu sebenarnya, yang yakin diri boleh, boleh buat kertas kerja ..... (tahu guna komputer). 

    Saya nasihat begini sebab pernah bertanya kpd seorang veteran yang ada DKM, "Hang tak mau mohon jawatan kosong ni ka?" dia jawab jujur ikhlas, "Saya pun tak konfiden la sahabat".

    Belajar Bukan Semestinya Dalam Bilik Kuliah

    Ilmu tidak hanya ada di universiti.

    Ilmu juga ada di ladang. Di bengkel. Di tapak projek. Di pasar malam. Di ekspo pertanian. Di pameran keusahawanan.

    Kalau ada peluang menghadiri kursus penternakan ayam, kelulut, tanaman fertigasi atau pemprosesan makanan, pergilah.

    Walaupun kita tidak bercadang menjadi penternak, sekurang-kurangnya kita memahami bagaimana orang lain menjana pendapatan. Kadang-kadang satu kursus sehari mampu membuka peluang yang tidak pernah kita bayangkan.

    Hari ini saya ternak lebih kurang 50 ekor ayam kg + ayam hutan. Sepasang ayam hutan di pasaran berharga 100 ke 200 ringgit. Mulanya saya beli telur ayam hutan dari seorang kenalan - kemudian tumpang ayam kg yg sedang mengeram. Pertama kali saya dapat 13 ekor anak ayam hutan. Di situ lah saya mula 'bermain' dgn ayam hutan. 

    Kepada Anggota Yang Masih Berkhidmat

    Inilah pesanan saya. Gunakan cuti tahunan dengan bijak. Sesekali, gantikan percutian dengan menghadiri kursus. Belajar satu kemahiran baharu. Kenal orang baharu. Bina rangkaian. Percayalah... Ilmu yang kita cari hari ini mungkin menjadi sumber rezeki lima tahun lagi.

    Cari "Skuad" Yang Sama Impian

    Satu perkara yang saya belajar sepanjang berkhidmat ialah... Kita jarang berjaya seorang diri. Kalau ada tiga atau empat orang yang mempunyai impian yang sama, berkawanlah. Pergi kursus bersama. Melawat ekspo bersama. Bincang idea bersama. Mungkin seorang pandai berniaga. Seorang lagi mahir menggunakan komputer. Seorang lagi pandai berkomunikasi.

    Apabila digabungkan, kekuatan itu menjadi jauh lebih besar.

    Akhir Sekali...

    Apa yang saya kongsikan di sini hanyalah sebahagian kecil daripada peluang yang ada. Masih banyak lagi yang boleh diterokai. Tetapi semuanya bermula dengan satu langkah.Rajin bertanya...walaupun pd seorang orang asli yg jual petai dan durian. 

    Rajin membaca. Rajin mencari pengalaman. Dan apabila pergi ke pasar malam, jangan sekadar membeli. Perhatikan bagaimana mereka berniaga. Bagaimana mereka melayan pelanggan. Bagaimana mereka menyusun barang. Bagaimana mereka menarik perhatian orang. Siapa tahu...

    Suatu hari nanti gerai yang dikunjungi orang itu mungkin milik kita pula. Kerana rezeki bukan datang kepada orang yang menunggu. Rezeki lebih sering datang kepada orang yang berusaha mencarinya.

    Jangan Lupa IKMa – Tempat Belajar Berniaga Dengan Kos Yang Sangat Rendah

    Ada satu lagi institusi yang saya rasa ramai anggota tentera tidak pernah dengar, apatah lagi memanfaatkannya. Namanya Institut Koperasi Malaysia (IKMa).Bila sebut koperasi, ramai terus terbayang kedai Koperasi Tentera. Sebenarnya dunia koperasi jauh lebih besar daripada itu.

    Hari ini, banyak koperasi di Malaysia menguruskan perniagaan bernilai jutaan ringgit dalam bidang peruncitan, pembinaan, pelancongan, pertanian, hartanah, kewangan, logistik dan pelbagai lagi.

    Kalau kita bercadang untuk berniaga selepas bersara, memahami bagaimana koperasi diuruskan adalah satu kelebihan yang sangat besar.

    Di IKMa, peserta boleh mengikuti pelbagai kursus berkaitan:

    • Cara menubuhkan dan mengurus koperasi.
    • Tadbir urus Ahli Lembaga Koperasi (ALK).
    • Pengurusan kewangan koperasi.
    • Keusahawanan dan pembangunan perniagaan.
    • Pemasaran dan strategi perniagaan.
    • Kepimpinan organisasi.
    • Pengurusan projek.
    • Kursus secara bersemuka dan juga dalam talian.

    Apa yang paling menarik ialah yuran kursusnya.

    Bagi ahli koperasi, banyak kursus asas hanya sekitar RM50, kursus dalam talian ada yang bermula sekitar RM20, malah dari semasa ke semasa terdapat juga program dan seminar yang ditawarkan secara percuma atau pada kadar yang sangat rendah.

    Kalau dibandingkan dengan kursus swasta yang mengenakan bayaran ratusan atau ribuan ringgit, saya selalu kata...

    "Yuran IKMa ini hampir tidak masuk akal murahnya." Persoalannya bukan ada atau tiada peluang. Persoalannya...

    Adakah kita benar-benar mahu belajar?

    Saya juga ingin memberi satu cadangan kepada anggota yang masih berkhidmat. Kalau koperasi kem atau koperasi pasukan anda mencari Ahli Lembaga Koperasi yang baharu, jangan cepat menolak. Tawarkan diri.

    Belajar bagaimana mesyuarat dijalankan. Belajar membaca penyata kewangan. Belajar membuat keputusan pelaburan. Belajar mengurus aset dan ahli.

    Semua pengalaman ini mungkin tidak digunakan ketika masih memakai uniform. Tetapi selepas bersara nanti, pengalaman inilah yang boleh membuka pintu menjadi pengurus koperasi, perunding, usahawan atau Ahli Lembaga Koperasi di tempat lain.

    Percayalah... Ilmu koperasi bukan hanya untuk orang koperasi. Ia adalah ilmu mengurus organisasi, manusia dan wang.

    Dan ilmu seperti ini sangat berguna sepanjang hayat. 

    Cara mohon kursus di IKMa? Lihat dalam internet. Bukan sini saja - hampir semua kursus yang badan kerajaan sediakan, kita perlu mohon secara on line.


    Berikut adalah senarai platform dan jabatan kerajaan utama yang menawarkan latihan percuma:

    • Pendidikan & Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
      • TVET Madani: Hab sehenti pusat latihan TVET seluruh negara di mana anda boleh memohon pelbagai kursus kemahiran percuma dan bersijil.
      • GIATMARA: Menawarkan kursus jangka pendek dan pensijilan kemahiran secara percuma (termasuk elaun pelatih terpilih di pusat-pusat seluruh negara seperti di Perak) di bawah kluster seperti kulinari, automotif, IT dan hospitaliti.
    • Pembelajaran Kemahiran Digital & Global
      • Rakyat Digital: Inisiatif di bawah MyDIGITAL Corporation yang menawarkan kursus latihan dan kemahiran digital percuma kepada seluruh rakyat Malaysia untuk kekal berdaya saing.
      • e-LATiH: Hab pembelajaran perdana HRD Corp yang menawarkan ribuan kursus percuma merentasi pelbagai sektor untuk pelbagai peringkat kemahiran.
      • Upskill Malaysia: Platform sehenti yang menyenaraikan program peningkatan kemahiran yang dibiayai oleh pelbagai agensi kerajaan.
      • MOOCs Malaysia: Kursus dalam talian terbuka secara percuma yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
    • Golongan Khusus & Pencari Kerja
      • Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK): Di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), menyediakan bantuan dan latihan percuma untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi meningkatkan taraf hidup.
      • Program Kebajikan: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menawarkan bantuan latihan vokasional percuma dan penempatan bengkel kemahiran untuk golongan sasar (termasuk OKU, ibu tunggal, dan keluarga berpendapatan rendah). [1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9]

    Nota: Jika anda berada di sekitar Ipoh, anda boleh terus merujuk cawangan agensi berhampiran seperti GIATMARA Ipoh atau Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) berhampiran Chemor untuk mengikuti kursus dan latihan kemahiran secara fizikal.
    Di atas tu hanya satu contoh. Tuan boleh dpt Diploma dengan mudah cepat dan amat murah iaitu DKM. 
    Ada lagi...
    Kursus ternakan lebah (terutamanya lebah kelulut) di Pontian, Johor, sering dianjurkan secara percuma atau bersubsidi oleh agensi kerajaan seperti Pejabat Pertanian Daerah Pontian. Kursus ini merangkumi pemilihan koloni, teknik pemindahan sarang, dan pengurusan perosak. [1]
    Agensi Utama & Tempat Latihan
    • Pejabat Pertanian Daerah Pontian / Negeri Johor: Kerap menganjurkan "Kursus Penternakan Lebah Kelulut Kualitas Tinggi". Penyertaan adalah percuma tetapi sangat terhad, dan pemohon perlu mendaftar awal melalui pautan khas Jabatan Pertanian Negeri Johor.
    • MARDI: Turut menawarkan latihan pemindahan teknologi dan keusahawanan penternakan lebah MARDI.
    • Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS): Menguruskan kursus berkaitan penternakan orang awam menerusi portal DTIMS INTAN.
    Cara Permohonan
    1. Semak takwim latihan semasa dan ikuti pengumuman terkini di laman sosial rasmi Pejabat Pertanian Daerah Pontian.
    2. Hubungi terus pejabat pertanian daerah berhampiran untuk mendapatkan maklumat slot kosong atau tarikh-tarikh kursus baharu yang akan dibuka di sekitar Pontian.
    TERNAK AYAM.... 
    Pusat latihan utama yang menawarkan kursus ternakan ayam dan unggas berdekatan Alor Gajah adalah Institut Teknologi Unggas (ITU) yang terletak di Masjid Tanah, Melaka (hanya kira-kira 15-20 minit pemanduan). [1, 2]
    Berikut adalah butiran kursus dan cara pendaftaran:
    Institut Teknologi Unggas (ITU) Masjid Tanah
    Institut di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) ini aktif mengadakan kursus pengurusan penternakan unggas, termasuk ayam pedaging dan ayam penelur. [1]
    • Lokasi: KM. 34, Jalan Ramuan China Besar, 78300 Masjid Tanah, Melaka.
    • Kelebihan: Kebanyakan kursus jangka pendek yang dianjurkan adalah PERCUMA dan dibuka kepada orang awam, penternak, serta bakal penternak.
    • Cara Daftar: Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui portal DTIMS INTAN atau dengan menyemak jadual kursus terkini di Facebook Institut Teknologi Unggas.
    • Hubungi: +60 6-384 1321. [1, 2, 3, 4, 5]
    KEPADA YG MASIH BERKHIDMAT, sila hadhir kursus-kursus di atas [mana-mana pun boleh] dgn ambil cuti tahun atau cuti sambung perkhidmatan. JANGAN buang masa makan angin.
    KEDUA. cari kawan atau skuad dalam satu pasukan, kawan yang ada minat yg sama. minat berniaga, minat nak cari ilmu dan pengalaman.... pakat dgn dia, dan terus buat apa yang di sukai dan sesuai dgn jiwa, rancang hadhir kursus dan rancang bagaimana mahu cari mkn..
    KETIGA. apa yg saya sudah kongsi di atas hanya sedikit. Rajin-rajin lah usaha sendiri (tanya dan tanya). Jika ada pameran atau ekspo, ambil peluang, ambil cuti, pergi tenguk pameran atau ekspo. Dan jgn lupa.... bila pergi pasar malam.... lihat sendiri bagaimana orang berniaga. Jika di fikir... ehh ini mcm... aku pun mampu buat.