TOLONG BACA hingga akhir. mcm mudah tapi bagi orang lain... LPKT tu apa ya?
LPKT ada dua jenis atau dua format.... untuk DKM dan DLKM. bezanya sebab ada bab yang bertajuk Kajian Literatur. itu saja.
tips pertama. L maksudnya LAPORAN. jadi... LPKT ialah laporan. BUKAN satu kajian baru. ia menceritakan barang lepas.
TIPS KEDUA. kajian! ada juga yg tanya.... projek tu apa pulak? saya bagi satu analogi.... projek perumahan. boleh bayangkan tak dlm projek perumahan ni ada byk aktiviti. OK... saya sebagai bos besar bagi projek ini, tugaskan tuan buat satu kajian. kajian mcm mana nak kurangkan kemalangan semasa buat projek perumahan ini. harap tuan faham beza projek dgn kajian. Ya! Dlm satu projek, ada byk aktiviti, dan bagi setiap aktiviti, ia bermula dgn kajian.
jenis LPKT. kita fokus kpd format DKM dulu. kedua, berasaskan cara membuat kajian.... pendekatan kualitatif atau pendekatan kuantitatif. BEZA BESAR; kuantitatif ada borang soal selidik, manakala kualitatif guna temuduga cara soalan terbuka. Apa beza soalan tertutup dan terbuka. Soalan tertutup... sila jawab ya atau tidak. Atau pilih A, B, C, atau D. Soalan terbuka.... apa akah pendapat tuan dengan REFORMASI yang Hj Baghil maksudkan?
Jadinya... kajian kuantitatif guna soalan tertutup, manakala kajian kualitatif, guna soalan terbuka.
METODOLOGI KUANTITATIF
Penemuan dan analisis yang kita tulis di BAB 3 beri tumpuan kepada angka dan statistik. Tujuan angka atau % akan beri gambaran setuju, tidak setuju dan lain-lainnya. Orang Malaysia suka tguk gambar, maka dia nak tguk pie chart, bar chart dan lain-lain, TETAPI tidak salah jika mahu buat jadual atau kotak-kotak dan tulis ja... berapa % setuju dan berapa % tidak setuju.
Di bawah nanti ada contoh Jadual 1. Punca Kelemahan Keseluruhan
Ini boleh di buat untuk ganti pie chart, bar chart dan chart-chart lain.
Yang penting ialah 'Analisis' nya, pandai-pandailah menggoreng. Jika bagi saya, 75% setuju, 5% tidak setuju, dan 20% berada di tengah-tengah. Maka tuan goreng lah apa yang patut.
Cara mendapatkan data. Guna borang soal selidik.
Bilangan sampel. Ratus atau puluh atau semua populasi. Contohnya; anak buah Tuan ada 15 orang; kalau semua isi borang soal selidik, bermakna 100% responden telah isi borang soal selidik.
kesimpulannya.... kena bijak. Mahu buat sesuatu, bilangan responden yg di perlukan pun kena bijak dari awal.
METODOLOGI KUALITATIF
Ini pula beri tumpuan kepada pengalaman, perasaan, dan pandangan. Saya boleh katakan, majoriti peserta tidak mahu aktiviti ini di jalankan, tetapi pihak minoriti lebih berkuasa untuk buat keputusan, dan dengan sebab atau alasan yang sangat kukuh. Jadi? Sesuatu aktiviti di teruskan, walau hanya minoriti yang setuju! Bagaimana minoriti boleh ada kuasa? Tguk keadaan politik negara kita hari ini. Yang minoriti telah bergabung dan memerintah negara!
Analisisnya atau sebabnya ialah dengan alasan-alasan yang sangat kukuh.
Cara mendapatkan data. Pemerhatian, penelitian dokumen dan soal-jawab.
Bilangan peserta atau informan. 3 hingga 5 orang pun sudah OK.
SESI jual ubat jap
jika boleh, buatlah LPKT pendekatan KUALIATIF iaitu cara temubual. ini adalah cara paling tepat, paling mudah. tiada carta pai (pie chart), tiada geraf, tiada borang soal selidik.
Bila di Bab 3, iaitu penemuan dan analisis, kita hanya paparkan rajah 7 di bawah ini.
- TIPS KE TIGA
Tips ini sangat penting! Ramai PPT PPg dan PPL sangat keliru. Dan mangsanya ialah calon. PPT dan PPg tugas dia ngajar atau bimbing. PPL menilai. Selalunya, mereka ini bimbing, atau ajar atau nilai ikut kefahaman dia sendiri. Itu sebab ia selalu jadi masalah.
Sebenarnya, JPK ada keluarkan panduan yang sangat jelas. Tuan2 boleh lihat panduan menulis LPKT. Kemudian tenguk juga BORANG PEMARKAHAN.
Dalam panduan menulis, dan dalam borang pemarkahan bagi BAB 1, tidak ada perenggan LIMITASI KAJIAN/PROJEK. Ada PPT, PPg dan PPL akan tanya.... "Mana limitasi kamu?" Sila jawab begini.."Dalam panduan menulis LPKT dan dalam borang pemarkahan... tidak ada encik, kalau saya tulis pun tiada markah di situ".
Dan begitu juga dalam BAB 2, 3 dan 4. Sila lihat atau teliti panduan menulis dan pemarkahan.
Tips seterusnya. Tips 4. Jika kita lihat borang pemarkahan bagi BAB 3, tidak ada satu ayat pun, yang suruh beri markah atas pie chart, bar chart, dan lain-lain. Oleh itu, jangan susahkan diri dengan pie chart dan se angkatan denganya.
Beri persembahan dalam bentuk rajah-rajah di bawah. Semua rajah ini ada dalam microsoft words.
CONTOH MEMAHAMI KONSEP PENULISAN LPKT/LPKC
CONTOH PENULISAN LPKT/LPKC
Katalah tajuk LPKT [LPKC] saya ialah
MEMPERTINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN BALAI PENGAWAL KEM KUKUSAN, TAWAU, SABAH.
BAB 1
Perenggan pertama Bab 1 (Pengenalan): Perenggan ini jelaskan sikit tentang fungsi Balai Pengawal serta pentingnya Balai Pengawal ini, dan kemudian (paling utama) sedikit tentang isu tajuk LPKT [LPKC] kita di mana dalam borang pemarkahan ia di sebut sebagai Latar Belakang.
Cth: Balai Pengawal Kem Kukusan berperanan sebagai pusat kawalan utama yang memastikan keselamatan kem sepanjanag masa (24 jam). Fungsinya memantau keluar-masuk, menyaring pelawat, melapor ancaman, dan memastikan ketenteraman kawasan terpelihara. Anggota yang bertugas di lokasi ini perlu prihatin, proaktif dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan risiko keselamatan. Namun kejadian serangan sebuah Balai Pengawal dalam setahun lepas di mana dua anggota di tembak mati oleh seorang anggota yang di bawah pengaruh dadah memberi pengajaran bahawa ancaman keselamatan boleh berlaku pada bila-bila masa.
Penyataan Masalah: Masalah utama di Balai Pengawal ialah [1] kawalan keluar masuk yang lemah, termasuk kenderaan tentera luar masuk tanpa makluman Markas; [2] anggota bujang keluar kem menggunakan butiran orang lain; [3] serta rekod keselamatan dan laporan rondaan tidak diisi atau dikemas kini dengan betul semasa pemeriksaan mengejut Pegawai Bertugas.
Objektif Kajian. Objektif utama kajian ini ialah mempertingkat keberkesanan keselamatan Balai Pengawal Kem Kukusan, Tawau. Objektif khususnya ialah: (1) mengenal pasti punca masalah, (2) menyenaraikan pandangan serta cadangan penyelesaian, dan (3) mencadangkan langkah peningkatan keselamatan yang praktikal dan berkesan.
Panduan menulis objektif LPKT/LPKC; [1] rujuk kepada slaid di bawah, ada objektif umum dan khusus (saya tidak syiok-syiok reka) [2] objektif umum ini sebiji dari tajuk LPKT/LPKC saya...ubah sikit ja. Baca atau lihat semula tajuk LPKT ini, Tetapi... [3] objektif khusus ialah.... bagaimana? mahu capai objektif umum. Lihat dan baca semula 3 objektif khusus di atas untuk memahaminya.
Baca betul2 objektif yg tertulis dlm slaid ini yg disediakan oleh JPK sendiri. Terdapat objektif umum dan objektif khusus.
Jika tuan dapat memahami cth penulisan LPKT / LPKC di atas, tuan telah berjaya memahami pemikiran saya, dan pemikiran penulis satu kertas kajian. Dulu masa berkhidmat, ini di sebut sebagai writing a service paper. Seterusnya, bagi siapkan Bab 1 ini, semuanya kacang.
SELESAI SUDA PENULISAN BAB 1...
nanti saya akan beri cth penulisan Bab 2, termasuk 'mengapa'....
Yang saya utarakan ialah.... realiti. Nasihat saya jangan ikut sangat dengan nasihat si kitol. Ikut saja rasa hati kita sendiri.
Contoh: segelintir murid-murid sekarang kurang ajar (biadab). Kalau sopan pun, dia jadi malas bila nak minta tolong bersihkan bilik darjah. Puncanya? Kita sendiri pun dah tahu..... guru-guru tiada kuasa nak marah murih-murih. kedua.... guru-guru pun mula bersikap...'lantak ko lah'.....
TIPS 5 Slaid power point. TOLONG sangat BUAT dan serahkan slaid kepada Penilai atau PPL dalam bentuk hitam putih. Tidak perlu warna warni kerana susah untuk di maju kpd JPK. Slaid hitam putih sudah mula di gunakan oleh orang lain dalam persembahan begini.
TIPS AKHIR tolong jangan guna toyol, atau LPKT orang terdahulu. Saya belajar dari orang lama, suruh calon baiki LPKT, jika tidak mahu, sukarlah kita untuk tolong. .
jika ada isu yg tuan ingin pencerahan, sila whatsapp atau call saya 019 275 0075. Jgn lah rasa gundah-gulana. Jika tidak pun, wajib whatsapp dulu, kenalkan diri dan info saya apa hajat tuan, kemudian baru call. Gumbira lah saya utk jawab call, sbb ini zaman scammer. Takut mahu angkat call...
terima kasih
MINTA BANTUAN.. sekali tuan klik kat iklan sebelah ni, saya dapat 1 sen.
Klik tulisan biru kat bawah ini untuk bacaan seterus nya.
KLIK sini utk info lanjut: TIPS GUNA AI

