Thursday, July 27, 2023

LPKT BAB 2 METODOLOGI KAJIAN



Slide JPK

Bab 2 bagi DKM ialah METODOLOGI KAJIAN

Bab ini ada sikit keliru beza antara slaid rekaan JPK ini dan agihan markah. Agihan markah fokus kepada [1] 'proses kajian' dan [2] pelan pelaksanaan yang dicermin dalam bentuk Gantt Chart.

Ini boleh bermakna penulis bebas untuk menerangkan proses kajian atau proses aktiviti beliau. Cumanya, kita perlu ambil kandungan slaid ini sabagai rujukan apa yang dimaksud dengan METODOLOGI KAJIAN.

Markah lulus minimum untuk Penilaian Latihan Kemahiran dan Pengetahuan (LPKT) bergantung kepada bahagian penilaian. Markah lulus minimum untuk penulisan ialah 40 markah, manakala untuk pembentangan adalah 10 markah


Bab 2 ini kita mula dgn melihat perkara yg di nilai, iaitu kotak 1.4 di atas. Hanya, proses kerja dan Perancangan Kerja (Gantt Chart). Amat berbeza dgn 1.2 di mana setiap perenggan dalam Bab 1 ada markah. Ini bermakna, penulis diberi kebebasan untuk menjelaskan proses kerja beliau. Tidak ada yg salah atau betul kecuali logik. Cumanya baik kita guna slaid JPK sebagai panduan untuk tulis Bab ini. DAN..... baik juga; kerana JPK memberikan satu contoh format penulisan seperti tesis atau akademik bagi Bab 2 ini. Dan saya rasa slide JPK di atas terlalu akademik untuk bakal calun boleh hadham dan ia lebih bersifat kuantitatif. Namun begitu, rajah di bawah, rasanya lebih mudah untuk difahami.


Rujuk rajah ini, saya terjemah sikit: [1] Rekabentuk Kajian [2] Metodologi Kajian [3] Strategi Persampelan [4] Metod Mengumpul Data, dan [5] Analisas Data. Saya abaikan no 6 sbb ia terlalu akademik.

[1] Saya fokus kepada case study atau kajian kes, sebab saya akan tumpu ke atas Balai Pengawal sahaja. 

[2] Metodologi? Saya akan adaptasi metodologi kualitatif sebab saya mahu faham persepsi (pandangan), pengalaman dan pengetahuan mereka yang terlibat 

[3] Sampling... dlm kualitatif, mereka yang terlibat di sebut sebagai participant manakala dalam kuantitatif di sebut sebagai responden.

[4] Metod kumpulan data: saya akan merujuk kepada bahan bertulis seperti minit mesyuarat, arahan, SOP, atau PMAT, dan kedua dengan pemerhatian dan ketiga dengan temuduga terbeuka

[5] Saya akan analisa data menggunakan analisa tematik, dan

[6] Saya akan sediakan Carta Gantt.

Tuan rujuk balik kpd borang penilaian dan pemarkahan, markah akan diberi selain dari carta gantt, markah juga diberi kpd proses kerja. Semua perenggan 1 hingga 5 di atas itu ialah proses kerja!

Awal tadi, saya tulis, apa yg terpampang pd slaid dan borang markah, ada kekeliruan. Kini, jika tuan lihat balik slaid dan rajah yg saya ambil dari internet, ianya seakan sama. Slaid dan Rajah menerangkan proses kerja. 

CONTOH PENULISAN BAB 2

 

BAB 2 METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan

Kajian ini dilaksanakan sebagai satu kajian kes (case study) yang memberi tumpuan khusus kepada aspek perkhidmatan keselamatan di Balai Pengawal Kem Kukusan, Tawau. Pendekatan kajian kes dipilih kerana ia membolehkan penyelidik meneliti situasi sebenar di lokasi tersebut secara lebih mendalam, terutamanya berkaitan isu keselamatan yang telah dikenal pasti. Balai Pengawal merupakan komponen penting dalam sistem keselamatan kem kerana ia berfungsi sebagai kawalan akses utama (primary access control point) bagi pergerakan masuk dan keluar (entry and exit) semua anggota, pelawat dan kenderaan.

Dengan fokus ini, kajian memberi penekanan kepada pengalaman, rutin dan cabaran sebenar anggota yang bertugas di lokasi ini, termasuk aspek pematuhan prosedur, rekod keselamatan, dan keberkesanan tindakan anggota dalam menjalankan tanggungjawab mereka selama 24 jam sehari.


Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif kerana pendekatan ini membolehkan penyelidik memahami persepsi, pengalaman, dan pengetahuan anggota yang terlibat secara langsung dengan operasi harian Balai Pengawal. Kaedah kualitatif dipilih kerana keselamatan adalah isu yang melibatkan tingkah laku, pemahaman prosedur, budaya kerja, serta tahap kesedaran anggota terhadap SOP yang ditetapkan. Melalui pendekatan ini, maklumat yang lebih mendalam dapat diperoleh, dan data yang dikumpulkan memberi gambaran sebenar mengenai masalah keselamatan yang berlaku.


Persampelan

Kajian ini menggunakan teknik purposive sampling, iaitu pemilihan peserta secara sengaja berdasarkan tugas, pengalaman dan keterlibatan mereka di Balai Pengawal. Dalam kajian kualitatif, peserta dirujuk sebagai participants, kerana mereka berkongsi pengalaman secara langsung dan bukan bertindak sebagai responden kaji selidik.

Peserta kajian terdiri daripada:

  • Sarjan Provos dan anggota Regimental Police (RP) yang bertugas dari jam 0700 hingga 1800;

  • Anggota infantri (riflemen) yang bertugas dari jam 1800 hingga 0700;

  • Anggota yang pernah bertugas di lokasi ini;

  • Pegawai Bertugas; dan

  • Battalion Orderly Sergeant (BOS).

Kesemua individu ini dipilih kerana mereka mempunyai pengetahuan langsung mengenai rutin operasi, masalah yang wujud, serta keberkesanan pelaksanaan SOP di Balai Pengawal.


Kaedah Pengumpulan Data

Data dikumpulkan melalui tiga kaedah utama:

a. Dokumentasi – merujuk bahan bertulis seperti minit mesyuarat, arahan kawalan keselamatan, SOP, dan PMAT yang berkaitan dengan operasi Balai Pengawal.
b. Pemerhatian (Observation) – penyelidik melakukan pemerhatian di lokasi bertugas untuk melihat sendiri amalan kerja, prosedur kawalan akses, rekod keselamatan, dan interaksi anggota.
c. Temu bual terbuka (Open-ended Interviews) – digunakan untuk mendapatkan pandangan mendalam daripada peserta mengenai masalah, kekangan dan cadangan penambahbaikan.

Pendekatan kombinasi ini memastikan data yang diperoleh adalah menyeluruh dan mencerminkan realiti operasi sebenar.


Kaedah Analisis Data

Data dianalisis menggunakan tematic analysis, satu kaedah yang mengenal pasti tema, corak dan kategori utama daripada maklumat yang dikumpulkan. Melalui analisis tematik, penyelidik dapat mengorganisasi isu-isu yang dikenal pasti, mengenal pasti punca masalah, serta merumus cadangan penambahbaikan berdasarkan maklumat konkrit yang dikemukakan oleh peserta.

Carta Alir Proses Kajian



Sangat penting untuk penulisan menerangkan setiap kotak di atas.Data dianalisis menggu

Carta Gantt

Seterusnya wajib penulis menyediakan carta gantt sekurangnya berasaskan carta alir di atas dan menggariskan tempuh kajian tersebut di laksanakan.

Rumusan Bab 2

tulis di sini ringkasan tentang Bab 2.

penerangan serta contoh bagi Bab 2 ini menggunakan metodologi kualitatif boleh diguna sebagai panduan atau rujukan, dan bukan sebagai TOYOL. Saya tidak bertanggungjawab jika ada calun yang meniru bulat-bulat.

sekian...