Friday, April 7, 2017

Mudahnya Menjemput REZEKI

Tujuan utama saya ialah meringkaskan buku yg bertajuk di atas ni yg ditulis oleh Fathuri Salehuddin. Sebuah buku yg memberi motivasi kpd usahawan dan bakal usahawan, dan paling utamanya, sambil berusaha, ia mendekatkan kita kpd Pencipta.

Tahniah kpd penulis buku ini. Atau penulis-penulisnya. Dan syukur kpd Allah swt.

Awal mula ia menerangkan apa itu rezeki? Kita tahu bahawa setiap itu rezeki, ilmu, harta, kesihatan, anak, sahabat, sedara, pekerjaan, perniagaan, hadiah, durian......semuanya rezeki. Kita juga tahu ada orang kaya sebab usahanya, ada kerana emak bapa nya yg kaya, ada kerana terpijak lombong emas, lubuk ikan dan mcm mcm.

Ath-Thalaq 65:3 ada disebutkan rezeki boleh datang dari arah yg tidak disangka-sangka. Allah akan cukupkan. Allah telah tentukan segalanya.

Maknanya [pada saya] sangat mudah. Allah sudah tentukan. Itu kita kena faham dan terima. Yg kedua dan yg paling penting...Allah cukupkan. Kalau dapat sikit....tetap cukup. Apa lagi kalau byk.

Tapi dlm Ali Imran 3: 37, sesungguhnya Allah memberi rezeki kpd sesiapa yg dikehendakiNya dgn tidak terhitung jumlahnya.

Formula Tambah Rezeki
1. Syukur dan Redha
2. Zakat dan Sedekah
3. Taqwa dan Sambung Silaturahim
4. Banyak Istifar dan Tak Buat Dosa

Kunci Rezeki : Bersyukur.     ...jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah nikmat kepadamu.

Nah jika saya ringkaskan sangat mcm ni...biasanya saya sendiripun mcm pernah kata...ala aku pun tahu. Betul ker? Senang sangat ni...mcm tak logik!

Beginilah....ramai orang percaya tuhan itu wujud. Allah itu wujud. Tapi sebenarnya, mereka tidak yakin. Kalau mereka betul betul yakin...masakan mereka selalu tinggal solat. Apa lagi solat di surau atau mesjid.

OK berbalik kpd buku ini....bab topik rezeki telah diceritakan dgn mendalam. Bila kita faham tentang bab rezeki ini....setiap perkara, setiap keadaan, setiap kejadian...kita akan anggap sebagai rezeki.

Dan setiap itu adalah dari Allah swt.

Tapi kita diberi akal untuk berfikir dan bertindak. Inilah kejadian ke atas manusia yg tidak ada bagi semua makhluk lain. Jika pemikiran mendahului segalanya, kita boleh jadi riak, ego dan hingga jatuh syirik.

Umpamanya ada orang ckp....kalau dok doa jer tapi tak berusaha, mana boleh datang hasil bro.... Coba fikir manusia yg dilahirkan dlm keluarga kaya. Dia ada berusaha ke?

Ada juga yg kata...ala depa ni miskin sebab depa malas. Betul ke depa malas. Bukankah drebar bas dan teksi memandu sehari suntuk. Nak kata depa ni malas juga ker? Cikgu mengajar siang malam. Askar polis pengawal bertugas 24 jam. Mereka pun malas jugak ker?

Kita kena ingat...jangan pandang rendah kepada orang lain. Sebenarnya Allah permudahkan kita dpt rezeki yg banyak kerana orang sekeliling kita yg sama-sama menyumbang.

Kalau kita berniaga, bukankah kita perlukan pelanggan. Lagi byk lagi baik. jadi..janganlah pandang rendah kpd setiap individu yg kita panggil pelanggan ini. Setap mereka Allah beri hidayah dan jalan untuk melanggan kpd kita.

Bila sudah dapat...kita kena memberi. beri dalam bentuk sedekah. Sedekah pun mcm rezeki juga....maksud sedekah ini sangat luas.

Dalam Bab 12 hingga 22 diceritakan hal 'menjemput rezeki..." Apasal pulak menjemput dan bukan mencari.


Islam itu indah. Bila kita berusaha ke Makkah untuk buat umrah, kita digelar 'tetamu Allah'. Allah jemput kita ke? Bila kita dapat kad jemputan? Nah! Maksudnya dalam kan. Kalau pun kita telah berusaha bersungguh-sungguh....kalau Allah 'tidak izinkan'....kita tidak akan sampai ke Makkah.


Begitulah maksudnya dgn menjemput rezeki.



  • ..dgn utamakan solat
  • ..dgn solat tahajud
  • ..dgn solat dhuha
  • ..dgn zikir
  • ..dgn doa
  • ..dgn doakan orang lain
  • ..dgn sedekah
  • ..dgn baca quran
  • ..dgn dgn asma al husna
  • ..dgn bersyukur
  • ..dgn tekun berusaha
PERINGATAN. kalau kita lakukan apa apa saja yg tersenarai kat atas ni dgn tujuan 'rezeki', maka saya risau ada yg akan terseleweng. Kita nak buat amalan dgn harapan amal ibadah kita diterima. itu sahaja. Bukan sebab itu adalah petua menjemput rezeki.

kita perlu IKHLAS. Jika tidak, segala amalan dpt % yg kecil yg akan menyumbang kpd kegagalan.

Bagi saya....ringkasnya, jadilah seorang muslimin muslimat yg baik. tinggalkan yg mungkar. patuh segala arahan/kehendak Allah. 

Lihat semula semua tips di atas, dan cuba fikir serta hayati sendiri. Orang koperat selalu kata what goes around, come around. 

Ada sebuah buku ugama budha yg saya pernah baca....tolong orang, dan satu hari akan ada orang tolong kita. saya pernah alami benda ini....tak semena mena, orang yg saya tidak kenal, call saya dan bagi saya bisnes. Bayangkan seorang hamba Allah call saya jemput beri ceramah di Sabah. Sesuatu yg saya tidak pernah bayangkan.

Ini berlaku hanya selepas sebulan saya kerap ke surau. Allah akan beri kita rezeki dari arah yg kita tidak sangka. Begitu juga kematian!

Dlm bab sedekah ni; saya nak share sikit. Bila kita solat...ntah berapa % yg betul2 diterima. Maklumlah sbb kita tak pakai cantik, badan bau busuk, tidak berapa kusyuk. lewat, tidak berjumaah dll. Tapi bila kita sedekah, walaupun 10 sen, ia diterima 100%. Apa lagi 5 rgt, 10 rgt atau 20 rgt.

itu sbb pernah saya dgr cerita di surau....orang yg mati nak balik semula ke dunia ini sbb dia nak sedekahkan semua harta dia.

ingin tahu lebih lanjut...beli dan baca buku ini.


bersambung....