Saturday, October 22, 2016

Masalah Orang Melayu


Sebenarnya semua bangsa di dunia ada kelemahan masing-masing. Ada orang tu pulak... suka cari salah bangsa lain. Allah jadikan manusia itu berbangsa berkaum bersuku supaya kita mengenali satu sama lain. Manusia semua sama. Yg bezakan ialah manusia itu sendiri.... konon dia lebih baik dan bangsa dia lebih baik...

Dalam al Quran (firman Allah swt), yg lebih tinggi martabatnya ialah yg paling beriman kpd Allah swt. (ini bukan ayat saya ya, maksudnya lebih kurang mcm tu)

Orang Melayu sangat hebat..... kawasan ini di sebut kepulauan Melayu. Kawasan mana? Filipina, Indonesia, Tanah Melayu, Selatan Thai dan Kambodia. Cuma sejarah kehebatan nya banyak tersorok, di simpan di luar negara dan di musnah. Masa sama, sejarah hari ini banyak di ubah dan di manipulasi.

Jika tidak, manakan orang Melayu yang pernah sembah alam keliling, dan dulunya ugama budha dan hindu, memeluk agama Islam. Hanya orang yg cerdik yang tahu nilai Islam.

DI DALAM SETIAP KOMUNITI..... peratus (%) nya hampir 80/20. 80% rakyat marhain dan 20% yg kaya2 sikit. Guna konsep Pareto Law. Ada yg jahat di kalangan 20% ini, bijak menggunakan kelemahan kumpulan marhain untuk berkuasa. Bahasa moden - eksploitasi.

Mereka bijak sehingga rakyat marhain sendiri yg fikir, mereka yang buat keputusan dan mereka ada kuasa untuk buat keputusan. Biasanya mereka pilih yg kaya, yg pandai ckp dan yg sekolah tinggi sikit... sebagai ketua atau pemimpin. Mereka tidak sedar, mereka di pengaruhi oleh uang dan tipu-daya individu yg kaya tadi.

Akhirnya, mereka yg majoriti ini (rakyat marhain) memilih individu yg licik. Yg jujur ikhlas mereka abaikan dan nafikan. Naaa.... sekarang mereka akan ckp mana ada ketua yg jujur dan ikhlas. Kalau kita pilih si polan, sudah pasti kita akan dapat tanah dan rumah kos rendah, dapat biasiswa untuk anak, dpt lesen beniaga. Sehinggakan para ustaz pun jd mangsa.... uang uang uang.

Pelik dan ajaib, oleh kerena duit berkuasa, maka orang2 yg kaya tp tidak berepa pandai, tidak punya wawasan, jadi ketua, dan mereka mula jual harta negara - hasil bumi, balak, tanah, kem askar, tanah kerajaan, tanah rizab melayu. Soalannya... siapa yg untung? Dan siapa yg rugi? Rakyat marhain peduli apa dgn semua ini... janji dia dapat tanah, rumah.... begheh.

Masalah agama, masalah anak cucu, masalah pendidikan marhain peduli apa. Sekolah tinggi tp tidak ada kerja nak buat apa? KESIMPULANnya, masih ramai yg mahu selamatkan Melayu, tetapi rakyat marhain spt tidak mahu perubahan. kata demor.... ckp senang la....





 
    

TU... jenis mcm mana Melayu mana ada masalah.