Sunday, July 10, 2016

ISIS dan DAESH Malaysia

Ustaz ustaz TV dan penulis khutbah Jumaat, macam ketandusan idea tentang apa yang rakyat mahu dengar dan tenguk. Atau boleh ke saya agak ia sengaja dibuat begitu. 




Kami mohon perbincangan yg berbaur intelek, bukan isu keselamatan jalan raya, dadah dan rimpit. Isu yg tuan ketengahkan hanya mencerminkan level pemikiran tuan dan juga akan mengheret muslimin ke level pemikiran dan sikap yg sama juga.

Klik sini mengapa orang tertidor masa khutbah. KHUTBAH BOSAN


Tuan tuan ustaz dan penulis khutbah seperti tidak menghormati rakyat Malaysia dengan mempersenda rakyat dgn isu khutbah dan perbincangan d TV dlm hal-hal yg sepatutnya sudah diajar di sekolah rendah dan menengah.

Betul jugak kan...kat sekolah budak-budak tu diajar hanya untuk hormat guru semasa hari guru dan cara berwuduk, itu saja. 

Tuan pernah hadir kursus kawin atau tanya anak tuan apa yg dia ajar masa kursus kawin. Ya...penceramah hanya sebuk pasal seks. Tuan tuan pernah buat soal selidek bekas peserta kursus..apa harapan mereka sebelum kursus dan pendapat mereka selepas kursus.

Rata rata ustaz baru kemudiannya muncul dan bagitahu makmum jangan tenguk TV atau baca paper. nah! di mana lagi mereka akan dapat info kalau tidak dgn ostad2 ini dan dari telefon bimbit. Kemudian masukkan unsur zuhud, unsur akhirat, dan di mana tanda tanda sudah jelas. Makanya..jom kita berjihad. 



Ini pun satu hal jugak. Sekarang tuan tuan lihat...tenguk tv jadi gila, tnguk you tube dan dengar ceramah pun sama jugak. Entah mana satu yg betul?

Dulu kita ada konsep hearts and minds. yer betul....semenjak tahun 70an mereka ahli2 politik asyik kayakan anak beranak, jual segala tanah rizab melayu [sekarang tinggal 12% sahaja] DAN SEKARANG baru nak propaganda kami serta menggunakan konsep peperangan ideologi supaya sokong semua dasar gomen, suruh percaya semua ucapan dan semua ceramah ostad serta khutbah jumaat. kalau nasi sudah jadi bubur, boleh makan lagi. 

bagaimanapun, masih belum terlambat untuk tuan tuan semua balik ke pangkal jalan. hari ini segala langkah yg tuan ambil hanya akan menimbulkan rasa benci dan meluat. akibat dari itu datanglah ostad2 SPM memukat di air yg keruh.

namun, selagi tuan semua ada agenda tersembunyi, selagi itulah semua program tuan tidak akan berjaya sepenuhnya. Sebaik baik perancangan adalah Allah! Ingat tu

saya cukup hairan. tuan tuan semua sudah cukup kaya untuk 2 atau 3 generasi akan datang, tetapi masih dok tamak lagi.

Jadi di mana ISIS dan DAESH nya? Ia berada di dalam jiwa yg keliru. Yg sedang memberontak. ia wujud kerana sebab-sebab di atas. yg terkini, dalam pertandingan memileh presiden USA, nyata bahawa USA membiayai ISIL melalui Arab Saudi.

Bagi yg keliru....nah! Jika Arab Saudi yg sama2 membiayai ISIL....apa jadahnya? Mengapa? Sebab apa? Bukan rakyat marhain.....saya sendiri pun keliru.

Ustaz-ustaz di Mesjid Negara, JAKIM, Jab Perdana Menteri & universiti dok buat apa untuk betulkan kekeliruan ini.