Monday, August 15, 2016

EDCM Pengawal Sendiri atau dari syarikat keselamatan?

Yang mana lebih baik?, pengawal dalaman [in house] atau swasta [out sourced].

Soalan begini kita boleh jawab begitu begitu saja. Bergantung kepada pengalaman dan pemerhatian kita.

Namun jika kita hendak buat tugasan, kita perlu cerita dulu tentang syarikat kita, apa ancaman dan risiko keselamatan, bagaiaman langkah keselamatan diuruskan dll.

Pembaca kemudian akan faham mengapa kita pileh swasta atau dalaman. Contohnya, kawalan Pejabat Pengarah Urusan. Beliau mungkin seorang bekas Menteri yang ternama. Mahukah kita guna pengawal swasta untuk jaga keselamatan Pengarah Keselamatan ini.

Ada kebaikan dan keburukan bagi setiap cara. Itu tidak dinafikan. 

Jika saya diberi ruang dan peluang, pintu utama da pejabat-pejabat yang sensitif saya mesti guna pengawal dalaman.

Jaga parking, kawal trafik, ronda pagar mungkin lebih sesuai untuk pengawal swasta. Tetapi semua bergantung kepada kehendak pengurusan, risiko, ancaman, bilangan pengawal, dan nilai harta yang dijaga.

soalan seterusnya, apa struktur organisasi jabatan keselamatan kamu.....

http://securityandsafety.blogspot.my/2016/10/beza-pengawal-sendiri-atau-swasta.html