hujung minggu ini, kalau tak ada aktiviti jom panggang ayam kampung. buat di rumah boleh, kat tepi pantai pun boleh. kalau sekali2 buat nasi ayam, nasi arab atau nasi minyak pun bagus jugak guna ayam kg.
kalau di kawasan KL PJ atau Shah Alam, insyaAllah minima 5 ekor boleh kami hantar ke rumah. 1kg baru 16 ringgit berbanding harga pasaran...caj hantar hanya 3 ringgit. bayar dulu melalui Maybank atau CIMB baru kami hantar. kena order sehari sebelum untuk kami proses, kaki hati pedal semua kami bagi sebab itu hak tuan. perut kepala bulu...kami tanam.
kami tidak jual kepada restoran kerana jumlah ayam masih sedikit.
kami tidak jual kepada restoran kerana jumlah ayam masih sedikit.
ayam kg kami tidak liat sebab umur sekitar 3 bulan. kalau ayam daging, tak sampai 40 hari orang sudah jual. sebab tu ayam daging hanyir sikit berbanding ayam kg.
petua lembutkan ayam liat
ayam liat biasanya 'ayam pencen' dan ayam kampung. tapi ayam liat ni amat baik kpd badan kita. mengapa? ayam matang tidak hanyir. jadinya lambat basi. lambat rosak. lebih sedap.
petuanya amat mudah, ambil daun betik tua dan muda, koyak-koyakan hingga kecil, nak potong pun boleh, kemudian campur dgn ayam yg dah siap dipotong. mcm marinate. sekitar setengah jam sahaja. JANGAN LEBIH.
ada orang masukkan panadol. ini tidak baik sebab ia sejenis bahan kimia.
kalau nak buat ayam goreng berempah, gabung marinate, daun betik dan rempah.
bela ayam kampung. ayam kg kuat makan...non stop. masa kecil tak perlu pasang pelita atau lampu, asal tempat tidor tidak sejuk. anak ayam mesti tidur dlm kurungan bulat. kalau empat segi, depa akan rapat ke mana2 sudut dan mula pijak kepala kawan sampai mati. apa susah! guna timba atau besen jer. tapi kena lah letak surat khabar yg dikoyak2kan dulu. kat atasnya tutup sebab depa rajin lompat keluar. tak perlu air atau makanan. simpan sekitar 7 malam hingga 7 pagi. atau magrib ke subuh.
anak ayam sangat sensitif kpd 3 perkara, kebersihan, makan minum dan mesti kering.
kebersihan maknanya udara segar, tak ada taik ayam, tak panas, tak sejuk. waktu pagi terdedah kpd matahari. ada pasir nak lari-lari.
saya terpaksa lepas atas tanah yg kering waktu pagi semasa nak bersihkan reban ayam.
sangat tidak bagus ayam tidor atas pasir. paling baik ada batang-batang kayu untuk ayam bertenggek. buat macam tangga dan senget betul supaya yg bawah tidak kena berak yg atas. ayam kuat berak waktu malam.
kalau ayam dibela atas lantai jaring besi sepanjang masa pun tidak baik. mesti juga letak tempat bertenggek dari kayu di dalamnya.
ada satu reban ayam saya nampak kering. tapi ada jer ayam yg sakit. bila saya cangkul, rupa2nya bawah sikit, tanahnya lembab.
tahi ayam kering sangat baik untuk pokok cabai [cili...nama orang putih la]

sayur yg ayam kg saya paling suka ialah kobis. racik halus2 dan tabur bersama nasi. tabung kosong pun okay jugak. pasang muka tebal, pergi kutip sayur yg peniaga buang di kawasan pasar. tidak pun pakai topeng zorro.
daun lain yg dia sangat suka ragut ialah daun pokok cabai, belalai gajah dan segala macam rumput. TAPI dia suka makan pada pokok yg hidup. bukan letak atas zink atau papan. ini dia tak suka.
bagaimana nak ajar ayam makan sayur dan rumput. puasakan dia selama 2 atau 3 hari. jika tidak, nasi dan roti yang kita tabur pun dia buat pot jerr.