Saturday, January 9, 2016

BBPP 1103 Assignment Jan 2016

somebody asked me. encik saya tak faham...apa teori pengurusan yg sykt saya amalkan. senang jer nak terangkan. buka buku [contoh] tenguk bahagian pengurusan birokrasi. ada tak sykt kita buat mcm tu. tentu ada kan, setidak2nya nama kita pun kerani akaun. tentulah itu tugas kita. itulah birokrasi. masalahnya, bos kita bila suruh kerja, sapa2 pun dia suruh buat tak kira apa jawatannya. NANTI bila masuk bab cadangan, kamu cadangkan supaya sykt ini mesti pegang teguh kpd pengurusan birokrasi.

KLIK untuk 

PANDUAN EXAM APRIL 2016

slide pertama yg saya paparkan bertujuan untuk nyatakan, tugasan ini sangat penting. Buat betul2. Kalau kamu dapat score, exam nanti tak lah poyo sangat. otak pun dah bebal nak ingat nota nota tu. baca muka dua, muka satu dah lupa.





SEBELUM MULA saya nak kongsi pengalaman meniru, copy and paste. Pelajar suka buat kerja ini tetapi TAK PANDAI nak adunkan dengan betul. Terlalu mudah untuk kenal kerja asli dan tiruan; sekejap bahasa rojak, sekejap lagi bahasa baku. Sekali baca atau lihat sudah tahu itu ciplak. Bukan ciplak buku, tapi ciplak kerja orang lain yg terdahulu.

Silap haribulan, markah yg diperolehi akan merudum kerana bila baca nampak cantik, tetapi sebenarnya tidak menjawab soalan.


Management Evolution

Choose one organisation that you are familiar with or able to access information on.  Describe the evolution of management theory  from the start of 19th century until the 20th century and discuss the most suitable management theory for the organisation nowadays.

Pilih satu organisasi yang anda biasa atau organisasi yang anda boleh mendapat maklumat.    Jelaskan evolusi teori pengurusan bermula dari kurun ke 19 sehingga kurun ke 20 dan bincangkan teori pengurusan yang paling sesuai untuk organisasi berkenaan.

MEMAHAMI SOALAN

pilih satu organisasi. maknanya apa apa saja. sekolah, kilang, jabatan, hospital, kompleks, pelabuhan [terminal], kongsi gelap, kementerian, kilang, syarikat, NGO atau pengakap.


Very clear introduction covering background of the company (name of the company, main business activity,  latest product/service launched .


dlm introduction tentang organisasi yg kamu pileh, rubrics ini yg dia mahu. kalau pasal organisasi tu, crita latar belakang, nama sykt, bisnes apa, dan produk/servis dia yg terkini.


makanya, sebelum mula buat assignment, baca setiap muka penerangan dan arahan serta maklumat yg diberi.


jgn lah tidak baca, kemudian wassap kat saya....encik saya tak faham ni nong ni nong.


bincang evolusi teori pengurusan dari abad 19 hingga 20. yg ini mudah dot com....ambil dari buku, dari artikel atau mana-mana buku lain.


'menjawab' keperluan ini amat mudah. ikut saja buku teks dan artikel lain yg ada di internet.


kamu akan dapati semuanya hampir sama. ada yg beri maklumat A dan ada bagi B. Semuanya tidak salah, dan kamu boleh gabung. 


Kamu lihat slide yg saya paste di bawah ini. Ada pulak integrating perspective dan emerging management issue and challenges. Dan, dlm buku teks kita kata human perspective - di sini pula tertulis behavioral perspective.


jgn kata...wa. mana satu yg betul ni. semua pun betul. macam telor, teloq, tolo, semua pun sama jer. ada lagi nama lain ker yg saya belum sebut.





artikel ini kamu boleh buat contoh macam mana nak tulis, cumanya ia fokus kpd peranan ketua.
http://www.strategicleadershipinstitute.net/news/the-historical-evolution-of-management-theory-from-1900-to-present-the-changing-role-of-leaders-in-organizations-/

Artikel berikut ini pula pun bagus juga, tetapi sila fokus kpd teori- teori yg disampaikan sahaja. Jgn terjerumus dlm dunia parti pula. Niat nak buat tugasan jer.

http://www.khairulfaizi.net/2014/06/bahagian-ketiga-mengadaptasi-teori.html

Ada banyak contoh yg kamu boleh "ciplak". Mudah jer, baca, buat nota, lepas tu buat ayat sendiri. Jangan copy and paste sebab bahasa kamu dgn dia berbeza. jika kamu copy seluruhnya, letak footnote dan rujukan. jika tidak, itu baru disebut sebagai ciplak.


The definition and explanation of manager and management was comprehensive and clear.


tiba2 dlm rubrics kamu kena terangkan manager dan management. rujuklah buku teks kamu dan encik google. cuma bagi pelajar saya sudah faham sikit....boleh guna ilmu yg saya ajar, iaitu managing atau coordinating with available and unavailable resources. rujuklah tutor kamu...tak salah. sebab saya sudah nyatakan, dalam realiti, ahli perniagaan dan kjaan jugak mengurus dgn sumber yg mereka tidak ada.


kalau tak cukup duit pinjam, terbitkan share, jv dan lain-lain. kalau tak cukup kepakaran, guna consultant. tak cukup orang....out source.


yg kedua, 'untuk mencapai objektif organisasi'. ini tidak betul, sebab setiap individu dlm organisasi juga ada objektif masing-masing. yg sepatutnya ialah untuk mencapai objektif organisasi dan individu.


apa objektif individu? pangkat, jawatan, kenaikan gaji, dll. kalau pengurus kita, pengurus besar dan pengarah ada objektif, mengapa mereka hendak ketepikan objektif orang lain? 


selain itu, apa itu manager dan management, buat sebanyak rujukan yg kamu boleh. apa maksudnya. apa peranan mereka. apa kesan mereka kpd organisasi. tapi ingat, di tempat kerja kita management memberi 2 maksud. bos bos dan pihak atasan selalu orang sebut sebagai management. "management kita kan bagus, manager kita yg kerek sikit". 


nak mudah, korek jer apa yg ada dlm buku teks kamu. kamu tidak akan salah.


ini soalan kedua yg sama penting
Pilih satu organisasi yang anda biasa atau organisasi yang anda boleh mendapat maklumat.    Jelaskan evolusi teori pengurusan bermula dari kurun ke 19 sehingga kurun ke 20 dan bincangkan teori pengurusan yang paling sesuai untuk organisasi berkenaan.

ini soalan susah sikit. tricky!

saya suka bab human perspective sebab isu ini amat luas. Ia meliputi antara lain human behaviour, needs, interaction dan group processes.


bab bureacratic management pun nampak lebih senang. lihat buku teks ms 13, siap ada list yg kamu boleh ambil untuk mencadang apa yg organisasi berkenaan boleh perbaiki.




SELINGAN. Ada student minta saya tolong....mmg saya akan tolong. Tapi janganlah suruh tolong saya buat. Plan dulu nak buat mcm mana, nak fokus apa....emel kat saya. Then saya akan guide setakat yg mampu. 

Bagi yg berada di Lembah Klang, kalau nak tdo satu malam, atau nak buat reunion, atau nak buat family day, klik si..ni.

--------

ini saya ke laut sikit [terminologi bagi bos melalut], saya ingin bagi pendekatan pengurusan dlm apa yg disebut sebagai hawthorne experiment. [sila tanya pakcik google untuk tahu lebih lanjut] dlm buku kamu pun ada yer...saya bukan reka2 ni.

dlm realitinya, saya bagi contoh. coach dan manager akan jaga pemain sampai depa betul2 hebat. sama2 susah dan sengsara hingga berjaya. semua se jiwa. bila coach atau manager kena tamat kontrek atau diberhentikan, adakah semua pemain akan sama2 mogok?


jadi setakat mana se hari se jiwa yg kita bincang di sini? boleh pakai ke teori teori ni?

--------
kamu boleh ambil jabatan telekom yg kemudian bertukar kepada TM. ada banyak perubahan berlaku di situ. di mana nak dapat maklumat? kena usaha. kalau kamu tanya saya...orang TM yg ada sekarang pun tak tahu!


sebagai pelajar baru, saya nak bagi tahu..jangan gelabah. tugasan ini mudah saja. cuma jgn cut and paste tak tentu pasal. cari kawan yg boleh dipercayai, bincang apa nak buat. tak faham tanya sifu. kemudian tulis lah cara berasingan.

tapi jangan lah miscall saya. itu 'kejam'. saya ingatkan client yg call, tup tup siswi OUM. macam nak jentik jer telinga. kalau tak return call nanti miss rezeki pulak. apa apa whatsapp atau emel pun ok dah.


tetapi saya ingin kongsi satu fakta dari orang lama spt saya sendiri. tak percaya cuba tanya ibu bapa sendiri.


apa saja perkembangan yg sedang berlaku, saya nampak seperti bertambah huru hara, semakin tidak terkawal, semakin bermasalah di segi sosial, ekonomi dan macam-macam lagi.

kalau kamu ada masa, cuba lawat arkib negara dan lihat fail dan dokumen lama. lihat bagaimana kerani zaman dulu kerja dan bandingkan dengan hasil kerja hari ini. 

zaman itu pengurusan semua macam kuku besi. melayu india cina semua strict. tak bagi muka langsung. semua orang datang kerja awal dan balik lambat. ada masalah disiplin terus kena buang kerja.


jalan raya di selenggara oleh PWD dlm bahasa melayu JKR. tetapi jalan satu Malaysia sentiasa elok. sekarang?  

isu nya yg kamu boleh rumuskan, adakah evolusi ini menuju kepada kebaikan atau sikit sikit tak baik atau ada kesan sampingan. adakah kerana kita terlalu taksub meniru cara barat, cara jepun, korea, indonesia atau mana mana saja tanpa menyesuaikan betul betul dgn cara hidup dan budaya kita.

adakah evolusi ini 'dipaksa' atau diadaptasi dgn cara semula jadi?

ringkasnya, segala cadangan kamu mesti ada sebab-sebab yg boleh diterima mengapa kamu kata begitu. Jika saya kata tidak logik, maknanya pemeriksa kata tidak logik, kamu mungkin beri contoh coca cola, ford motor, google, facebook dan lain-lain, di mana sesuatu yg tidak logik tapi jadi kenyataan. maka cadangan spt ini akan terpaksa diterima.


contohnya, 14 orang tak suka, buat sidang media, boleh buang bos. dalam keadaan lain, kena buat undi tidak percaya, kena itu dan kena ini. jadi ini contoh saya yg betul2 berlaku. pemeriksa kertas kerja saya tak boleh kata saya salah.


Dalam masa yg sama kamu boleh lihat kegagalan sykt spt Ikan Bakar Sekinchan, makro, carrefoure di Msia, sykt minyak esso dan caltex yg telah ghaib dan banyak lagi contoh. sebelum mereka ghaib, mereka telah ambil pelbagai langkah, tetapi terus gagal. maknanya, apa yg kamu ingin cadangkan mestilah sesuatu yg akan mengubah menjadi bertambah baik.


baru2 ini byk sykt buang pekerja. ini pun boleh kamu buat contoh. kalau ikut teori human oriented....ini sudah kejam. nak kurangkan rugi...buang orang. patut ke? bukan kah lebih baik kurangkan waktu kerja, atau kurangkan gaji atau elaun. kalau kurangkan waktu kerja, pekerja boleh buat part time, dan paling penting anak bini mereka tidak sama2 merana.


msia menswastakan beberapa organisasi kjaan. ini pun contoh tambahan. bab penswastaan ini adalah satu pendekatan short cut oleh kjaan yg 'menyampah' dgn kakitangannya yg lembab.


kita boleh lihat telekom melonjak selepas diswastakan. tapi lebih 20 tahun agaknya. cuma sekarang ni kita tenguk lembab semula... 


jika boleh siswa siswi OUM guna peluang buat tugasan [assignment] ini dgn cara yg holistik. jgn terikat dgn teori sahaja kerana teori barat tidak boleh diadaptasi 100% oleh kita.


kita negara berbilang kaum. kita ada budaya sendiri. beri pendapat dan cadangan kamu dgn bijak




saya boleh bantu melalui e mel sahaja kerana selalu sebuk atau whatsapp sebelum call.



jom kita belajar sunguh2 untuk jadi manusia yg berguna untuk diri sendiri, famili dan masyarakat. mana tahu anda akan jadi PM satu hari nanti.

-----
CONTOH assignment


i dont know where and how to start? Just look at the RUBRICS and try to meet all the requirement. If you just blindly comply, you will earn marks. As easy as that.



'products'. kompeni saya tak buat apa-apa products! untuk maklumat semua perkhidmatan baru yang diperkenalkan oleh bank disebut sebagai 'new products'. oleh itu, perkhidmatan yg syarikat kamu beri boleh dikatakan sebagai produk atau pun perkhidmatan. mana-mana pun boleh.



Sila klik di sini untuk pertanyaan terus


Good luck and pse e mail me if u need help. noor0075@oum.edu.my 

http://togetherlearning.blogspot.my/2016/01/pakej-cuti-sekolah-untuk-murid-murid-kl.html


santai -santai hujung minggu....klik URL di bawah

http://togetherlearning.blogspot.my/2016/01/lokasi-santai-dan-kursus-di-gombak.html