powerjack laptop saya rosak. atas semangat "LOW YAT", saya berusaha mencari kedai komputer orang Islam dan/atau orang Melayu. kedai terdekat, 15km dari rumah saya iaitu di UIA Gombak.
dlm website mereka ada seorang budak nama Wan. lokasi kedai mereka di asrama Ali di UIA. usahalah saya bersama anak mencari kedainya.
pada 26 Okt 2015, letak je komputer dan bagitau apa rosaknya; terus je cakap 180 ringgit. Kenapa mahal sangat, sebab dot dot dot. Takkan mahal sangat. Sekali kami buka terus kami buat servis dan cuci, katanya. Boleh siap besuk. malam encik. Kenapa. Sebab barang dari Damansara....repernya kejap je, 15 minit je. OK, besuk malam saya datang.
tepat 8 malam saya sampai. wan kata tutup 8 malam, tapi kalau ada barang nak ambil, kami tutup 9 mlm. saya tanya berapa lama lagi. 10 minit katanya. kemudian Wan tanya sorang budak yg nampak lebih muda yg sebuk main game. Dia buat tak tau je.
saya tunggu dekat sampai 9 mlm. Pada 8.30 mlm saya nampak seorang budak masuk bawa beg. Tapi wan dok layan dua orang wanita yg agak berumur. lepas agak lama wan kata kat perempuan itu, datang besuk. 9 mlm Wan kata laptop abang dah siap. Rupa2nya, 8.30 tadi laptop saya dah sampai.
saya tguk dan nampak laptop tu sangat kotor. saya tanya kenapa tak cuci. budak yg 'sekor' tu kata takda tulis pun kat kertas tu. saya fikir takkan saya pulak yg nak tulis. itu keje korang. lalu saya kata baik awak buang notis2 kat dinding tu yg tertulis ALLAH NAMPAK.... Kenapa bang. Sebab wan janji nak cuci, wan kata kalau buka jer laptop, kami akan servis dan cuci.
saya bayar 180 ringgit dan ingatkan mereka buang perkataan "Allah melihat..." sebab kamu semua tidak jujur. bil saya tercatit masa 20.54.09
PEMERHATIAN saya. Budak Wan tu mmg perlu diajar supaya tidak kurang ajar. apabila saya tanya langsung tak jawab. Bila saya tunggu lama langsung tak beritahu apa2. Bila laptop sampai tak beritahu tetapi layan pelanggan lain, walaupun ada ramai staf pada waktu itu. tak boleh nak delegate ke. nak serah jer pun!
kata nak tukar powerjack, tapi apa yg tertulis ialah "repair" jer.
CADANGAN. Pihak UIA kena buat survey di kalangan pengguna, apa pendapat mereka tentang slogan OK...menggembirakan pengguna laptop sejak 2008 lagi! Pada saya mereka tidak ubah mcm peniaga di LOW YAT kerana kos repair powerjack selama 15 minit saja berjumlah 180 ringgit! UIA kena senaraikan harga repair laptop sebagaimana cafe kena tetapkan harga mee goreng, nasi goreng, sirap dll. Jika tidak OK Computer akan terus hisap darah pelajar dan pengguna lain.
sorang staf kata minta maaf bang, saya jawab tak payahlah minta maaf sebelum kamu buang perkataan Allah melihat... di setiap dinding kamu. Mereka [OK Computer] sebenarnya tidak jujur dan stafnya biadap. kedai bangsa lain caj 200 rgt. OK computer caj 180 rgt, tapi tak berbaloi dgn kurang ajarnya, penipuannya dan mempermain dgn nama Allah.
susah betul berurusan dgn orang/sykt "islam" mcm ni
sorang staf kata minta maaf bang, saya jawab tak payahlah minta maaf sebelum kamu buang perkataan Allah melihat... di setiap dinding kamu. Mereka [OK Computer] sebenarnya tidak jujur dan stafnya biadap. kedai bangsa lain caj 200 rgt. OK computer caj 180 rgt, tapi tak berbaloi dgn kurang ajarnya, penipuannya dan mempermain dgn nama Allah.
susah betul berurusan dgn orang/sykt "islam" mcm ni