Monday, October 26, 2015

Cara Menurunkan Harga Rumah

Matlatmatnya, bila harga rendah, lebih ramai rakyat mampu beli rumah. Kjaan mahu semua rakyat ada rumah sendiri, masa yg sama suruh developer yg tamak tu buat rumah. 
Bekas balai polis Brickfield. apa jadi sekarang ni? Polis kena pindah kemudian nak masuk balik kawasan ini dgn menyewa bangunan bank rakyat. akai ada ka? 
1. Kawal Pemilikan. Berhentikan monopoli dan kapitalis. Hentikan pemilikan lebih dari 2 buah rumah di kawasan KL, PJ, Pulau Pinang, JB, Ipoh dan kawasan terpileh. Pada masa yang sama, rumah kedua dan seterusnya, kenakan cukai khas mengikut nilai semasa rumah dan tanah. Wujudkan database yg komprehensif. Boleh kesan jika pemilik cuba elak penguatkuasaan. Kawalan ini sangat perlu sebab keluasan tanah tidak bertambah.....penduduk bertambah!

2. Tanah yg dikurnia seperti kampung tersusun, MESTI buat rumah dlm masa 5 tahun. Jika tidak ia mesti dirampas kembali. Peraturan sudah ada sebenarnya, tetapi pihak DO/majlis mcm tidak mahu ambil tindakan. Ramai orang tahu, si polan yg kaya dan pangkat besar atau orang politik atau orang pej daerah, dapat lot rumah, tetapi tidak buat rumah. Mereka yg tamak ini menafi hak orang yg lebih sesuai.
Antara kuarters kjaan di KL yg dimusnahkan dan diganti dgn kompleks perniagaan. yg tinggal di sekitar Pudu hanya masjid dan sekolah. Masjid akan jadi kosong dan begitu juga dgn sekolah. sebab penduduk dah kena 'tendang' keluar. 'demi pembangunan' kata orang demokrasi terpimpin

3. Kjaan MESTI bina rumah sewa dan kuarters di kawasan banyak keperluan/ permintaan seperti di KL. Pekerja ini tidak perlu pening cari rumah yg murah. Rumah ini amat rendah kualitinya hanya layak diduduki oleh para menteri. Boleh sewa sampai mati jika perlu. TAPI kawal betul2 elak penyelewengan. Ambil tindakan tegas.

4. Kjaan MESTI bina sendiri rumah murah di seluruh negara melalui JKR dan sumber2 lain dgn harga murah, dan jual kpd rakyat. TAPIS betul2. Orang pertama yg hendak ditapis ialah setiap peringkat staf. Dari Pengarah hingga penghantar surat. Rekod segala butir mereka. Jika berlaku penyelewengan, 'sembelih' mereka ini dulu. Rumah yg dibina mesti dalam bandar. Banyak tanah kerajaan serta balai polis di KL dijual kpd kroni, tidak salah nak buat rumah murah untuk rakyat. Contohnya kem tentera di Jalan Ampang, rumah2 kjaan di Jln Tun Razak dan Balai Polis di Brickfield, semuanya sudah ghaib. Kalau kjaan ikhlas, masih byk tanah kosong milik kjaan ada di KL.

TAPI jika bina rumah di tempat jin bertendang yg amat jauh dari tempat kerja, semua orang yg merancang termasuk menteri, pergi duduk situ dulu selama 5 tahun dengan anak isteri mereka.


5. Ahli politik yg juga Menteri, ketua bahagian, cawangan serta setiap ahli politik DIHARAMKAN berada di dalam mana2 jawatankuasa perumahan. Tidak kira mereka ini dari bidang kejuruteraan, arkitektual, peguam, akauntan dan apa saja. Sokongan mereka jika diterima hendaklah ditong sampahkan.

6. Tukar status tanah pertanian kepada tanah perumahan [agriculture to residential] dan juga hutan simpan, MESTI diberhentikan sertamerta. Jika sudah terlepas, batalkan segera. Menteri semua nampak tak estet di sekeliling KLIA semua sudah jatuh ke tangan 'mereka' yg tamak ini.

7. Buat rumah dicerun, di kawasan tadahan air MESTI dihentikan. Jika berlaku, buat siasatan dengan teliti sebab biasanya Menteri yg arahkan ini akan menafikannya dan kerana mereka hanya beri arahan lisan.

8. Semua tanah haram yg diteroka termasuk ditepi highway, tepi sungai dan didalam hutan, kenakan cukai yg sepatutnya mengikut aktiviti peneroka. Yg buka bengkel, stockyard, parking bayar 500 hingga 1000 rgt setiap hari. Yg buat kebun biar percuma. Yg buat kebun untuk berniaga bayar hingga 500 rgt setiap hari.

9. Database tanah dan perumahan seluruh negara dibangunkan biar harganya 1 billion ringgit supaya benda yg amat sensitif ini betul2 terkawal. Biarlah orang kaya beli 15 buah kereta dan 15 buah kapalterbang. Bab rumah dan tanah ini, ia mesti betul2 dikawal.

10. Database semua individu yang tandatangan termasuk yg buat sokongan dari zaman lepas merdeka mesti dibangunkan segera kerana isu Malay Reserve masih belum selesai. Biarlah mereka ini mati dalam penjara, segala harta dirampas dan segala gelaran ditarik balik. ini termasuk penyangak yg 'mencuri' tanah rizab ini. Nama dan foto mereka baik disiarkan dalam setiap bentuk media, kerana mereka ini pengkhianat negara yg lebih dahsyat dari komunis.

PTD, Pegawai Daerah, Menteri, Pengarah, Ketua Bahagian, Cawangan, kerani akan faham mengapa saya beri cadangan di atas. TETAPI mana2 ahli politik atau pemimpin parti politik, tidak akan pertimbang cadangan ini kerana mereka pun 2X5 jugak. Atau mereka hanya akan gelak, he he he....1 penggal je beb! 

ada idea lain yg labih baik? jom kongsi.