Sunday, July 19, 2015

Solat Sunat Rawatib

Bukan main lagi orang kita solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu. Rasulullah solat sunat rawatib 10 rakaat setiap hari.






yg sebelumnya  ialah Subuh, dan Dzohor 

DAN yg selepasnya  ialah Dzohor, Magrib dan Isya.

asar tak ada yek

Sila buat cross reference dengan sumber2 lain. Saya setakat ingin kongsi nota. 


Bukan apa.... saya lihat orang kita yg suka mengikut-ngikut ni menjadikan saya tertanya-tanya pada diri sendiri. Orang solat, depa pun solat. Sebelum dan selepas...main tarbi jer! No further comment.

Baru2 ini saya hadir satu ceramah di sebuah surau. Antara yg saya ingat, kita sayang Rasulullah. Oleh itu cuba lah tiru segala apa yg beliau buat dan amalkan.

Saya nak tiru cara Rasul. Sekurang2nya cara solat rawatib dan cara zikir selepas solat [buat masa ini].

Kemudian dalam ceramah itu ada disebutkan, beza kita dan kafir ialah solat. So kalau kita tak solat maknanya kita ni macam mereka lah. period.

Saya cuba nak jadi muslimin terbaik. Saya cuba solat jumaah setiap hari. Sebab ini adalah t/jwb saya sebagai muslimin, iaitu imarahkan surau/masjid [rumah Allah].

Bukan main lagi ustaz cakap...jika berdondong2 kita solat Subuh, kafirun akan takut dengan kita! Semalam hari raya kedua, saya pi surau solat Isya....adalah 5 orang termasuk saya! Raya beb! Raya!

Sekarang ni ramai sudah berjirankan pak arab. Setidak2nya mereka ada dalam komuniti kita. Bila tiba waktu solat, kita nampak mereka berjalan kaki ke surau atau masjid.

Ini sudah jadi budaya mereka. Kita belum lagi. 

Jom kita ajak kawan pi solat magrib di surau, pastu kita duduk dua tiga orang baca quran sementara tunggu isya. Tak kiralah samada kita ini beriman atau tidak. Cuba dulu sikit2.

Lihat juga:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_Sunat_Rawatib