Adat dan budaya kita dipengaruh oleh banyak faktor luaran dan sekeliling. Al maklum, bila kita pada masa dulu hanya berharap kepada guru guru pondok, maka kita menonong saja mengikut. Tidak tahu di mana silapnya sebab zaman dulu solat teraweh laju giler.
Alhamdulillah sedikit demi sedikit kita mula berubah kepada yang lebih betul. Betul dengan makna kata kita merujuk kepada nas-nas yang diselidiki oleh ustaz-ustaz kita di merata tempat.
Zaman dulu [tidak berapa lama], kita solat taraweh laju macam bas ekspres. Sekarang sudah slow sikit. Zaman dulu, ustazah sendiri hanya pakai selendang, sekarang semua sudah pakai tudung. Terkini, ramai sudah sedar bahawa menyambut maulidul rasul, dan israk mikraj itu adalah amalan Syiah. Ada pernah Rasul dan sahabatnya menyambut israk mikraj? Kalau setakat hendak buat ceramah pada waktu tersebut tidaklah salah. Menyambut hari lahir dan ziarah kubur semasa perayaan [semasa hari raya] adalah amalan kristian dan yahudi. Sila buat kajian sendiri tentang ini.
Berikut adalah amalan Rasulullah, dzikir selepas solat fardhu yang diambil dari hadith-hadith Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam:
(1)
أَسْتَغْفِرُ اللهَ ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ ، اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ ، تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإْكْرَامِ
Maksudnya: “Aku memohon keampunan ALLAH, aku memohon keampunan ALLAH, aku memohon keampunan ALLAH. Ya ALLAH, ENGKAU Pemberi Keselamatan, dan dariMU datangnya keselamatan, Maha Suci ENGKAU wahai TUHAN Yang Maha Agung dan Maha Mulia.”(HR Muslim)
(2)
(3)لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ
Maksudnya: “Tiada tuhan selain ALLAH Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNYA. MilikNYA segala kerajaan dan milikNYA segala pujian. Dan DIA berkuasa ke atas segala sesuatu. Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan kehendak ALLAH. Dan tidaklah kami mengabdikan diri kami melainkan hanya kepadaNYA. MilikNYA segala nikmat, milikNYA segala kelebihan dan milikNYA segala pujian yang baik. Tiada tuhan selain ALLAH, dalam keadaan ikhlas beribadah kepadaNYA, walau dibenci oleh orang-orang kafir.”(HR Muslim)
(4) Tasbih, tahmid dan takbir sebanyak 33 kali:لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ، اَللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ
Maksudnya: “Tiada tuhan selain ALLAH Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNYA. MilikNYA segala kerajaan dan milikNYA segala pujian. Dan DIA berkuasa ke atas segala sesuatu. Ya ALLAH, tiada yang dapat menghalang apa yang ENGKAU telah berikan. Dan tiada yang dapat memberikan apa yang ENGKAU telah halang. Dan tidak bermanfaat orang yang mempunyai kelebihan, dariMU lah segala kelebihan.”(HR al-Bukhari & Muslim)
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَاللهُ أَكْبَرُ
Maksudnya: “Maha Suci ALLAH, Segala Pujian Milik ALLAH, ALLAH Maha Besar”
Kemudian baca ucapan berikut bagi mencukupkan yang ke-100:
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر
Maksudnya: “Tiada tuhan selain ALLAH Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNYA. MilikNYA segala kerajaan dan milikNYA segala pujian. Dan DIA berkuasa ke atas segala sesuatu.”(HR Muslim)
(5) Baca Ayat Al-Kursi:
Maksudnya: “ALLAH, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan DIA, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbir (sekalian makhlukNYA). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNYA melainkan dengan izinNYA. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu ALLAH melainkan apa yang ALLAH kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi ALLAH (ilmuNYA dan kekuasaanNYA) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada ALLAH menjaga serta memelihara keduanya. Dan DIA lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” (Surah al-Baqarah, 2:255)(HR an-Nasa’i, disahihkan oleh al-Albani)
(6) Baca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq & Al-Nas:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ. اللَّهُ الصَّمَدُ. لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ. وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. (Surah al-Ikhlas, 112:1-4)قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ. مِن شَرِّ مَا خَلَقَ. وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ. وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ. وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.“ (Surah al-Falaq, 113: 1-5)قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ. مَلِكِ النَّاسِ. إِلَٰهِ النَّاسِ. مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ. الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ. مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, – Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, – (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.” (Surah an-Nas, 114: 1-6)(HR Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani)
(7) Dibaca doa berikut selepas solat fardhu Subuh:
(8) Dibaca bacaan berikut sebanyak 10 kali selepas solat fardhu Maghrib dan Subuh:اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Maksudnya: “Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon dariMU akan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan-amalan yang diterima.”
(HR Ibnu Majah, disahihkan oleh al-Albani)
(9) Baca dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah selepas solat fardhu Maghrib:لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ
Maksudnya: “Tiada tuhan selain ALLAH Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNYA. MilikNYA segala kerajaan dan milikNYA segala pujian. Dan DIA berkuasa ke atas segala sesuatu.“
(HR at-Tirmidzi, disahihkan oleh al-Albani)
Maksudnya: “Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada ALLAH, dan Malaikat-malaikatNYA, dan Kitab-kitabNYA, dan Rasul-rasulNYA. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”. “ (Surah al-Baqarah, 2:285)
Maksudnya: “ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah ENGKAU mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah ENGKAU bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah ENGKAU bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah ENGKAU pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. ENGKAUlah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.” (Surah al-Baqarah, 2:286)(HR al-Bukhari & Muslim)
Ada orang berkata apa salahnya kita menokok tambah menjadikannya lebih mantap. Boleh dan tidak boleh. Jika boleh, lama kelamaan kita akan hilang pedoman, mana satu yang sepatutnya. Kita akan jadi tidak keruan. ATAU kita sudah tidak ikut cara Rasul kita. Jadinya, pada masa depan nanti siapa imam kita?
Pada saya, boleh dibuat tambahan hanya diluar dari waktu tersebut. Selepas solat ikut cara Rasul. Pada waktu lain, nak buat apa pun buat lah. Nak zikir 1000 kali pun OK.
Secara logiknya, kita kena solat 5 kali sehari. Sahabat Rasul kena kerja, dan mereka kerja kuat. Ringkasnya kita orang Islam kena kerja kuat dan solat pun kuat. Itu sebab zikir Rasul ringkas. Itu sebab Rasul suruh semasa solat Jumaat, baca surah yang pendek. Anda pernah alami imam baca surah panjang semasa solat Jumaat? Fikir2 kan lah.
Begitu juga dengan kenduri aruah dan budaya mengkebumikan orang Islam di negara kita yang lebih kepada adat. Sila buat rujukan cara Tok Guru Nik Aziz dikebumikan. Itu adalah permintaan beliau kepada anaknya, juga seorang ustaz. Adakah tahlil dan talkin itu budaya yg Rasul kita bawak?
Zaman kita terikut2 sudah tamat. Orang Barat yang memeluk Islam buat kajian, dan rujukan di perpustakaan dan pelbagai sumber sebelum buat keputusan. Kita dilahirkan Islam...itu sebab kita hanya mengikut amalan dan budaya orang tua dan masyarakat kita. Nak pulak ada perumpamaan 'biar mati anak jangan mati adat".
Secara logiknya, kita kena solat 5 kali sehari. Sahabat Rasul kena kerja, dan mereka kerja kuat. Ringkasnya kita orang Islam kena kerja kuat dan solat pun kuat. Itu sebab zikir Rasul ringkas. Itu sebab Rasul suruh semasa solat Jumaat, baca surah yang pendek. Anda pernah alami imam baca surah panjang semasa solat Jumaat? Fikir2 kan lah.
Begitu juga dengan kenduri aruah dan budaya mengkebumikan orang Islam di negara kita yang lebih kepada adat. Sila buat rujukan cara Tok Guru Nik Aziz dikebumikan. Itu adalah permintaan beliau kepada anaknya, juga seorang ustaz. Adakah tahlil dan talkin itu budaya yg Rasul kita bawak?
Zaman kita terikut2 sudah tamat. Orang Barat yang memeluk Islam buat kajian, dan rujukan di perpustakaan dan pelbagai sumber sebelum buat keputusan. Kita dilahirkan Islam...itu sebab kita hanya mengikut amalan dan budaya orang tua dan masyarakat kita. Nak pulak ada perumpamaan 'biar mati anak jangan mati adat".
Semoga dapat sama-sama kita amalkan dan kongsikan dengan yang lain-lain, insyaAllah.
Solat sunat rawatib...solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu.
http://togetherlearning.blogspot.com/2015/07/solat-sunat-rawatib.html