Kemesraan. Hati hati, ada di kalangan mereka mempunyai sikap yang amat memeranjatkan. Walau bagaimana mesra pun kita boleh usahakan terhadap mereka, pelbagai rasa hati, pendapat, hobi [minat], pandangan dan apa saja yang berkaitan dengan diri sendiri hendaklah dirahsiakan. Ia akan memakan diri sendiri.
Kebajikan. Apabila kita rasa seseorang itu kita boleh minta tolong, tentulah kita akan minta tolong. Contohnya kita minta tolong carikan tukang urut, carikan kedai makan yang best di kampung beliau. InsyaAllah perkara ini akan diungkit sehebat hebatnya. Begitu juga bila kita rasa pemandu kita kekeringan wang, kita akan sumbang sikit, kalau dia ada masalah, kita akan benarkan balik awal, atau cuti dulu, besuk baru isi borang. Apa yang diceritakan atau diadukan atau di umpat amatlah memeranjatkan. Saya pernah berusaha seorang yg saya amat percaya bertugas di kg beliau di Kelantan, saya benarkan beliau balik tidur di rumah emak beliau manakala orang lain semua mesti berada di kampus, saya benarkan beliau buat tuntutan perjalanan. Balasanya? Tanyalah beliau!
Segala keburukan kita sekecil kecil zaharah akan diceritakan dan kemudian di tokok tambah dan di ceritakan di kalangan mereka hingga jadi buah mulut. Hingga akan sampai kita di tuduh muflis.
Pernah sekali terdapat masalah untuk saya bayar gaji kerana masalah cek yg ditolak atas sebab teknikal, mereka telah mogok, telah serang ofis dan cerita macam macam. Mereka amat daif dan tidak tahu jika 3 keping cek ditendang, akaun akan terus ditutup oleh bank. Ini melibatkan 5 keping cek, bukan 3. Saya terpaksa keluarkan EPF untuk bayar gaji mereka sebab saya memang tahu peritnya lambat terima gaji. Pengawal tetap pengawal, itulah pengawal.
Hati hati apabila hendak belanja mereka makan, menyediakan pentri, sejadah, kelengkapan dan lain-lain lagi. Jarang di kalangan mereka tahu bersyukur atau berterima kasih. Buatlah segala kebaikan untuk mereka, seperti perumpamaan Melayu, beri bunga dibalas tahi.
Wallahualam, saya berdoa hanya segelintir sahaja pengawal yang bersikap dan berperangai buruk begini.