Sunday, May 6, 2018

PUNCA KEJATUHAN KERAJAAN BN: SATU PERSPEKTIF

GST

Ini adalah satu pendekatan paling bijak oleh kerajaan bagi mengatasi masalah 'elak bayar cukai sebenarnya' oleh peniaga. Ringkasnya begini:

Majoriti ahli perniagaan dan korporat di Malaysia tidak jujur. Mereka tidak istiharkan berapa kah pendapatan mereka sebenar. Mereka asyik kata tidak untung, untung kecil atau rugi. Sebaliknya, cara hidup mereka mencerminkan sebaliknya.

Selepas pelbagai cara gagal, kerajaan perkenalkan GST 'pay tax at the selling point'. Maka sekarang mereka sukar untuk elak cukai. Bagaimana mereka seleweng program ini? Mereka tubuhkan syarikat syarikat baru. Dari satu jadi dua dan seterusnya. Mereka elak guna resit. Awalnya kedai mamak bagi resit, sekarang tidak lagi. Maka transaksi perniagaan sudah tidak berlaku dan mereka dapat elak GST. Masa yang sama mereka naikkan harga.

Siapa yang merana? Rakyat / pengguna. Ahli perniagaan  salahkan kerajaan kerana perkenal GST.

Mereka perkenal barangan dari sykt yg tidak berdaftar. Perniagaan haram. Mereka seludup masuk barang. Mereka pura-pura tanya pelanggan mahu resit atau tidak. Jika ada resit ada GST. Harga akan mahal sikit.

Mengapa mereka buat banyak syarikat. Sebab syarikat dulu selalu istihar rugi, tetapi bila ada GST, rupa2nya untung. Takut di odit dan di cukai; tutup yang lama, buat baru.

BN kalah sebab semua peniaga telah sekongkol untuk hapuskan GST dan telah sokong pembangkang dgn hebatnya. hari ini peniaga-peniaga ini telah tuntut segala apa yg PH telah janjikan. Sebab daun sat (trump card) ada di tangan mereka.

Durian di Timbang
Tiba-tiba selepas GST, durian mula di timbang. Tahun 2017 begitu, ramai rakyat marhain tidak mampu beli durian walaupun di pasar malam atau di kampung-kampung. Harga durian paling rendah 25 ringgit/kg. Tahun 2018 mula turun ke 15 ringgit. Tetapi di kawasan Raub dan Karak, harga masih tinggi sehingga 100 rgt.

Ini semua tindak balas [dendam / sabotaj] kepada kerajaan.

Harga Ikan Melambung
Masa yang sama atau awal sikit, harga ikan melambung hampir tiga kali ganda. Towkay ikan laut dalam senyum lebar. Bawa bot besar ke tengah laut, beli ikan terus dari nelayan Thailand atau Indonesia dan bawa balik jual di pelabuhan. Ada GST? Tiada!

Hujungnya mereka akan kata tidak untung sangat.

Hampir semua rakyat tahu apa yang sedang berlaku, tetapi tidak boleh berbuat apa-apa.

Pembangunan Bangunan Perniagaan dan Rumah Tidak di Kawal

Di dalam Islam, pembangunan ekonomi dan fizikal berlaku se iring. Ini jelas berlaku di Kelantan. Jika kaya buat rumah kedai dan baiki rumah jadi besar.

Di New Zealand bangunan baru hanya boleh di bina jika bangunan kosong sudah tidak ada.

Di Ipoh, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Rawang, Semenyih, Sepang semuanya tidak terkawal. Ia jadi tidak se imbang dan duit rakyat terbuang begitu saja. Sebab apa, sebab gaji kena potong tapi rumah tidak siap.

Setengah kawasan gondol, terbiar, tidak siap dan menimbulkan pelbagai masalah lain. Tanah terhakis, sungai tercemar terus terbiar.

Semua di atas berkaitan dengan tamak, tidak kawal, tidak kuat kuasakan kuasa yg ada dan tidak merancang dengan betul dan RASUAH.

Ringkasnya, kejatuhan kerajaan umno dan BN disumbang banyak oleh ahli perniagaan yang tamak, bertindak balas kpd kerajaan, kakitangan kerajaan yang rasuah serta ahli-ahli politik yang tamak. 

'Semua orang' ambil kesempatan atas huru hara ini. Ibarat bilek darjah tiada guru atau ibu bapa sedang bergaduh.

Pentadbiran Selangor dan Pulau Pinang
Dulu kerajaan BN telah melabur dengan amat banyak di dua negeri ini. Banyak sykt luar negara melabur di sini. Akhirnya negeri ini kaya hasil kutipan cukai.

Dulu semasa BN duit entah ke mana. Bila di tadbir oleh orang lain, duit itu di kembalikan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk dan cara.

Rakyat terbuka mata dan mula bertanya.

Pentadbiran Kelantan
Kelantan telah di anak tiri dan dinafikan segala peruntukan dengan amat teruk sekali. Namun meraka berjaya mengurangkan hutang dan masa yang sama membangunkan negeri secara fizikal dan rohaniah. Laporan odit negara melaporkan Kelantan negeri paling cekap serba serbi. Tiada rasuah!

Rakyat juga terbuka mata. Bagaimana mereka boleh survive tanpa bantuan kerajaan persekutuan.

Bagi kedua keadaan ini, mereka mula di sabotaj melalui media elektronik dan cetak serta pelbagai cara. Kejayaan mula ternampak apabila rakyat Kelantan mula berpecah belah.

Siapa yang rugi?

URUTAN KEJADIAN KEJATUHAN BN
rasuah, jual harta rakyat [FELDA], jual/gadai harta strategik [kem tentera dan polis], tanah kerajaan di bandar besar, pusat peranginan [gunung / tepi laut], berniaga [kjaan mana boleh berniaga], membiarkan ahli perniagaan buat apa mereka suka atau tidak kawal mereka, biarkan pencemaran, biar peniaga main dengan harga jualan, tidak kawal kualiti barangan yg di jual atau di impot, cukai orang miskin bukan orang kaya....mcm mcm lagi.

kawal semua sumber kewangan negara [bank rakyat, TH, KWSP, sime darby, minyak..] dan kemudian salah guna kuasa..

biarkan TNB dan TM naikan harga letrik dan telefon...dulu kata kalau penswastaan, harga akan turun dan khidmat tambah berkualiti...

biarkan seludup dadah, perdagangan manusia, kemasukan pekerja asing.......

bazir duit melalui aktiviti dan progrem tidak berfaedah.. rakan muda, khidmat negara, NBOS, dll

buang ahli yg komplen tentang parti sendiri. maknanya tak boleh komplen. ubah perlembagaan ikut kepentingan sendiri

ahli yg bersalah tidak di ambil tindakan..

KESIMPULAN

BN kalah sebab banyak penyelewengan. PH menang sebab tipu rakyat dgn manifesto, dgn janji janji manis. Bab bodoh dan sombong di kalangan pemimpin, dua-dua kumpulan pun sama hebatnya cuma kebelakangan ini yg memerintah nampak lebih hebat lagi lawaknya.

BN kalah sebab satu perancangan dan strategik yg terperinci yg 'mereka' semua yg terlibat telah lakukan. pokok nya bukan pokok pisang, tapi pokoknya peniaga semua selamat, boleh buat apa yg mereka mahu.


saya harap rakyat sudah sedar siapa yang boleh dipercayai. saya lihat perkembangan baru di mana dua mati yg pernah bermusuh terpaksa berbaik akan timbulkan satu internal auditor yg sihat. Tidak ada lagi satu bos yg sentiasa betul (boss is always right). saya lihat hari ini ada penyakit 'we are always right. we are the boss, we will do what we want'. Cuma pandangan saya yg ikhlas, jgn lupa kakitangan kjaan majoriti telah undi kjaan baru tetapi kini mereka rasa telah tertipu dan terpedaya.