REALITI VETERAN & PERSEDIAAN AWAL
ATM sudah lama wujud. Kursus peralihan dan pelbagai bentuk bantuan juga sudah lama disediakan. Namun realitinya, pada tahun 2022 hampir 90% veteran masih terperangkap dalam kemiskinan. Ini bukan soal sistem semata-mata, tetapi soal sikap dan persediaan diri. Hanya sekitar 10% yang benar-benar berjaya, kerana mereka tidak menunggu, tidak berharap, dan tidak menyerahkan masa depan sepenuhnya kepada institusi. Mereka sedar lebih awal bahawa pencen bukan penyelamat hidup.
Kawan-kawan sekalian, siapa yang masih bergantung, akan terus tertinggal. Kita tidak dituntut untuk hidup kaya-raya, tetapi jika kita enggan merancang dan berusaha dari awal, sebenarnya kita sedang memilih hidup susah dengan tangan sendiri. Masa depan veteran bukan di tangan kerajaan, tetapi di tangan kita — dan tindakan mesti bermula sekarang, bukan selepas pencen.
KERJAYA KEDUA
Kerjaya kedua ni ringkas saja maksudnya — apa yang kita buat untuk cari makan selepas pencen. Pendapatan tambahan sebab kita semua tahu, pencen selalunya tak cukup untuk hidup selesa. Kerjaya kedua ada dua pilihan utama: kerja dengan orang, atau kerja sendiri seperti berniaga, bertani, menternak dan sebagainya.
Saya sendiri memilih untuk menternak ayam kampung. Dulu saya pernah hadir kursus ternakan ayam di Alor Gajah, Melaka. Lepas kursus tu, saya mula buat sikit-sikit, ikut kemampuan. Memang orang selalu kata makanan ayam mahal, pembekal suka naikkan harga. Tapi ayam kampung ni kosnya taklah tinggi sangat. Pagi sampai petang depa cari makan sendiri — korek tanah, cari serangga. Petang bila dipanggil balik, saya cuma beri nasi dan sisa-sisa makanan. Tak mewah, tapi cukup. Yang penting, konsisten dan sabar.
LPKC atau LPKT
Saya sedia beri bimbingan penuh untuk penulisan LPKC hingga selesai, khusus dalam Bidang Sekuriti, Pentadbiran atau Logistik. Bukan setakat tolong susun atau kemaskan ayat, tetapi saya juga ajar cara memahami teknik penulisan dan kandungannya, supaya Tuan faham apa yang ditulis dan boleh jawab bila Penilai bertanya.
Yang paling penting, saya akan tunjukkan teknik fokus dan teknik keutamaan — bahagian mana perlu diberi penekanan, dan bahagian mana memadai sekadar ringkas. Kita bukan kejar markah tertinggi, kita kejar TRAMPIL. Cukup syarat, faham kandungan, dan lulus dengan tenang. Itu sahaja matlamat kita.
PENUTUP
Saya hanya seorang veteran. Saya masih bersedia untuk berjumpa Tuan di mana-mana sahaja di Semenanjung, asalkan ia berbaloi dan memberi manfaat. Hasrat utama saya adalah untuk beramal dan membantu, bukan semata-mata mengejar bayaran. Namun selepas penat lelah dan kos perjalanan yang ditanggung, apa sahaja imbuhan yang diberikan saya terima dengan penuh kesyukuran kepada Allah SWT. Yang penting, ada kebaikan yang dapat kita kongsikan bersama.
Ambillah langkah awal sebagai persediaan bersara, demi mencapai kehidupan yang lebih selesa dan bermaruah.
📱 Sila WhatsApp saya untuk sebarang pertanyaan.