Seruan Kepada Calon LPKC dan Para Pembimbing: Buka minda untuk belajar dan guna pendekatan kualitatif.
Dalam pelaksanaan LPKC hari ini, masih ramai calon dan pembimbing memilih metodologi kuantitatif untuk menyiapkan kajian sosial mereka. Sedangkan laporan LPKC dibina berdasarkan pengalaman kerja sebenar — bagaimana tugasan dilaksanakan, bagaimana interaksi berlaku, bagaimana masalah muncul dan diselesaikan, serta bagaimana proses kerja dipertingkatkan. Semua ini bersifat manusiawi dan situasional, bukan angka. Justeru, metodologi kualitatif jauh lebih tepat untuk menggambarkan realiti di tempat kerja.
Realitinya, tiada ketua jabatan membuat keputusan pengurusan menggunakan soal selidik. Kebanyakan keputusan datang daripada pemerhatian, temubual, perbincangan, laporan dalaman, dan pengalaman harian. Jika LPKC masih dipaksa menggunakan kaedah kuantitatif, laporan yang terhasil tidak mencerminkan dunia kerja sebenar. Dalam konteks ini, kita sebenarnya sedang “menipu diri sendiri” kerana tahu kaedah itu tidak digunakan dalam operasi harian.
Pendekatan kualitatif paling sesuai untuk bidang sekuriti, pentadbiran dan logistik, kerana tiga bidang ini berasaskan pengurusan manusia, disiplin kerja, tingkah laku, komunikasi, hubungan sesama staf, serta keputusan-keputusan ringkas yang dibuat secara situasional. Ia bukan bidang teknikal yang bergantung kepada formula, ukuran tepat atau pengiraan kejuruteraan. Sebaliknya, ia memerlukan kefahaman terhadap konteks, budaya kerja dan realiti operasi — sesuatu yang hanya boleh dihidupkan melalui metodologi kualitatif.
Oleh itu, sesuai sekali pembimbing dan calon kembali kepada pendekatan yang lebih jujur, praktikal dan profesional. Dengan menggunakan metodologi kualitatif, laporan LPKC bukan sahaja memenuhi syarat pensijilan, tetapi menjadi dokumen yang sahih, relevan dan betul-betul mencerminkan kematangan calon dalam memahami bidang tugas mereka. Buat dulu sebelum mempersoal kaedah ini. Selepas dua tiga kali PPg akan komen... apasai kita tidak di ajar cara ini dari awal lagi.
BEZA UTAMA KUALITATIF DAN KUANTITATIF
1. Beza Ringkas Antara Kualitatif & Kuantitatif
KUALITATIF
- Mengkaji kenapa dan bagaimana sesuatu berlaku.
- Berasaskan temubual, pemerhatian, nota lapangan, dokumen.
- Mencari makna, tema, pola, dan pengalaman manusia.
- Sesuai untuk sekuriti, pentadbiran, bina insan, SOP, budaya kerja.
- Tidak memerlukan graf statistik seperti pie chart atau bar chart.
KUANTITATIF
- Mengkaji berapa banyak, berapa ramai, peratusan, kekerapan.
- Berasaskan soal selidik, skala Likert, angka dan data.
- Mencari hubungan statistik, purata, peratus, regresi.
- Sesuai untuk bidang teknikal, kaji selidik besar, sains sosial berskala besar.
- Memerlukan graf seperti pie chart, histogram, bar chart.
Untuk LPKC (sekuriti, pentadbiran, bina insan), kualitatif jauh lebih tepat dan logik.
2. Isu “Mana Pie Chart Kamu?” – Budaya Lama Yang Tidak Relevan! Ramai PP & PPL dok terikat dgn ilmu songsang: “Laporan mesti ada pie chart.”
Sedangkan untuk kajian kualitatif, pie chart memang tidak wujud sebab:
- Tiada peratusan
- Tiada kekerapan
- Tiada skala Likert
- Tiada variabel statistik
Dalam panduan JPK, yang diminta ialah:
- rajah,
- model,
- flowchart,
- diagram,
- atau apa-apa visual yang membantu kefahaman.
Maka, bagi kualitatif kita tunjuk hasil melalui:
- Rajah tema
- Rajah pola
- Rajah hubungan
- Rajah dapatan (thematic diagram)
PENERANGAN INI MENGELIRUKAN SEBAB KALI PERTAMA TUAN LIHAT DAN BACA. SEBENARNYA IA LEBIH JUJUR & LEBIH MUDAH
Penerangan Ringkas Kuantitatif vs Kualitatif dalam Penulisan LPKT
Mulai tahun 2026 ia mula di sebut Laporan Projek Kompetensi Calon (LPKC)
Dalam penyediaan Laporan Pengalaman Keterampilan Terdahulu (LPKT), ramai calon keliru sama ada hendak menggunakan pendekatan kuantitatif atau kualitatif. Di PERHEBAT, kebanyakan peserta memilih pendekatan kuantitatif, manakala hanya segelintir berani memilih kualitatif — walaupun bidang sosial lebih sesuai menggunakan kaedah kualitatif.
Fenomena ini ibarat pepatah lama, “biar mati anak, jangan mati adat.” Walaupun telah diberi penerangan oleh pensyarah dan pegawai pembimbing bahawa kajian sosial sepatutnya berbentuk kualitatif, ramai tetap memilih kuantitatif hanya kerana ia “cara orang lain buat”.
1. Kenapa Kualitatif Lebih Sesuai untuk LPKT/LPKC
Tujuan utama LPKT ialah melapor pengalaman sebenar calon berdasarkan tugasan, kemahiran dan tanggungjawab yang pernah dilaksanakan semasa berkhidmat. LPKT bukan tesis akademik penuh, tetapi satu laporan reflektif dan berstruktur — oleh itu, pendekatan kualitatif lebih tepat kerana ia:
-
Menilai pengalaman sebenar calon.
-
Meneliti dokumen, SOP, laporan dan minit mesyuarat.
-
Berdasarkan temu bual, pemerhatian dan analisis pengalaman.
-
Tidak memerlukan pengumpulan data berbentuk borang soal selidik.
Pendekatan ini sejajar dengan cara anggota tentera bekerja: kita meneliti laporan, SOP, dasar dan pandangan pegawai berpengalaman sebelum membuat keputusan, bukan mengedarkan soal selidik atau mengira peratusan.
2. Perbezaan Antara Kuantitatif dan Kualitatif
| Aspek | Kuantitatif | Kualitatif |
|---|---|---|
| Matlamat | Mengukur fenomena secara angka (data statistik) | Memahami pengalaman dan makna di sebalik sesuatu keadaan |
| Instrumen | Soal selidik, borang, skala penilaian | Temu bual, pemerhatian, laporan, dokumen |
| Bilangan responden | Sekurang-kurangnya 250 responden untuk sah secara statistik | 3–5 peserta sudah mencukupi jika jawapan mencapai ketepuan (data saturation) |
| Hasil dapatan | Carta, graf, peratusan (misalnya pie chart) | Tema dan pola yang dijelaskan dalam jadual atau rajah konseptual |
| Kelemahan utama | Mudah tersasar jika responden tidak jujur atau data tidak cukup | Perlukan ketelitian dan kefahaman mendalam calon |
| Kelebihan utama | Sesuai untuk data teknikal dan eksperimen | Sesuai untuk laporan pengalaman, sosial, dan pekerjaan |
3. Mengapa Kuantitatif Tidak Sesuai untuk LPKT
-
Tidak mencerminkan realiti kerja tentera.
Tiada operasi, latihan atau kursus dalam tentera yang menggunakan borang soal selidik sebelum membuat keputusan. Maka, menggunakan kaedah kuantitatif dalam LPKT dianggap tidak autentik (orang Petani kata mo'hong). -
Data sukar diperoleh secara sah.
Kajian kuantitatif memerlukan sekurang-kurangnya 250 responden, dan analisis statistik. Jika tidak memenuhi piawaian ini, hasilnya tidak sah — malah boleh dianggap “menipu format.” -
Tiada keperluan hipotesis dalam LPKT/LPKC
Kuantitatif biasanya memerlukan hipotesis (andaian) untuk diuji. Namun LPKT tidak menilai hipotesis — ia menilai pengalaman dan kefahaman calon. Maka penggunaan soal selidik atau carta statistik tidak relevan. -
Fokus laporan tersasar.
Ramai calon tersilap dengan membuat carta pai dan analisis peratusan tanpa menjawab masalah sebenar yang dikemukakan dalam Bab 1. Akibatnya, Bab 3 dan Bab 4 tidak berhubung dengan jelas.
4. Kelebihan Pendekatan Kualitatif untuk LPKT/LPKC
-
Autentik dan jujur.
Calon melaporkan pengalaman sebenar, bukan data yang direka untuk melengkapkan borang soal selidik. -
Selaras dengan budaya kerja tentera.
Keputusan dibuat berdasarkan laporan, pengalaman, dan pertimbangan profesional — bukan angka atau graf. -
Fleksibel dan reflektif.
Dapatan boleh dibentang sebagai tema, ringkasan, atau rajah konseptual mengikut kreativiti calon. -
Meningkatkan kefahaman akademik.
Calon belajar menulis laporan gaya akademik tanpa menyeleweng daripada realiti kerja sebenar.
5. Kesimpulan dan Cadangan
Bagi kajian sosial, pengurusan, keselamatan, atau pentadbiran, pendekatan kualitatif adalah paling sesuai. Ia bukan sahaja menepati objektif LPKT, tetapi juga menunjukkan keupayaan calon menterjemah pengalaman sebenar ke dalam laporan akademik yang bernilai.
Sebelum menulis, calon perlu pastikan:
-
Pernyataan masalah (Bab 1) seiring dengan dapatan (Bab 3) dan cadangan (Bab 4).
-
Kaitan antara bab jelas dan logik, bukan sekadar hiasan data.
-
Format dan keperluan JPK dirujuk supaya markah maksimum dapat diperoleh pada bahagian yang paling penting — Bab 1.
Ringkasnya, LPKT bukan soal siapa paling banyak data, tetapi siapa paling benar melapor pengalaman kerja secara ilmiah.
Kuantitatif mengira nombor. Kualitatif memahami manusia.
إن شاء الله
Saya akan sediakan contoh LPKT bentuk kualitatif untuk Tuan2 lihat dan rujuk.
klik kat tulisan biru ni: cara mudah tulis LPKT
TULISAN JAWI UNTUK PELAJARAN AGAMA DI SEKOLAH DIHAPUSKAN OLEH KERAJAAN melalui MENTERI PELAJARAN IAITU KHIR JOHARI (UMNO) PADA TAHUN 1967. TIDAK LAMA KEMUDIAN SURAT KHABAR UTUSAN MELAYU (tulisan jawi) terkubur. ASALNYA BANGSA MELAYU ADA TULISAN SENDIRI SEPERTI TULISAN SIAM. BILA ISLAM TIBA, MELAYU AMBIL 100% TULISAN AL QURAN GANTI TULISAN ASAL. Hari ini majoriti Melayu tidak tahu tulis dan baca tulisan Jawi. Ramai juga mungkin rasa hina jika guna tulisan Jawi.
Tulisan asal orang Melayu
klik sini tulisan orang Melayu zaman dulu