PANDUAN ini khusus untuk mereka yang TIDAK PERNAH menulis kertas kerja atau TESIS. Atau dah lupa, atau sebab formatnya berbeza. Atau terpaksa siapkan LPKT.
LPKT adalah sebuah LAPORAN. Ia bukan satu kajian baru, sebagai contoh, kandungan perenggan CADANGAN yg berada di BAB 4 isi sebenarnya ialah cadangan penambahbaikan.
Cth 'perbincangan': Selepas di laksanakan segala cadangan, kemahiran anggota telah meningkat.
Klik pada tulisan biru ini untuk download dan baca Edisi ke 2, Panduan Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Msia Melalui Kaedah PPT, Edisi 2 - 2021
[1] Berbalik kpd yg nyata, LPKT ini sebenarnya satu platform untuk kita menceritakan pengalaman kerja kita dalam satu format yang tersusun. Cumanya, kita tiada pengalaman buat kertas kerja begini. Itu sebab ia nampak susah. LPKT ni mudah nak buat, cuma ada beberapa peraturan yg kita wajib patuh.
Saya cuba terangkan sebaik yg mungkin utk tuan puan faham dgn mudah.
di bawah ni cerita pasal 4 bab yg patut ada dlm LPKT peringkat DKM.
LPKT untuk DKM ada 4 Bab, dan bagi DLKM ada 5 Bab. Bab tambahan ialah KAJIAN LITERATUR. Ringkasan bagi setiap Bab adalah spt di rajah di bawah.
Rujukan. Amat penting kita teliti semua rujukan agar faham bahawa panduan yg saya tulis bukan hal syiok sendiri. Namun saya tidak dapat mendalami kerana mau capai 'panduan ringkas'. Saya telah asingkan penerangan lanjut bagi setiap Bab supaya kita boleh fokus.
Rujukan rasmi yg saya maksudkan ada tiga rujukan utama yg saya guna dan iktiraf sebagai 'format rasmi'; Pekeliling Edisi ke 2 tahun 2021, Borang Pemarkahan, dan slide keluaran JPK Putrajaya.
Dari rujukan di atas, perkara utama ialah FORMAT penulisan. Format ini merangkumi jenis tulisan atau font apa yg nak di guna, saiz tulisan, jarak antara baris, jarak kiri kanan atas dan bawah. Ke dua; susunan Bab dan perenggan / kandungan setiap Bab. Pernah saya lihat Bab 2 di mulakan dengan Carta Gantt. Akhir sekali, formatnya. keseluruhan kandungan LPKT mesti ada link antara setiap Bab, dan penyataan masalah, objektif kajian/ projek selesai dan tercapai atau tidak.
INGATAN kpd kawan2! Segala perbalahan perlu rujuk kepada rujukan sedia ada supaya dapat bawa berbincang dgn harmoni. Jjika tidak, mangsanya ialah calon. Saya juga mahu kongsi sikit; format ini se akan se buah tesis, tetapi ia di permudah dan di ubahsuai sikit.
SUSUNAN KANDUNGAN. Apakah kandungan Bab 1, Bab 2 dan seterusnya. Mau lagi khusus, pada borang pemarkahan, susunan perenggan di Bab 1 memang amat jelas; pengenalan, penyataan masalah, objektif, skop kajian/projek, dan kepentingan kajian/projek. Ia dinyata dengan dgn jelas, siap dgn susunannya sekali. Calon dan PPg wajib pastikan ia di tulis dengan clear, dan tidak mengelirukan. Tuan2 tahu tak, markah LPKT ini paling banyak ada di Bab 1. Lihat borang pemarkahan di link tulisan biru di atas.
Rujuk kpd Edisi 2 2021 dan Borang Pemarkahan sahaja, kita boleh faham apa yg perlu kita buat. TETAPI, saya bg satu cth; bagaimana mahu tulis OBJEKTIF KAJIAN sebab saya lihat majoriti telah ke laut. Utk objektif, sila lihat slide keluaran JPK, baca dgn teliti ya.... objektif ni terbagi kpd 2; objektif umum dan objektif khusus/spesifik. Masalahnya 99.9% calon di ajar buat 2 atau 3 objektif.
Dan jika di teliti lagi, OBJEKTIF kita mesti berkaitan dgn TAJUK LPKT kita. Jika tajuk kita ialah PENINGKATAN KESELAMATAN SETOR SENJATA, maka objektif umum kita ialah MENINGKATKAN KESELAMATAN SETOR SENJATA. Dan objektif khusus atau spesifik pula bagaimana?
Objektif khusus saya ialah 1; mengenalpasti kelemahan, 2; menyelesaikan kelemahan yang telah di kenalpasti.
sila klik kat link di bawah untuk Bab 1 sahaja
Lanjut BAB 1 sahaja di akhir LPKT BAB 1, ada saya link kpd LPKT BAB 2
TOYOL. Bahaya anak jin ni ialah, boleh guna tapi boleh gagal sbb plagiat tidak di izin, tidak faham kertas kerja orang pun satu hal jugak.
[2] Patah balik.... LPKT ni mau cerita pengalaman kita ikut format tertentu, DAN, saya minta Tuan Puan simpan dulu segala TOYOL, dan tolong fokus kpd teknik saya ini.
1. Cth... saya mahu cerita pasal gotong royong. sebagai staf yg berpengalaman, kita tahu selok belok gotong royong ni. BETUL TAK? sori sori.... saya nak ajar buat LPKT tentang gotong royong yer.
2. ikut pengalaman tuan... apa yg tuan rasa supaya gotong royong ni cantek, tersusun, semporna dan apa apa lagi lah. Pada saya sendiri; pecah ikut kumpulan, ada ketua setiap kumpulan, ada tugas, ada alat, ada sasaran. Betul tak? Ada lagi kan? Saya mahu tumpu di situ sahaja.
3. Mengapa saya plan mcm tu? kenapa pecah ikut kumpulan. kenapa nak ada ketua. ada tugas, ada alat, ada sasaran...dan mcm mcm lagi.
meh sini... saya nak bg tahu. perenggan 2 di atas, ialah cadangan yg saya boleh letak di Bab 4. perenggan 3 yg di atas ni pula, ialah penyataan masalah untuk di tulis di Bab 1.
tips saya di sini ialah, fikirkan cadangan dulu, kemudian baru buat pernyataan masalah.
Saya bagi satu contoh 'giler' yang pernah berlaku depan saya. CADANGAN calun. Pasang grill pada pintu Pejabat Panglima. Tuan tahu apa tertulis pada Penyataan Masalah beliau. 'pintu pej panglima tiada grill'.
Tuan2 sekelian... itu sebab kita kena bijak. Itu sebab saya suruh buat cadangan dulu. Kalau mamat tu nak pasang grill, tentu sbb pintu sedia kurang elok, mudah di pecah, atau kejadian pecah pejabat berlaku di tempat lain. bukan sebab tiada grill.
Setelah saya hadhir 4 ke 5 kali kelas membuat tesis, saya dapati perenggan latar belakang dan pernyataan masalah elok di buat kemudian. Mengapa? Sebab selepas tulis sana tulis sini, baru saya tahu masalah atau punca sebenar sesuatu isu.
dlm isu gotong royong umpamanya.... kita mesti lah tanya orang lama yang berpengalaman. dan mereka akan beri berbagai idea dan masalah. dari situ kita 'park' segala info untuk bab 1, 3 atau 4. dan...! mengapa kita nak buat borang soal selidek. Sbb dlm soal selidek itu, apa yg kita nak tanya supaya dpt membantu menjadikan projek gotong royong kita jd yg terbaik.... maka soalan kita akan jadi berpuloh-puloh. atau kita sendiri pun tidak tahu apa nak tanya.
jika kita hanya interview (temubual) dgn orang lama.... 1. saya dpt tahu tuan pernah terlibat dengan beberapa projek gotong royong... boleh tuan beritahu apa projek gotong royong yang tuan pernah buat 2. boleh tuan ceritakan prosesnya 3. mengapa tuan buat proses begitu, apakah masalahnya jika tidak buat begitu? 4. apakah kebaikan proses begitu?
hanya 4 soalan di atas menggunakan cara interview, banyak jawapan yang saya dapat.
itulah kebaikan dan kelebihan pendekatan kualitatif. kalau kuantitatif? berapa umur tuan, jantina tuan, pkt tuan, berapa lama dah bertugas? baikkah begini, setuju ker?
lihat dan beza dan fikir sendiri mahu buat cara kualitatif atau kuantitatif.
satu lagi, apabila buat sesuatu tesis, 5 ke 15 orang di interview sudah cukup. jika guna kaedah kuantitatif, minima 250 orang. jgn kelentong lah kalau dapat 250 orang ini kecuali mengelat belaka. kannnn!
di sini bukan saya nak ajar cara buat tesis, tetapi saya ulang... cara buat LPKT ni ikut format penulisan tesis.
sambung balik...APABILA di beri tugas gotong royong, saya perlu cari orang yg berpengalaman utk bagi pandangan dan nasihat, saya kena cari surat atau dokumen atau minit mesyuarat pasal gotong royong yg lepas, mahu tahu cara orang dulu rancang. semua maklumat yg saya dpt dari sini saya bg dia sebagai info J, K, L, M, N...
apabila saya tanya dua tiga orang pasal gotong royong ni, mcm mcm la depa bagi tahu. mungkin depa bg tahu R, S, T, U, V, W....
faham sini elok2... semua info J,K,L,M,N dan info R,S,T,U,V,W adalah penemuan yang saya temui dalam kajian ini, dan saya 'park' semua sekali di Bab 3, iaitu penemuan dan analisis.
Nah itu lah cara kita rekod pengalaman kita ke dalam LPKT. stop stop sat. pengalaman kita? tidak semestinya tuan2. pengalaman ini hanya rekaan saja. betul kann. mana ada masa bekerja kita buat itu semua. paling baik pun kita terlibat bawa parang atau cangkul. pengalaman kita sebenar ialah penglibatan, dan kita terpilih untuk merancang, sbb masa itu kita baru seorang prebet atau airman atau seaman saja.
Dan ini lah cara yg logik, yang di sebut sebagai pendekatan atau metodologi kualitatif. Saya dapat byk info dari berbagai cara (dokumen, minit mesyuarat, temuduga terbuka dan perbincangan), info JKLMN dan RSTUVW. Saya tidak buat soal selidik pun.
-----------------------------
MINTA BANTUAN..
sekali tuan klik kat iklan sebelah ni, saya dapat 1 sen. udah bertahun, baru ada 52 USD. sebab sebelum ini tiada iklan.
-------------------
CARA MENILAI LPKT yg OK. PPL dan PPG yg berpengalaman hanya lihat Masalah, Objektif, dan Cadangan. Ada masa tguk Penemuan. Kalau semuanya selari...OK.
PEMILIHAN CU
Panduan am ialah di CU.... (klik di sini COMPETENCY UNIT) scroll blog tu, sampai nampak kotak-kotak kuning. CU mana yang tuan rasa sesuai nak buat. Pilih CU yg ada kaitan dengan pengalaman kita, supaya bila PPL (peg penilai) tanya, kita boleh jawab. Tapi kalau masih pening lalat, lihat panduan cari tajuk klik...panduan cari tajuk LPKT.
cuma isu biasa yg kita lihat ialah, ada saja penglibatan CCTV, terus calon masuk CU central monitoring system, dan malangnya, PPG tak komen pun. Ini sangat lah salah kecuali PPL mahu bantu luluskan calon.
BERBALIK kpd pemarkahan....slide JPK Bab 4 di atas tu, tidak sama dengan pemberian pemarkahan. Maknanya kandungan Bab 4 ni ada isu sikit. Slide lain dan pemarkahan lain. Saya rela fokus kepada Borang Markah, sebab itu lah status terampil atau tidak terampil.
Saya info perkara ini supaya calon boleh fokus kepada apa yg ada markah saja. Saya juga lihat di Bab 2 iaitu metodologi kajian, mcm2 yg calon tulis yg tidak di perlukan. cth nya INSTRUMEN KAJIAN. apo bondo ni ah. Den pun tak tahu.
Saya telah bagi satu gambaran pengenalan yg amat ringkas, bagaimana kita hendak sediakan LPKT yg mantap.
PERTAMA. Tuan kena tahu apa yg hendak di tulis. ya... kandungan yg telah di tetapkan oleh JPK, bagi setiap BAB.
KEDUA. Pastikan semua kandungan kita ada kaitan antara satu sama lain. Ia berada di setiap BAB. BAB 1 hingga 4, semua ada kaitan.
KETIGA. Tuan kena tahu apa yg hendak di tulis di setiap perenggan. Saya sudah bagi contoh kat atas tu... OK yg lain tu mcm mana pulak.... jiwa Tuan bertanya. Mana saya tahu... hehehe. Hok tu Tuan kena berguru dengan saya dan semua PP dan PPL yg di lantik. Mereka semua adalah insan2 yg hebat....
BORANG MARKAH LPKT
apa yang di nilai?
BAB 1 PENGENALAN: Latar Belakang, Pernyataan Masalah, Objektif, Kepentingan Kajian dan Skop Kajian
BAB 2 METODOLOGI: Merangkumi proses kerja dan Perancangan Kerja (Gantt Chart)
BAB 3: Penemuan, Analisa dan Hasil projek
BAB 4: Perbincangan, Cadangan dan kesimpulan
RUJUKAN dan LAMPIRAN
