Saturday, October 31, 2015

Kursus Bakal Pesara

Ramai orang buat kursus bakal pesara. Isunya siapa yg mengajar? Pesara atau bukan pesara? Bolehkah orang bujang mengajar cara hidup orang berkahwin atau orang belum pernah ke Mekah mengajar cara umrah atau haji? Boleh? tentulah boleh sebab mereka hanya ajar teori sahaja.

Kursus ini sesuai untuk yg mereka yang akan bersara 10 atau 15 tahun lagi. Kalau yg dah hampir2 hendak bersara, ia seperti kursus motivasi dan kaunseling saja jadinya. So, saya mohon ketua jabatan lihat semula keadaan ini.

Bagi kursus yg last minute, modul kursus banyak memberi fokus kpd persiapan yg last minute tu. bab kesihatan, kerja sukarelawan, bab kehidupan pesara, sosial dan masjid.

Tetapi jika 10 atau 15 tahun sebelum itu, kita boleh ajar perancangan yg lebih mantap. Macam2 benda yg boleh dikongsi.

Tapi ingat yer....ada orang jadi kaya selepas umur 6o tahun. Maknanya kalau kursus last minute pun boleh juga kalau terpaksa.

Colonel Sanders didn’t come up with the secret recipe until he was 50 years old


Ray Kroc didn’t found the McDonald’s corporation until he was 52

Kursus yg sesuai selama 2 hari sahaja sebab semua tajuk boleh dibincang dan dibahas. Tidak akan habis.  Lagi pun yg hadir semua otai belaka. Lagi byk bebel lagi kuat tidor. 

Saya tak mengajar prosedur besara serta dokumen2 yg perlu sebelum bersara kerana JPA akan pastikan semuanya lengkap sebelum kita terima pencen. Bahagian Pencen akan bantu sepenuhnya, jangan risau.

Yg perlu diajar ialah keseluruhan kehidupan seorang pesara. Bagaimana menghadapi kehidupan yg amat berbeza dari sekarang. Bagaimana kita akan rasa sunyi sebab kawan2 sudah hilang, dan menghadapi pelbagai masalah. Dan bagaimana menghadapi keadaan kita diketawakan oleh bekas kawan2.


Bagaimana menjaga kesihatan, berniaga kecil-kecilan, dan macam2 lagi. Nak tinggal di KL, di rumah anak, di kg....semua kena plan. Yg pentingnya bagaimana hendak berdikari, dan kuat mental. Ada orang bila sudah bersara, terus selekeh. Ada yg sebuk lagi hendak cari makan. Ada yg relek dgn cucu. Semuanya tidak salah. Semuanya betul.

Apa kemudahan orang bersara yg disediakan oleh kjaan?
perubatan-  http://www.jpapencen.gov.my/kemudahan_perubatan.html
kad pesara http://www.jpapencen.gov.my/kad_pesara.html
http://cuepacs.blogspot.my/2014/04/portal-untuk-kemudahan-pesara-kerajaan.html

Dengan kad pesara anda boleh guna khidmat KTMB separuh harga, setengah hotel bagi diskaun, EPF dan setengah bank ada laluan/lorong khas pesara....macam-macam lagi.

Sila hubungi saya untuk mengadakan kursus bakal pesara di tempat anda. 019 275 0075 noor mohamad ATAU noormohamad0075@gmail.com