Tuesday, November 4, 2014

Rosmah Mansur

Saya tidak kenal beliau, oleh itu saya TIDAK BERHAK untuk mengumpat atau memfitnah beliau. Saya tidak nampak dengan mata kepala saya apa yang beliau buat. Kalau pun saya nampak sendiri, saya tetap TIDAK BERHAK untuk dedahkan aib beliau. Dan adakah nampak beberapa minit kesalahan yang beliau lakukan bermakna beliau buat salah 24 jam?

Saya mohon semua yg aktif dok mengata orang lain supaya menghentikan perangai ini.

Yang paling penting, jika dapat berita ini, kita lihat diri kita sendiri, dan betulkan diri kita dulu.

Isu membazir dan menunjuk-nunjuk. Jangan sebuk hal orang, TAPI tenguk diri sendiri. Berapa pasang kasut kita ada. Berapa pasang kita guna. Kita ada reket badminton tapi tak main badminton. Ada ilmu tapi tak kongsi ilmu. Ada tenaga tapi tak solat. Ini semua membazir namanya.

Jom cermin diri dan betulkan diri sendiri dulu.

Semua pemimpin cuba buat yang terbaik. Itu saja yg perlu kita ingat. Kalau mereka tidak baik, siapa yang undi mereka? Saya tabik spring semua pemimpin! Saya cemburu kerana tidak terpileh jadi pemimpin. Allah pileh mereka, bukan saya. Anda pun bukan...