Ramai yg berucap kata kroni depa kaya-kaya belaka, takpa la kalau RON naik harga pun. Saya haram tak kenal seorang pun kroni depa. Sumpah saya tak tipu. Kalau setakat Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary tu, saya tau dia memang berusaha sungguh untuk capai tahap hari ini. Dia menyumbang kepada masyarakat bukan sikit. Kalau hampa kata dia jahat, saya tak tau lah nak kata apa maksud jahat dan apa maksud baik.
Cuma bila saya baca luahan Sakmongkol AK 47, mungkin betul juga kata dia, naikkan lah terus harga RON dengan tarik balik semua subsidi yg kjaan sedang dok bagi. Kemudian bantu semua yg betul-betul patut di bantu. TAPI kena lah adil tidak kira siapa yg depa sokong sebab duit yg nak bantu ni bukan duit kerajaan. Tuan tuan diamanahkan oleh ALLAH untuk mentadbir dan mengurus negara dengan adil.
Cuma kalau tolak itu dan ini, berapa harga minyak sebenarnya, sebab kita pengeluar minyak. Kita bukan spt negara yg tidak ada minyak. Janganlah nak banding dengan Singapura dan Siam.
Lagi satu, negara Siam tidak ada TOL. Ada orang kata ROAD TAX pun tak ada. Ada lagi.....cukai kereta pun tak semahal Malaysia. Harga kereta depa lebih murah. Harga tambang LRT di China amatlah murah. Pendidikan di Brunai macam free sampai ke university.
Kesimpulannya, buatlah apa yg patut. Tanggunglah amanah dgn jujur dan ikhlas. Itu saja kami rakyat Malaysia harap dari kerajaan yg memerintah.
Pengalaman saya bekerja dengan syarikat Al Bukhary, pada tahun 2005, beliau buat dan tanggung 13 buah masjid, sebuah pusat dialisis, rumah anak yatim, rumah orang2 tua dan macam2 lagi... adakah dia sejahat yg lain tu?