Jika benar TH melabur di sana kerana ambil peluang harga tanah yg jatuh merudum dan untuk bantu kembangkan Islam, saya doakan ia akan berjaya.
Tetapi jika ada agenda lain termasuk menguntungkan individu tertentu, Allah Maha Mengetahui.
Kot mana pun saya hairan kenapa tidak buat rumah di Pulau Pinang untuk orang-orang Islam, kerana orang Islam di Pulau Pinang sudah mula dipecah belah supaya mereka tidak ada suara semasa mengundi nanti. Lama kelamaaan akan hilang majoriti Melayu dalam sesuatu kawasan di pulau itu.
Ini strategi Singapura walaupun Melayu di situ hanya 10%. Pemimpin berbangsa Melayu dalam parti politik PKR dan BN tidak nampak ke, atau buat-buat tak nampak. Dulu BN control, sekarang PKR control pulau itu. Betul lah Nik Aziz kata, ahli politik ramai yg penipu dan munafik.
TH menafikan berita ini. Macam mana pun, pokok tidak akan bergoyang jika tidak ada angin. Begitu juga halnya berita rasmi Israel....Malaysia berurusan impot expot dgn mereka bernilai berjuta ringgit. Mereka pun heran dgn kjaan Msia, kononya membantu Palestin, tetapi bersekongkol dgn Israel.