nasihat Tuan Guru Nik Aziz.....banyak ahli politik hipokrit dan munafik. MASYAALLAH, ini pemerhatian dan kenyataan yg amat jujur dan ikhlas.
bila sebut pasal politik, teringat saya akan perkataan OFFICE POLITICS. ini pun tidak jauh beza dengan apa yg Tuan Guru nik aziz katakan.
lambat laun kebanyakan orang akan kenal mereka ini, di dunia politik sebenar dan di syarikat atau di badan kerajaan. kaum munafik dan hipokrit ini ada di mana mana. AWAS
Secara peribadi saya amat sedih dengan apa yg berlaku di Selangor. secara amnya, saya melihat semua ahli politik yg bersetuju untuk membuang seorang MB yang jujur dan ikhlas demi rakyat Selangor. mengapa mereka berbuat begitu tidak penting, apa yg paling penting di sini ialah bagaimana mereka terlantik jadi DUN. secara demokrasi. tentulah secara demokrasi.
semua DUN mewakili rakyat, rakyat yang menyokong, tidak menyokong atau yg tidak mengundi.
prosedur disiplin terhadap MB juga menjadi tanda tanya sebagaimana yg MB sendiri tanya. jika peguam ternama masih ada, tentu beliau sendiri akan tanya secara teknikalnya.....adakah ini betul?
jika prosedur sendiri tidak sempurna, saya juga tertanya apakah agenda sebenarnya semua ini.
MB berkata, inilah harga sebuah integriti. maksudnya inilah harga kejujuran dan keihlasan. jika kita jujur dan ikhlas, maka cabaran dan rintangannya amat besar. apakan daya, SAKMONGKOL kerap menulis menghentam MB ini. saya tidak tahu mengapa sakmongkol menulis begitu? apa yg hendak ditegakkan?
hari ini SAKMONGKOL AK 47 tentulah sangat puashati dengan pencapaiannya. sampah, jalan berlubang, pendatang asing, tanah rizab, curi pasir semua dah beres?
saya bukan menulis tentang politik, tetapi tentang jujur dan ikhlas serta rintangannya dalam dunia moden ini.
orang Melayu selalu mengalah. pada tahap tertentu saya juga setuju. nak buat apa nak berlumba lumba mengejar dunia. kejar harta dan kuasa. sampai tidak ada masa untuk hal yg berkualiti.
kita mesti dan sepatutnya hidup aman dan adil dengan semua bangsa dan ugama. itu amanah yg diberi kepada kpd kita.
apa keutamaan kita sebenarnya. ingin jual bangsa ugama dan negara?