Pergi Kelantan kerana tugas rasmi. Satu pagi di Pasir Emas, terserempak dengan penjual borong petai. Sembang sembang, ambil keputusan beli 4 ikat, 100 papan setiap ikat, akan jual di KL.
Ingat senang nak jual petai, rupa rupanya mencabar jugak.
Hari pertama 'pacak' di depan Masjid Muadz bin Jabbal. Tengah nak parking, datang seorang hamba Allah bagi tau situ tak boleh berniaga. Di sanun nun boleh. So kami pun 'relocate'.
Bila azan, kami terus berhenti. Firman Allah, berhenti dan pergi solat. Itu lah yg kami buat. Pada masa itu kami dah berjaya jual 3 ikat, 5 papan setiap ikat dengan harga 4 ringgit satu. Lepas solat Jumaat kami dapat jual sikit lagi, dan hari ini kami dapat 20 ringgit.
Malam itu kami 'pacak' pula di pasar Jalan Jelatek. Kami menumpang cahaya lampu penjual durian di jalan masuk ke pasar. Kami tak masuk kawasan pasar sebab tak ada permit. Bila durian habis, kami juga tutup kedai. Hari pertama hasil jualan kami hanya 40 ringgit.
Hari Sabtu, hari kedua. Pagi kami 'off'. Petang kami jumpa lepas magrib di pasar AU2, depan kompleks AEON. Pusing pusing tak tak dapat lokasi sesuai lalu terus 'shoot' ke Sri Rampai.
Di sini ada pulak satu tapak kosong, mungkin ada orang tak datang berniaga. Kami beranikan diri. Sekejap lepas itu datang petugas minta 4 ringgit untuk tapak. kami bayar. Malam ini, bisnes kami laju. Kami hanya berniaga hingga 10 malam dan keseluruhannya jumlah jualan sudah 160 ringgit.
Hari last, hari Ahad. Aku pacak di pasar tani Jalan Ampang dekat Ampang Point di belakang Bank Rakyat. Waktu ini ada lagi satu ikat 100 papan yg belum dijual. Yg semalam ada baki 8 ikat.
Jualan amat laju. Aku turunkan harga kepada 2 ikat 5 ringgit. Kalau tak habis hari ini, terpaksa 'dispose' baki petai di tong sampah sebab dah mula nak kecut. Alhamdulillah, sebelum rakan aku tiba jam 9.00 pagi, semua 100 papan selesai aku jual.
Akhirnya tinggal 6 ikat dan kami pun tutup kedai.
Keseluruhannya, kami dapat semula modal kami. Untungnya tak seberapa, tetapi pengalaman ini amat berguna dan bererti.