Tuesday, September 24, 2013

SKM BIDANG SEKURITI

kawan tanya 'Kenapa tak ambil bidang lain?'

sebab, masa aman atau dharurat, syarikat kecil atau besar, dan tak kira apa saja organisasinya....semua orang perlu sekuriti (keselamatan fizikal atau keselamatan perlindungan). Termasuk lah di rumah atau dalam kereta, dan termasuk lah kereta itu sendiri.

ini bermakna, bidang sekuriti diperlukan di mana-mana, dan pada setiap masa.

nanti ada pula yang tanya. sekuriti ini ada bermacam keadaan dan kepakaran kan? ya betul. cumanya cara menyediakan keow teow goreng ada bermacam cara, dan pelanggan mahu beli dan makan keow teow yang sedap pada mereka.

ini bermakna, mahu ceroboh ke bidang sekuriti, buat la betul-betul. jangan main-main atau tidak serious. mahu jadi orang yang terpelajar? bagi saya tidak perlu. yang paling utama, ialah jadi seorang yang paling terdidik, dan ini dicerminkan dari akhlak kita sendiri.

orang sekarang menilai sikap, personaliti, pengetahuan, kemahiran dan bermacam-macam lagi. mereka gagal memahami bahawa itu semuanya adalah penilaian akhlak seseorang.

ringkasnya, seseorang yang terpelajar, tidak semestinya terdidik.

peluang kerja dengan berbekalkan diploma sekuriti atau DKM atau skm tahap 4. sebagai Islam, perlu ingat, rezeki kita adalah anugerah Allah SWT. namun kita wajib berusaha. waktu ini, semasa tuan sedang membaca tulisan saya ini, hakikatnya, tuan sedang berusaha. berusaha mencari maklumat. usaha + rezeki Allah = dapatlah apa yang kita mahu. tapi kena ingat, Allah tahu apa yang patut kita dapat.

anak kecil kita bagi basikal roda tiga. besar lagi roda dua. kecik bagi makan bubur. yang besar kita bagi makan nasi. kita bukan tuhan, tapi kita tahu apa yang sesuai untuk anak-anak kita.

SKM SEKURITI ada tiga level asas. level 2, level 3 dan level 4. mahu sampai 7 pun ada, kalau mahu. level 2 ni ibarat untuk seorang pengawal keselamatan yang mahir (kompeten atau uterampil), level 3 untuk penyelia, dan level 4 untuk pegawai. Dan level 4 ni di sebut juga Diploma. Dengan diploma kita boleh jadi pegawai atau penolong pengurus.

silibus untuk setiap level hampir sama, tetapi isi padu silibus tu berbeza. ibarat kita solat, budak-budak kecil lain, remaja lain, dan dewasa lain. tapi semua pun solat.

udah saya cerita sikit2 sebagai pengenalan, lepas ini tuan puan fikir lah sendiri mana yang sesuai.