Saturday, February 2, 2013

Ushawan Berjaya: Cara Bersaing Sihat

Petang tadi kawan aku cakap, dia tak mahu buka restoran. Paling susah bila orang Melayu suka main kotor, main dengan benda halus. Betul ada, tak betul pun ada.

Ada satu kedai berbekam yang aku pernah pergi. Usahawan dia cakap, saya ni satu jer bang, kalau orang datang sini, cari kedai saya tak jumpa. walaupun dia dah ada depan kedai saya. Dia fikir orang dah mantram kedai dia supaya orang tak nampak. Tapi masa aku mula pergi kedai dia dulu, aku pun sama. satu papan tanda pun tak ada, macam mana aku nak nampak!

Ni aku nak cerita cara bersaing; paling mudah! Simpan dalam hati. Jangan bersaing dgn orang, kita akan kalah. Bersaing dgn diri sendiri. Bagaimana? kalau kotor bersihkan. Kalau lembab, cuba buat agresif sikit. kalau mahal, patutkan sikit. Kalau tak sedap, sedapkan sikit.

Mudahkan?  kalau benda ni tercapai, tak payah la nak bersaing dgn orang. Lagi satu, kedudukan kedai kena lah ambil perhatian sama. papan tanda letak 100 meter sebelum, kalau kedai kita di tepi jalan supaya pelanggan dah bersedia nak berhenti.
,
Ada tandas yg bersih. Ada tisu. Cukup parking. Tidak panas.

Semalan aku makan di kedai nasi ayam di Kota Damansara yg orang kata best in the world. Ayam dia tawar, sup dia macam air garam jer. timun sikit, tomato 1 potong.  air limau ais macam air paip jer. Cara servis macam nak bagi makan budak sekolah rendah. lantai dan meja kotor ya Rabbi. Pelayan dia bising dok bergurau sesama dia. ada pelayan yg pakai baju tidor. Tempat dia panas. Aku tak tahu ini kedai orang Msia atau bukan. keseluruhannya aku bagi 10% saja markah dia. Aku makan tak sampai separuh dan keluar pergi McDonald sebelah dia. Mahal tapi berbaloi.