Friday, January 25, 2013

Kursus Bakal Pesara Tentera 1

selepas 20 tahun dalam tentera saudara saudari akan bersara. ini bukan perkara mudah, ia sangat menakutkan kpd yg penakut dan yg berani. untuk yg berani, anda tersilap. ia memang susah.

susah kerana hari ini di KL, anda perlukan RM4500 sebulan untuk hidup selesa. kalau kurang dari itu, anda akan hidup selesa, paling sedih, anak isteri anda juga akan merana.

saya nak kongsi dengan saudara saudari, ilmu dan pengalaman saya hidup sebagai pesara. saya tidak berjaya dan cemerlang, tapi okay la jugak.

tip pertama: persiapan besara bermula dari hari pertama kita jadi tentera! ringkasnya, buat persiapan mulai sekarang. kalau lagi 5 tahun nak pencen, agak terlambat sikit.

ke 2. fikir cara nak cari makan, itu saja. jangan kisah dengan benda lain yg meghapu tak tentu pasal. jgn cakap kalau kita buat.....terus jer buat. ajak bini jual nasi lemak [contohnya].

ke 3. berkawan dgn kawan yg otak dia sama dgn kita. jgn kawan dgn otak yg nak enjoy. ada setengah orang kaki enjoy tapi kaki buat duit jugak. ini terpulang kpd anda.

ke 4. p sembang dgn peniaga. tanya penah kena tipu dak?

ke 5. buat apa pun kena pikiaq betul2. jgn mudah terpedaya atau tertipu. jgn labur banyak2 sangat. belajar tidak percaya orang. percaya hanya dgn diri sendiri.