PERANAN dan TANGGUNGJAWAB PPg PERHEBAT
baca slo slo, mohon jgn bosan
Bagi calun faham, bagi mahir dan bagi lulus
Sekarang ni, ramai antara kita yang dilantik jadi Pegawai Pembimbing (PPg) datang dari pelbagai latar belakang, tetapi asal ada DKM. Itu sebenarnya bagus, sebab menunjukkan semangat nak bantu calon LPKT. Cuma satu hal kecil — semangat tu perlu disertakan dengan kefahaman yang betul tentang apa itu NOSS, bagaimana nak tulis LPKT, dan apa sebenarnya peranan PPg.
Ramai PPg sebenarnya masih keliru dengan segala tentang konsep DKM khususnya NOSS. Bila calon datang minta tunjuk ajar, kita pun kadang-kadang buka balik kertas lama, tengok contoh orang lain, dan ubah sikit-sikit supaya nampak baru. Istilah mudahnya: “toyol akademik.”Kita semua pernah buat silap masa belajar dulu; itu bukan isu besar. Yang penting sekarang, kita sedar peranan kita dah berubah. Sekarang, kita bukan pelajar lagi, kita pembimbing. Kalau kita sendiri kabur, calon pun ikut kabur. Akhirnya, mereka lulus pun tanpa faham apa sebenarnya yang mereka dapat. Itu yang kita nak elakkan
Jika kita lihat Borang Pemarkahan, PPL mahu lihat PROSES KAJIAN dan PELAN PELAKSANAAN (Gantt Chart)
Proses kajian ialah bagaimana kita buat kajian/projek dari mula hingga akhir. Kita kena cerita satu persatu. Dan sambil cerita, kita masukan juga sikit-sikit teori. Dalam bab ini kita sudah masukkan metodologi kajian, skala likert, responden, sampelan, analisis data dan lain-lain. Maka ini lah yg kita kena terangkan, iaitu dari segi teorinya.
Sudah menuju kepada kekelabuan-asap? Itu isu realiti kita. Apa mahu kecuh? Biasa ja tu!
Apa Sebenarnya Tugas PPg?
Sebagai PPg, kerja kita bukan sekadar semak ejaan atau format laporan.
Peranan sebenar ialah:
Tolong calon faham “roh” NOSS. Maksudnya bukan menghafal, tapi tahu apa kemahiran yang dinilai, dan kenapa ia penting.
Bimbing calon tulis LPKT berdasarkan pengalaman sebenar. Kalau calon pernah buat kerja yang sama, ajar dia cara kaitkan tugasan tu dengan NOSS.
Elakkan budaya salin dan tampal. Kita boleh guna contoh lama, tapi sebagai panduan — bukan bahan “copy-edit-print”.
Tegakkan integriti penilaian. Bila kita bantu calon faham dan hasilkan LPKT yang jujur, secara tak langsung kita jaga nama baik PERHEBAT dan ATM.
Naik taraf diri sendiri. Tak salah kalau kita pun belajar balik — semak NOSS terkini, tanya Pegawai Penilai (PP), atau rujuk dokumen rasmi JPK. Lagi kita faham, lagi yakin kita mengajar.
keadaan sebenar:
Keadaan Sebenar. Kalau nak cerita keadaan sebenar, memang ada unsur “drama Melayu 9 malam” sikit. Ramai calon kita masuk kelas LPKT dengan muka penuh semangat… tapi semangat tu biasanya bertahan sampai waktu rehat pertama je. Bila mula sebut pasal NOSS, terus ramai yang “hilang punca,” ada yang tengok muka PPg macam tengok alien turun dari bulan. Dalam hati mereka kata, “apa benda lah PC, CU, dan task ni, dulu aku kerja bukan buat semua ni pun…” Mahu senang, kita simpan ja NOSS tu.
Akhirnya, mereka pun ikut je arus — asal siap, asal lulus, janji boleh ambil gambar masa majlis penyampaian sijil. Bila kawan sebelah guna contoh lama, yang lain pun ikut salin - ubah dua tiga ayat, tukar nama, terus rasa macam karya asli. Kelas pun jadi macam ayat biasa “buat dulu, tanya kemudian!”
Yang kelakarnya, bila sampai masa penilaian dan ada yang gagal, terus keluar teori konspirasi - “Pegawai Penilai ni cerewet betul, tak mesra pelanggan!” Padahal masalahnya bermula dari awal, sebab PPg pun kadang-kadang terpaksa meneka arah angin - calon keliru, PPg pun keliru sama. Akhirnya semua jalan sama-sama… tapi tak tahu ke mana.
Inilah sebabnya peranan PPg sangat penting. Bukan sekadar teman borak calon masa isi laporan, tapi nak pastikan mereka betul-betul faham apa yang sedang dibuat - bukan sekadar “siap dulu, faham kemudian.
OK! kita minum dulu...! take 5
Soalan Cepumas
Ni soalan yang selalu buat ramai terdiam sekejap; apa guna ada DKM Sekuriti kalau “habuk pun tak tahu” pasal kerja sekuriti? Bukan nak perli, tapi kadang-kadang memang kelakar pun. Calon kita siap ada Diploma Sekuriti tau! Bunyi gah, tapi bila tanya tentang jadual kerja, SOP, atau laporan penugasan- terus senyum nipis macam baru kena soal siasat ringan.
Padahal dalam dunia sebenar sekuriti, bukan main banyak benda kena tahu dan buat: susun jadual bertugas, semak SOP, ambil tindakan disiplin ikut prosedur, pantau rondaan, urus situasi kecemasan, iring VIP, sampai la ke menyelia pemasangan CCTV. Tapi bila semua ni disebut, ada juga yang tanya, “kenapa banyak sangat ni, bukan ke kerja sekuriti jaga gate je?”
Inilah realitinya - sijil boleh dapat, tapi kefahaman tu yang kena digali semula. Di sinilah peranan PPg sebenarnya sangat penting: bukan sekadar tolong calon siapkan laporan, tapi tolong mereka “nampak balik dunia sebenar sekuriti” - yg penuh tanggungjawab, bukan sekadar buka gate dan tulis log book.
Soalan cepumas. apa guna ada DKM sekuriti jika tidak tahu habuk pasal sekuriti. Calun ada Diploma Sekuriti tau! Macam-macam dia kena buat. Jadual kerja, periksa SOP, tindakan disiplin ikut prosedur, menyelia penugasan, tugas-tugas kecemasan, mengiring, menyelia pemasangan CCTV...
rajah di bawah ini sebagai hiasan ja.. RAJAH A
Realiti di Sebalik Uniform
Nak cerita hal ni pun kadang-kadang boleh buat kita senyum sendiri . Dalam organisasi tentera yang besar gedabak tu, sebetulnya masing-masing cuma tahu satu bahagian je. Kalau tugas kita di Balai Pengawal, maka dunia kita memang “gate” semata-mata. Tanya pasal keselamatan seluruh kem, terus blur — “itu kerja Pegawai Keselamatan Kem, bukan saya.”
Begitu juga yang tugas meronda. Mereka ikut jadual, jalan ikut laluan, catat masa, dan lepas tu balik pos. Cukup syarat, cukup laporan. Tapi kalau tanya kenapa laluan tu dipilih, atau apa yang perlu diperhati semasa rondaan, ramai yang garu kepala. Dalam kepala mereka, “aku jalan ikut jadual, bukan buat siasatan CSI.”
Itulah lumrah dalam sistem yang sangat tersusun - semua orang ada peranan masing-masing, tapi akhirnya ramai hanya nampak ekor gajah dan bukan se ekor gajah, atau bukan seluruh gambar. Bila masuk dunia sivil, barulah sedar rupanya “pengawalan” tu cuma sepotong kecil daripada konsep keselamatan sebenar. Di sinilah PPg patut bantu mereka buka mata —- supaya dari satu tugas kecil yang dulu mereka buat, tetapi kritikal, sekarang boleh nampak keseluruhan sistem yang mereka sebenarnya dah jadi sebahagian penting daripadanya.
Nampak tak? Walaupun semua tu “sekuriti,” tapi fokus dan tumpuan dia jauh beza. Jadi bila buka NOSS Sekuriti, memanglah rasa macam “eh, ini bukan bidang aku pun!”. Tapi nak buat macam mana — nak dapat Diploma Sekuriti, kenalah telan juga silibus NOSS tu sampai habis. Ibarat makan ubat pahit: tak sedap, tapi kalau nak sihat kena juga telan. Yang penting, jangan hafal semata-mata; cuba faham sikit demi sikit, sebab walaupun kandungan NOSS tu nampak umum, asasnya tetap boleh pakai di mana-mana — asalkan kita tahu kaitkan dengan dunia sebenar yang kita kerja nanti.
GAMBARAN atau PENERANGAN di atas sebagai pengenalan dan provokasi bahawa NOSS segala bidang yang disediakan oleh JPK punya perkara lain yg tersembunyi yang setiap PPg kena faham. Kita tidak mahu calun hafal dan lulus, tetapi gementar untuk mohon isi jawatan kosong. Dunia awam bukan dunia cakap kosong. Mereka tidak ajar tidak latih, tetapi pemegang DKM dianggap tahu segalanya.
MEMAHAMI NOSS
Sebagai PPg wajib ingat semua CU bagi setiap tahap. Kemudian bagi setiap CU itu, PPg boleh explain dengan betul. itu lah guna kita buat grup whatsapp bagi bidang masing-masing dan bincang. Sehingga bagaimana nak isi borang tuntutan pun kita kena tahu, kena sedar bila nak isi, nak hantar, dan bagaimana nak isi.
Apabila PPg mengajar, semua perkara di atas kita hanya sentuh sikit-sikit sahaja. Bukan mahu mendalami. Jgn buang masa.
yg bawah ni tiada kaitan ya....
- kenal-pasti masalah (pernyataan masalah)
- menentukan objektif
- memilih informan (metodologi kualitatif), responden (metodologi kuantitatif)
- kumpul data
- analisis data
- tafsiran data/maklumat
- menulis laporan
Ini bermakna, apabila calon menerangkan rajah yg saya beri di atas tu (rajah proses kerja), buatlah penerangan rajah menggunakan juga info ini. PENING kepala? Sudah sepatutnya! Saya harap tuan puan buat slo2, atau koho2 atau alun2. Mana2 pun boleh.
Proses kajian dalam LPKT ini ialah proses dari mula hingga akhir kita buat kajian. Kalau saya silap, sila betulkan. Dalam slaid keluaran JPK, dia tak tulis PROSES KAJIAN, tetapi dia tulis PROSES PEMBUATAN. Lihat di cabutan slaid di bawah.
Penilai boleh tanya macam2 hal tentang Proses Kajian, dan bakal calon kena sedia untuk jawab. Bagaimanapun, Proses Kajian ini mesti selari dengan Pelan Pelaksanaan; iaitu gantt chart. Ia TIDAK SAMA 100%, tetapi sehaluan.


