“...abang nak buat PhD tak?” katanya sambil senyum. “Cek pun dah okay ni… jom la kita buat sama-sama.”
Dan begitulah — dengan ayat ringkas itu, saya pun ‘terjun’ ke dunia PhD. Mudah sungguh bunyinya. Ketika itu tahun 2019, usia saya sudah mencecah 61 tahun, lebih kurang dalam bulan Julai.
Seminggu kemudian, kami pun menghadiri ceramah GOT oleh Prof. Norzaidi dari UiTM Shah Alam, bertempat di USIM. Bayarannya RM50 sahaja — dan itulah lebih kurang detik sebenar permulaan perjalanan PhD saya. Kami mendaftar secara rasmi pada September 2019.
Sebenarnya, kami berdua sudah lama merancang mahu buat PhD. Cuma pada masa itu, persepsi saya sangat kuat bahawa PhD ini hanya untuk ahli akademik atau pensyarah. Ketika saya bertugas di UM sebagai salah seorang staf, Tan Sri Ghauth Jasmon sering bertanya tentang jumlah pensyarah yang memiliki PhD kpd pengurusan kerana hal itu ada kaitan dengan ranking universiti. Maka, terbenamlah dalam kepala saya bahawa PhD ini dunia mereka — bukan dunia saya.
Lagi satu, saya fikir PhD ini terlalu mahal.
Sehinggalah saya menyertai UiTM… waktu itu saya betul-betul terkejut. Kos PhD di sini rupa-rupanya jauh lebih murah — malah lebih rendah daripada kos MBA yang saya ambil pada tahun 1989! Dengan itu, saya pun nekad meneruskan langkah ini, sambil berdoa semoga saya dapat menamatkannya dengan baik.
Jadi, apa kesilapan dan kekuatan saya dalam perjalanan PhD ini — dan apakah tips yang boleh saya kongsi?
Bidang Apa?
Kesilapan biasa? Ramai pelajar memilih tajuk yang sudah basi, terutama mereka dalam bidang pendidikan (ampun). Tajuknya berlegar pada tema yang sama berulang-ulang, tanpa sudut pandang baharu.
-
Mengapa ibu bapa hari ini meletakkan hampir semua tanggungjawab mengajar dan mendidik kepada guru?
-
Apakah kesan negatif campur tangan politik dalam dasar pendidikan negara?
-
Atau, apakah impak sebenar kewujudan PIBG terhadap sikap dan perangai murid-murid?
Kalau ada yang buat kajian-kajian begini… saya sendiri pun teringin sangat nak baca tesis atau artikel itu.
Metodologi?
Di Malaysia, majoriti atau 99.99% kalau nak hiperbola sikit — memang cenderung memilih kajian kuantitatif. Saya pula sebaliknya: saya lebih suka kualitatif. Bukan apa… saya memang tak mesra dengan graf, statistik, formula dan segala macam nombor yang buat kepala saya serabut.
-
Mengapa masalah dadah di negara kita seperti tiada penghujung?
-
Mengapa ada ahli politik gemar memainkan sentimen perpecahan antara kaum?
-
Mengapa ada segelintir pemimpin yang sanggup mempertahankan ahlinya yang melakukan kesalahan jenayah seperti menceroboh tanah kerajaan?
-
Dan pelbagai isu sosial lain yang jauh lebih ‘hidup’, lebih dekat dengan realiti.
Training yang bukan training
Keutamaan yang tersasar antara terpelajar dengan terdidik di institusi pengajian tinggi di Malaysia: satu kajian kes
Agenda sebenar ahli politik Malaysia: satu kajian kes (ini tajuk yg tiada data)
Cuma masalahnya — tajuk-tajuk begini memang sukar dijadikan kajian. Bukan kerana ia tidak penting, tetapi kerana:
-
Hampir tiada pihak yang sanggup membantu,
-
Data sensitif dan sukar diperoleh,
-
Universiti pun biasanya tidak berani menerima tajuk yang terlalu “panas” kerana risiko politik dan dasar.
Kadang-kadang saya fikir… sayang juga. Banyak isu masyarakat kita yang sangat penting untuk dikaji secara mendalam, tetapi tidak ramai berani menyentuhnya.
Tiba-tiba saya terfikir tentang evolusi pemikiran rakyat marhain sebagaimana yang sedang berlaku di New York dalam bulan November 2025, di mana pendatang dari Uganda beragama Islam boleh mendapat undi majoriti dalam merebut jawatan Mayor bandar New York. Mengapa pendirian rakyat berubah? Adakah ia akan menular ke Msia seperti mana dengan Arab's Spring.
Terjumpa nota ini.., sila klik Qualitative Research Design
Persiapan Mental
Dalam dunia PhD hari ini, ada beberapa “senjata rahsia” yang memang wajib ada. Mendeley, Google Translate, ChatGPT, Google Scholar, Grammarly, QuillBot, dan Consensus — semua ini sangat membantu. Tanpa alat-alat ini, memang boleh “tewas mental”. Tapi, bila sudah ada, kita pun kena belajar menggunakannya dengan betul supaya ia benar-benar menjadi penyelamat, bukan menyusahkan.
Selepas itu, saya cadangkan masuk kelas seorang Dr (PhD) yg saya jumpa di Facebook ke Telegram... tak ingat. Beliau mengajar dengan cara yang sangat praktikal, tepat dengan keperluan pelajar yang sering keliru dan buntu. Yuran pula sangat berpatutan, bak kata orang sekarang: rahmah dan madani. Selalunya beliau mulakan dengan kelas percuma dulu — jadi pelajar boleh rasa sendiri cara pengajaran beliau.
Yang menariknya, Dr. ni sanggup mengajar di mana-mana negeri asalkan cukup pelajar untuk menampung kos perjalanan — minyak, tol, hotel, dan makan. Saya sendiri, bersama beberapa rakan lain, banyak belajar daripada beliau. Dari Johor hingga ke Penang. Sekali tu di Kuching. Dua hari bersama beliau, terus siap Chapter 1 hingga 3. Sedangkan sebelum itu, sudah tiga semester saya masih terkial-kial dan terhegeh-hegeh tanpa halatuju yang jelas.
Cari Tajuk Tesis
Saya memang datang daripada bidang latihan — dan minat saya pada training memang luar biasa. Jadi, secara natural, saya pilih tajuk yang berkaitan dengan training. Tambahan pula, saya bekas tentera. Pada akhir khidmat saya dalam tentera memang bertugas di bahagian training. Maka sasaran saya sudah jelas: veteran tentera. Training bagaimana yang akan membantu mereka bersedia menghadapi persaraan.
Selepas berbincang dengan adik saya, muncul satu tajuk yang sangat ringkas, tapi cukup kuat. Daripada tajuk itu sahaja, kajian saya sudah berada dalam kategori basic research, dan metodologi yang paling sesuai sudah tentu kualitatif. Jika applied research, maka metedologi kajiannya lebih kepada kuantitatif.
Namun, bila penyelia saya (SV) melihat tajuk tersebut buat pertama kali, beliau terus menegur dengan penuh berhikmah. Katanya, oleh kerana tajuk itu melibatkan Angkatan Tentera Malaysia, saya akan berhadapan dengan isu dokumen berdarjah (classified documents) yang boleh menyukarkan proses menyiapkan tesis. Beliau mencadangkan supaya saya fokus kepada PERHEBAT sahaja — lebih selamat, lebih mudah dapat data, dan lebih jelas ruang penyelidikan.
Penyelia saya memang hebat. Sekali pandang tajuk sahaja, terus keluar nasihat bernas yang menyelamatkan saya daripada banyak masalah kemudian hari.
Proses Cari Tajuk
Perbezaan antara orang akademik dan orang industri dalam mencari tajuk memang ketara. Dalam kursus research skills yang saya hadiri, mereka tekankan bahawa kita mesti membaca banyak artikel dalam bidang yang kita minat, kemudian mengenal pasti apa yang dipanggil “gap”. Dari situlah kita tahu apa tajuk yang sesuai. Baru kemudian saya tahu bahawa wujud juga istilah theoretical gap, practical gap dan macam2 gap. Pergi sahaja ke Google Scholar dan cari “types of research gaps”, atau cari tulisan Miller — memang lengkap penerangannya.
Macam mana nak kenal pasti gap?
Masalahnya saya ni… kalau membaca, maksimum 20 minit saja saya boleh bertahan. Itu salah satu alasan orang industri tak suka membaca untuk cari gap.
Sebenarnya bagi kami rakyat marhaen, orang industri, atau orang yang sudah lama bekerja — kita sudah pun nampak masalahnya. Kita tahu apa yang sedang berlaku atau apa yang sudah lama bermasalah. Dari situ, kita fikir pula apa objektif kajian atau cara untuk menyelesaikan masalah itu. Adakah kita mahu:
-
menyiasat punca masalah?
-
memperkenalkan satu solusi atau model?
-
mengenal pasti faktor-faktor penyebab perpecahan?
-
menambah baik dasar, sistem atau kelemahan proses?
OBJEKTIF → TAJUK KAJIAN?
Dalam tajuk yang baik, sudah terserlah tiga perkara:
-
Objektif — “developing”
-
Isu — unity among villagers
-
Metodologi — kualitatif (perkataan “developing” biasanya merujuk exploratory / model development)
Chapter 1: Apa wajib ada?
-
Pernyataan Masalah – orang kampung tidak bersatu
-
Isu – perpaduan komuniti
-
Objektif – membangunkan formula/pendekatan penyatuan penduduk kampung
Siap!
Kompius? Confuse. Memang patut pun. Sebab nanti bila kita dah ada PhD, apa sahaja yang kita cakap dan tulis akan buat orang keliru—masa tu barulah matlamat seorang PhD atau profesor tercapai. Hehe.
Sebab itu selepas habis kuliah di lecture theatre bersama seorang profesor, kita selalunya masuk pula kelas tutor. Bukan apa… sebab memang kita tak faham apa sebenarnya yang profesor tu ajar!
Walau bagaimana pun, saya harap kawan-kawan dapat membaca dan memahami mesej saya tentang cara mencari tajuk dan menulis Chapter 1 — perlahan-lahan, sikit demi sikit.
Cari masalah dahulu, dan fikir bagaimana kita mahu menyelesaikan masalah itu. Dari situ, barulah kita nampak objektif, nampak isu, dan akhirnya baru tahu apa tajuk yang sesuai.
Masalah boleh datang dari pelbagai peringkat:
-
negara,
-
negeri,
-
daerah,
-
kampung,
-
komuniti,
-
keluarga,
-
sekolah,
-
pekebun kecil,
-
peniaga pasar malam,
-
pemandu Grab,
-
penghantar makanan Foodpanda,
-
pelajar universiti…
Saya sendiri dulu memang tak tahu apa-apa. Bila dah terjerumus dalam PhD, tak boleh patah balik dah. Pertama sebab malu, kedua duit sudah keluar, ketiga masa, keempat tenaga dan usaha. Sebab itu saya tak mahu semua itu sia-sia. Cita-cita pun tinggi, kan.
TETAPI pada hari ini, kita boleh fikirkan apa kerusingan kita dan terus ja tanya pendapat ChatGPT atau mana2 AI. Mulakan dgn ayat ini: Saya teringin menyertai program PhD tapi tiada idea bagaimana hendak bermula. Saya berminat dalam bidang....., saya selalu terfikir mengapa sistem demokrasi hari ini seperti di manupilasi sehingga mereka yang tidak layak terpilih menjadi menteri dan lain2... (ini ayat saya, jangan tiru ayat yang bermula 'saya selalu'...)
Tentang kelas Dr. Muhsin
Sebelum buat PhD, saya cadangkan cari Dr. Hj. Mohd Muhsin bin Ismail. Beliau selalu buat kelas asas PhD secara percuma, kadang-kadang sampai 3 jam. Lepas itu baru ada bayaran. Ramai penyelia PhD sendiri yang rekomen pelajar pergi belajar dengan beliau.
Contoh kes: kawan nak buat kajian autism
Saya terus cakap: “Baik jangan ambik tajuk ni. Nanti tak siap.”
Tapi jangan buat kajian denggi betul-betul—boleh makan 5 tahun sebab kena tengok data sebelum, semasa, dan selepas.
Buat yang mudah dan logik
The Level of Dengue Fever Awareness Among Elderly Residents in Kampung XXX
Nampak akademik, tetapi sebenarnya sederhana, boleh siap, dan ada nilai ilmu. Mahu bagi tajuk kita terangkat pun, boleh minta nasihat ChatGPT. Mudah jer..."abang, rujuk kepada tajuk saya ini, sila beri beberapa tajuk yang sama tapi sesuai dengan level postgraduate. SV di negara saya suka tajuk yang bombastic".
MULA MENULIS
Pendahuluan (Introduction)
Saya pernah menulis hampir 30 muka surat untuk bahagian Pendahuluan, tetapi tetap rasa kelabu. Akhirnya saya tanya mentor saya. Penyelia saya memang terbaik — beliau memperkenalkan sistem mentor–mentee: yang senior bantu yang baru, yang sudah faham tolong yang masih konfius.
Saya sebenarnya keliru kerana saya tak tahu beza antara Introduction, Background of Study, dan Problem Statement. Bila penyelia terangkan, baru saya faham:
-
Problem Statement ialah bahagian yang menceritakan perkara-perkara negatif, isu-isu, kelemahan, jurang, dan segala benda tak selesai yang berlaku di tempat kajian kita — contohnya kampung saya.
-
Isu perpecahan, hasrat kerajaan tak tercapai, masyarakat miskin tak dibantu, politik masjid, ketidakbersatuan — banyak rupanya masalah di kampung saya.
Di sini saya nak kongsi cara membina Problem Statement yang senang ikut.
1. Mulakan dengan Visi (keadaan ideal)
“Dalam sebuah kampung yang penduduknya bersatu, suasana harmoni dapat diwujudkan. Keadaan ini mampu menghasilkan pelbagai impak positif kepada pembangunan sosial, ekonomi dan kesejahteraan keluarga.”
Inilah visi — keadaan ideal jika masalah tidak wujud.
2. Masukkan ayat “Tetapi…!”
2.1. Jelaskan kesan (If this problem continues…)
“Jika keadaan ini berterusan, hubungan masyarakat akan semakin renggang, inisiatif kerajaan gagal mencapai sasaran, dan pembangunan kampung menjadi perlahan.”
3. Tulis ayat “Cara menyelesaikan masalah”
Ayat ini ialah jambatan antara masalah → tujuan kajian.
Background of Study pula?
Tulislah perkara umum tentang:
-
hasrat kerajaan,
-
isu sosial,
-
kemiskinan,
-
jurang pendidikan di luar bandar,
-
politik komuniti,
-
kejayaan mana-mana kampung lain,
-
kampung yang tidak berjaya,
-
faktor kemajuan komuniti.
Tapi jangan dedahkan solusi sebenar — simpan untuk bab Recommendation.
Novelti PhD? PhD tidak semestinya rumit. Novelti bukan perlu cipta roket atau teori baharu. Novelti boleh jadi:
“Masalah kecil yang semua orang tahu, tetapi tiada siapa mahu selesaikan.”
Contoh:
-
masalah dadah,
-
rasuah kecil-kecilan,
-
politik kampung,
-
perpecahan masjid,
-
masalah air,
-
masalah mentaliti —semua orang tahu, tapi tak buat apa-apa.
Tugas PhD ialah membuktikan apa yang orang selalu cakap itu benar, dengan data dan metodologi. Simple, tetapi powerful.
Tentang rujukan (Uma Sekaran, Creswell, Merriam, Yin…)
Tentang software
Sebelum mula:
-
Buat satu email khas untuk PhD saja.
-
Daftar Mendeley, Google Scholar, Grammarly.
-
Jangan campur dengan email kerja — nanti berterabur.
-
Grammarly mahal, beli di Shopee murah.
Rahsia Kejayaan Saya (betul-betul membantu) -
1. Jumpa Dr Azinuddin di PERHEBAT
2. Pn Wan Azmin (PERHEBAT)
3. Adik saya & Penyelia saya
NASIHAT IKHLAS UNTUK KAWAN2 YANG NAK JOIN PROGRAM PhD
Berguru awal sebelum mendaftar. Lagi pun akan ada pula yg tersilap pilih universiti.
Sebelum daftar, pastikan sekurang-kurangnya:
-
tahu bidang apa nak buat,
-
tahu masalah apa nak kaji,
-
tahu data dari mana,
-
tahu objektif apa nak capai.
Kalau tak pasti… tunggu dulu. Jangan bazir masa, duit, dan tenaga.
Belajar daripada orang lambat — itu lebih berharga daripada belajar daripada orang laju
Contoh pengalaman saya sendiri
Cari guru yang betul — bukan guru yang popular
Saya sendiri hanya percaya dua orang:
-
Prof Zainuddin Awang — raja kuantitatif Malaysia.
-
Prof Rosmimah — ratu kualitatif.
Dua-dua ini ajar dari hati, bukan dari slide.
Kalau dapat belajar dengan mereka, banyak masalah selesai awal.
Ada juga 'cikgu' yg bagus dlm hal kualitatif di you-tube.... Dr Kriukow. ada masa dia ckp jgn baca banyak2. Dan saya pun dpt tahu, kita perlu baca abstract je pun dan mencukupi/memadai. mana ada masa nak byk kesemua penulisan. Mahu bijak lagi, suruh PakChat buat summary dari abstract tadi.
Isu besar bagi ramai pelajar: Supervisor
-
ada yang garang,
-
ada yang hilang,
-
ada yang suka tukar arahan 3 kali sehari,
-
ada yang “ghosting” student,
-
ada yang suruh cari tajuk sendiri lepas tu komen “tak kuat”.
Contoh kes: Kawan saya ni…
SIARAN ULANGAN KEPADA YANG NAK CAPAI GELARAN “Dr.”
-
berminat nak buat PhD,
-
terpaksa buat PhD,
-
atau baru nak “rasa-rasa” dulu sama ada mampu atau tidak.
Biasanya bila dengar taklimat universiti, lecturer akan mula dengan:
-
“When I was a student…”
-
“My SV dulu macam ni…”
-
“You must read a lot of articles…”
-
“You must identify gaps…”
-
“You must create a matrix…”
Tapi hakikatnya…
PhD sebenarnya mudah dan simple.
Sekarang, kalau nak mula: Cari Dr. MOHD MUSHIN di Facebook, Instagram, Telegram, TikTok, atau type di Google pun akan keluar muka dia — mana-mana saja.
Akhir kata
PS: kandungan penulisan saya ini byk di perolehi dari ilmu perkongsian Dr Mushin juga.