Ahli perniagaan yg TIDAK percaya dengan Islam [Allah] tidak akan guna pakai perbankan islamik ini jika ia tidak menguntungkan. Ini statement paling bodoh untuk difikirkan.Maknanya apa?
Bukankah prinsip perbankan islam ini 'kebajikan'. Coba kita fikirkan dan cari di mana konsep kebajikan ini?
Kamu guna duit saya yang saya simpan, kamu buat untung berlipat ganda, lepas tu kamu bagi saya 'ciput'. kalau untung seringgit kamu bagi saya 3 sen. Staf kamu cakap kpd saya, bukankah encik bersetuju untuk simpan di sini dengan syarat begitu.
Staf kamu kata lagi.....kalau tak suka, pergilah simpan di tempat lain.
KEPALA HOTAK kamu kata saya [dlm hati saja lah]. Saya nak simpan di mana? Tugas kerajaan sediakan bank untuk rakyatnya. Kerajaan ia itu ahli politik diamanahkan oleh Allah swt untuk jaga rakyat. Sebagai orang biasa, saya tertanya, mana dia bank islam sebenarnya di negara saya ini. saya tak nampak pun.
Bank untung berbilion ringgit setiap tahun. Begitu juga insuran islam kamu. Yg saya nampak, rakyat terus diperah. Terutama yg miskin.
saya mohon orang akademik, dan ahli lembaga perbankan syariah kaji semula.
baca balik kes manusia yg dilarang tangkap ikan hari sabtu tetapi mereka pasang pukat hari jumaat dan angkat pukat pada hari ahad. mereka kata, kami tidak tangkap ikan pada hari sabtu.
bagi setengah orang ini dikatakan inisiatif kretaif dan inovasi. bagi Allah, kamu telah membuat manipulasi. sama seperti manusia yg jadi saksi palsu. mereka ingat mereka cerdik, tetapi merekalah orang yg rugi.
jgn lah kita sama-sama menjerumuskan diri kita bersama mereka, iaitu orang yahudi yg engkar perintah Allah