Saturday, August 4, 2012

Statistik Jenayah Malaysia

Rasa pelek yang kita rasa tentang jenayah tidak seteruk orang di Sg Pelek Sepang sana tu. Tapi aku rasa sangat pelek sebab punca segala jenayah dalam negara kita semua dituding kepada Polis. Yang paling pelek ialah mereka, iaitu pemimpin pemimpin yang berpengaruh dalam pelbagai jenis organisasi pun mempunyai persepsi yang sama.

Mengapa mereka tidak melihat isu ini secara holistik? Pihak Polis kita termasuk juga pelbagai organisasi yang ada kaitan dengan keselamatan memang tidak mampu mengatasi semua jenayah, kecil besar atau sederhana. Apabila terjumpa sesuatu kes yang amat ketara siapa penjenayah itu, ada pulak pemimpin tertentu jadi hero untuk memperjuang hak penjenayah tersebut.

Selain dari mencari salah dan kelemahan pihak Polis dan pihak pihak keselamatan, apa peranan pemimpin pemimpin NGO dan kumpulan kumpulan lain untuk mengurangkan jenayah. Semua serah kepada Polis cikgu dan AJK ugama.

Kenapa mereka tidak merapatkan diri dengan budak budak muda untuk melakukan pelbagai aktiviti yang berguna supaya masa lapang budak budak muda itu dapat ambil alih aktiviti negatif mereka.

Oh ya, pemimpin pemimpin ini hanya sebuk berpolitik untuk mendapat simpati dan penyokong dalam pilihanraya akan datang. Saya ingin ingatkan, kita tidak akan ke mana jika sikap pentingkan diri dalam semua kumpulan, bangsa, kaum atau etnik terus bertapak dalam jiwa mereka manakala keuntungan dan kuasa menjadi agenda utama.

Rakyat jelata tidak kira kaum dan lokasi akan terus mengutamakan famili mereka dan akan melihat orang miskin sebagai manusia yang pemalas! Walhal orang miskin ini boleh menjadi GM dan manager yg lebih baik dari yg sedia ada ini, jika diberi peluang.